Darah merah mengalir perlahan.
Mashitah terpaku sambil tangannya menutup mulut, matanya terpaku pada sekujur tubuh di depan mata manakala air mata membasahi pipi.
“Tolong telefon ambulas…” Amirul Naim menjerit kepada orang ramai yang mula berkerumun. Dia bersungguh-sungguh melakukan CPR terhadap sekujur tubuh yang sedang bernafas dengan perlahan.
“B…. A..a… “ Aneesa bersuara perlahan…
“Syuhhh.. everything is going to be alright..” Naim memeluk erat Aneesanya.
Datin Suhaila memeluk Mashitah erat, manakala Dato Aliff sibuk dengan pihak polis yang baru tiba.
“Arrgghhh..” Haris mencampak gelasnya ke dinding.
“Mashitah.. kau lari ea. Kau dekat dengan dia lagi” dia mengetap bibir.
“Sayang, selamat tinggal” Haris mengusap perlahan gambar si gadis yang ditembak tadi.
“Itu Haris , Bu” Mashitah bersuara perlahan..
“Haris yang tembak ..” dia menyambung lagi
“Sabar sayang, sabar” Datin Suhaila mengusap perlahan belakang badan anaknya.
“Dia pegang pistol Bu.. Haris yang buat..” Mashitah menagis teresak-esak.
Naim hanya memandang Datin Suhaila yang sedang memujuk Mashitah dengan pandangan yang kosong. Fikirannya bercelaru memikirkan Aneesa yang berada di dalam.
Dato Aliff sedang bercakan dengan Dr. Razlan.
“Naim !!” Datin Zahara memeluk Naim.
“How is Aneesa ??”
“Is she alright” Datin Zahara menyoal bertubi-tubi
Dato Khairul Zakaria dan Dato Aliff berbincang perlahan di satu sudut yang lain.
Amirul melangkah keluar perlahan.
“Aneesa is alright.” dia bersuara perlahan.
“Dia terkejut, and Alhamdulillah her babies is doing well” dia menyambung sambil memandang Naim
“Her what??”
“Babies adik ipar..” Amirul Naim menyambung dalam senyuman.
“You are gonna be father of four ..”
“Alhamdulillah” lima suara bersuara serentak.
“Khairul Naim !!” satu suara memanggilnya..
“Aa.. a.. Areesa dah tak ada”
“Anak mak cik Areesa dah tak ada..” wanita itu bersuara hiba..
Naim memeluk wanita yang bernama Rubiah yang sedang menagis teresak-esak dalam pelukkannya manakala yang lain hanya mampu melihat. Dato Aliff dan Datin Suhaila memandang antara satu sama lain. Dalam diam mereka mengucapkan syukur terhadap Allah kerana bukan antara anak gadis mereka yang menjadi mangsa kejadiaan tembakan di tempat letak kereta tadi.
Share this novel