4

Romance Completed 127597

Kepala Naim menjadi berat apabila memikirkan masalah yang baru timbul. Bagaimana kontrak syarikatnya boleh terlepas pada syarikat orang lain.

Siapa punya angkara??

Hatinya masih bengkak apabila menerima berita mengenai kontrak syarikat tadi. Tasya dari tadi mencuri-curi melihat bosnya itu tidak berani meninggalkan mejanya takut tiba-tiba bosnya perlukan perkhidmatannya dan elok pula time itu dia tak ada nanti Khairul Naim bertukar menjadi Khairul Hulk pula…hehhee dia tersenyum namun senyumannya mati apabila intercom diatas mejanya berbunyi.

Tasya bangun dan melangkah masuk ke bilik bosnya. Pintu diketuk dan dia membolos masuk kedalam pejabat yang berdekorasi indah itu.

“Tasya…eerrrmmm minta tolong belikan ais krim traffic light boleh tak?” Naim bersuara sambil menggaru pipinya.

Tasya ternganga sebentar, wajahnya yang cantik selepas di mekap up menjadi buruk apabila ternganga sedemikian rupa.

“Ais krim traffic light?” Tasya bersuara dengan rupa yang blur selepas rohnya terbang seketika mendengar permintaan bosnya itu.

“Yup, ais krim traffic light, awak turun bawah belikan untuk saya. Nampak tak apek jual ais krim kat bawah tu awak tanya dia, kalau tak ada awak belikan saya ais krim chocolate chip ok?” Naim bersuara lagi.

Tasya hanya mengganguk kepalanya macam burung belatuk sebelum melangkah keluar dari bilik bosnya. Hatinya berbisik “buang tabiat apa bos aku ini?? Tadi muka muram macam mati bini sekarang tiba-tiba dia nak makan ais krim pula?? Iissshh tak kan skru dia tercabut impak dari bad news pagi tadi,” sambil berjalan Tasya bermonolog sendiri. Sekali-kala kepalanya digeleng kemudian keningnya dikerut sampai naik seram pak guard di lobi nampak.

Khairul Naim sedang menikmati ais krim traffic light yang dibeli oleh Tasya sebentar tadi. Bibirnya terukir senyuman manis. Fikiran Naim singgah pada gadis yang bernama Aneesa yang dilihat di taman bersama sekumpulan kanak-kanak 3 minggu yang lepas. Serta merta hatinya yang bengkak itu menjadi surut.

“Kenapa wajah gadis itu asyik bermain-main di fikiran ku,” hatinya berbisik.

“Kenapa bila aku rasa ada masalah besar atau beban yang berat dibahuku wajah dan senyuman gadis itu dapat menyejukkan hatiku,” hatinya bersuara lagi.

Naim memejam matanya dan menyandarkan dirinya dikerusi empuk yang sedang diduduki itu. Dia mengeluh kecil dan menggeleng-gelengkan kepalanya.

Tangan Aneesa menulis sesuatu dengan laju diatas sebuah keretas. Kemudian kertas itu dilekatkan di pintu peti ais rumah sewanya. Aneesa berjalan keluar sambil menjinjing sebuah beg kecil. Dihidupkan kereta MyVinya lalu dipandu kereta itu menuju kearah Sepang. KLIA adalah destinasi yang dituju. Mata Aneesa meliar mencari seseorang yang dirindui pada saat ini. Dari jauh kelihatn seorang jejaka yang berpakaian kasual berjalan kearah Aneesa. Sebuah pelukan dan kucupan dipipi dihadiahkan kepada Aneesa. Tangan Aneesa digenggam oleh jejaka itu sambil kaki Aneesa berjalan berseiringan dengan lelaki itu.

Sesampai Aneesa di basement hotel J.W Marriott kereta MyVinya dipakir. Aneesa dan lelaki itu berjalan seiring kedalam hotel 5 bintang itu. Kaki mereka melangkah ke kaunter receptionist. Dua buah kunci bilik diambil dan Aneesa melangkah kedalam lift bersama lelaki itu. Ketawa-ketawa kecil kedengaran diantara Aneesa dan lelaki itu.

Jam didinding menunjuk pukul 9 malam. Naim masih dipejabat sedang meneliti fail dimejanya. Tiba-tiba hand phonenya berbunyi. 'AREESA' yang tertera di skrin telefonnya mengundang seribu persoalan diminda Naim.

“Hello,” Naim menyapa setelah butang answer ditekan.

“Naim.. sayang..I need you..” Areesa merintih dihujung talian.

Naim mendengus kecil.

“Naim I will die without you,” kedengaran suar Areesa dihujung talian.

“Areesa stop it ok. I malas nak layan you. I’m fed up. Get over it,” Naim bersuara kasar.

“Naim I bagi you 15 minit if dalam 15 minit you tak datang I will kill myself. I’m at J.W Marriot now,” terus talian telefon diputuskan.

Naim terkejut mendengar kata-kata Areesa sebentar tadi. Otaknya ligat berfikir. Dia amat mengetahui perangai gadis itu. Susah diramal gilanya. Naim terus mengambil kunci keretanya lalu dipandu menuju ke hotel J.W Marriot.

Disebuah bilik ditingkat 20 Areesa ketawa kecil. Sambil ketawa tangannya mendail sebuah nombor melalui telefon bimbitnya untuk seketika dia bercakap dalam nada yang serius seketika kemudian dia melangkah ke telefon yang tersedia dihujung katilnya kemudian diangkat ganggang telefon dan dia bercakap seketika dengan receptionist yang bertugas. Kemudian dia tersenyum puas dan berjalan kearah bilik mandi. Sambil tersenyum melihat dirinya dicermin bilik air dia berkata, “you are mine Khairul Naim, mine,” sambil itu kedengaran ketawa bergema didalam tandas bilik 2009.

Pada masa yang sama juga Aneesa menelefon receptionist dan memesan sesuatu. Si gadis yang sedang mencatat pesanan Aneesa hanya terangguk-angguk..

Dari jauh kelihatan Naim sedang berlari-lari anak menuju kearah meja receptionist. Di telinganya terniang-niang kata-kata Areesa sebentar tadi.

“Excuse me I’m looking for Areesa Ariff. Can you tell me which room she is in?” Naim bersuara kelam-kabut dalam bunyi bising dibelakangnya.

“You are?” si gadis yang bertugas dimeja receptionist itu bertanya dalam nada yang tinggi.

“Naim… Khairul Naim.” Naim meninggikan suaranya kerana dibelakangnya sekumpulan pelancong Jepun sedang bercakap bagaikan hendak runtuh bangunan hotel J.W Marriot.

“Pardon sir who again do want to see?” gadis itu bertanya kembali.

“Areesa Arif.” Suara Naim tenggelam dalam bunyi kekecohan dibelakangnya.

Gadis yang bertugas itu memberikan kunci bilik bernombor 2006 kepada Naim. Naim mengerut dahinya kemudian dia melihat gadis itu dengan rupa yang pelik.

“The lady asked me to give you the key to her room Mr. Naim,” gadis itu menjawab bagaikan mengerti tanda tanya pada di muka Naim.

Naim melangkah laju kearah lift yang terletak tidak jauh dari meja receptionist. Hatinya berdoa agar Areesa tidak berbuat sesuatu yang diluar dugaan. Selama terjalinnya hubungan dia dengan Areesa dia amat mengetahui perangai Areesa yang suka membuat sesuatu diluar kawalan. Naim beristighfar banyak kali didalam hati apabila memikirkan ugutan Areesa dan kemungkinan Areesa membuat kerja gila itu.

Laju kaki Naim melangkah keluar apabila pintu lift terbuka di tingkat 20. Pantas matanya meliar mencari nombor bilik yang tertera dikunci yang dipegangnya . Tangannya pantas membuka pintu bilik itu dengan kunci pendua yang diberikan oleh gadis dimeja receptionist itu. Muka Naim berkerut apabila melihat bilik itu kosong.

Pada Masa Yang Sama di meja receptionist…..

“Eeerrmm ada apa-apa pesanan untuk saya?” tanya seorang lelaki kepada gadis yang bertugas di meja receptionist.

“Your name sir?” gadis itu bertanya sambil tersenyum.

“Naim.” Jejaka itu menjawab sambil memberikan senyuman manis.

“Eerrmm Miss Areesa Ariff said she will be waiting for you at room 2009,” gadis itu menjawab sambil tersenyum.

“ Pardon room 2009??? Areesa Ariff..??” lelaki bertanya dalam kehairanan.

“Yup sir,” gadis itu mengangguk sambil mengiakan kata-katanya.

“By the way is there any message from or for Miss Aneesa Aliff room number 2006?” jejaka bertanya lagi kepada gadis di belakang meja yang terhias indah sambil ligat otaknya berfikir sesuatu.

“Eeerrmm there is a message but…,eeerrmm… tadi ada orang datang mencari Cik Aneesa Aliff dan saya telah menyerahkan ambil kunci bilik 2006 kepada lelaki itu, he said his name was Naim,” gadis itu menjelaskan dengan muka yang bingung.

Wajah jejaka yang menperkenalkan dirinya sebagai Naim menjadi cuak mendengar jawapan gadis itu. Terus lelaki itu berpaling dan menuju laju kearah lift. Punat bernombor 20 ditekan.

Ditingkat 20 sekumpulan lelaki mengetuk pintu yang bernombor 2006 bagaikan hendak runtuh. Naim membuka pintu dengan riak yang terkejut apabila mendengar orang mengetuk pintu bagaikan hendah pecah pintu dibuatnya.

“Encik kami dari Jabatan Agama Islam…” seorang lelaki berkata.

Pada masa yang sama Aneesa keluar dari tandas dengan berpakaian lengkap sambil mengelap rambutnya yang basah. Dia terkedu melihat seorang lelaki asing dibiliknya dan lebih mengejutkannya lelaki itu sedang bercakap dengan sekumpulan manusia yang berkopiah yang ditemani oleh seorang pegawai polis.

Naim memusing kebelakang apabila dia terdengar bunyi sesuatu terjatuh. Rupa Naim bertukar apabila dia melihat wajah gadis yang terduduk dibelakangnya.

“Gadis layang-layang” dia berbisik sendiri.

Seorang lelaki berlari-lari anak menuju kearah sekumpulan orang yang sedang berkerumun dihadapan bilik 2006. Dia menolak lelaki-lelaki yang menghalangnya dari memasuki bilik 2006 itu.

“Aneesa,” lelaki itu terjerit kecil apabila melihat Aneesa terduduk dengan muka yang terkejut.

“Amirul Naim,” gadis itu menjawab dengan suara yang perlahan. Air mata turun membasahi pipi gadis itu.

Naim terkejut melihat Amirul Naim memeluk Aneesa. Pelbagai persoalan bermain dimindanya.

“Siapa lelaki ini??”

“Kenapa Aneesa berada dibilik in dan dimana Areesa???”

Namun segala persoalan itu mula hilang apabila dia mendengar Aneesa meraung dengan kuat.

“Maaf encik, boleh encik ikut kami ke pejabat agama?” kata seorang lelaki dari kelompok yang terdiri daripada pegawai Jabatan Agama Islam itu.

Mata Naim beralih kepada Aneesa. Aneesa sedang menangis dalam pelukan lelaki yang dikenalinya sebagai Amirul Naim.

Dibilik 2009 Areesa sedang menunggu Naim dengan baju tidur seksi yang berwarna merah hati. Dia ketawa kecil apabila terfikir mengenai rancangannya.

“Naim..Naim.. You will be mine soon…” Areesa bersorak girang didalam hati.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience