7

Romance Completed 127597

“ Neesa” jerit Aina dari ruang tamu.

“ Cepat lah sayang ooiii lambat lagi ker “ Nadirah pula bersuara.

Aneesa terburu-buru keluar dari dapur, satu senyuman kelihatan dibibirnya. Aneesa memboloskan dirinya kedalam MyVinya namun bukan sebagai pemandu tetapi sebagai penumpang. Sejak berlaku peristiwa dimana dia dinobatkan dengan gelaran “ isteri “ secara “ segera “ minda Aneesa selalu melayang-layang seperti layang-layang yang terputus tali. Ada suatu ketika apabila dia memandu fikirannya ntah melayang kemana sehinggah dia nyaris-nyaris terlanggar lori simen dihadapannya namun jeritan Aina dan Nadirah ketika itu telah menyelamatkan mereka dari berpindah dari rumah teres atas tanah ke rumah berbatu dua yang dalamnya 6 kaki dibawah tanah. Sejak itu secara rasminya Aina dan Nadirah telah mengambil alih tugas sebagai pemandu MyVi kesayangannya.

“ Neesa dah banyak kali aku tanya apa problem tapi jawapan kau tetap sama tak ada apa-apa.. but from the way you are acting both of us can see there is something that is bothering you ” Nadirah bersuara sambil matanya ditumpu kearah jalan.

“ Betul-betul !!! aku sokong apa yang Irah cakap kau macam hide something dari kita orang lah… Selalu stay alone dalam bilik then mengelamun tak tentu pasal…makan pun kau skip-skip… Neesa kalau kau ada masalah ceritalah kat kita orang “ Aina bersuara sambil kepalanya berpaling ke belakang untuk melihat Aneesa.

“Aneesa…” suara Aina yang kuat itu menyebabkan Aneesa terkejut pantas tangannya mengurut dadanya “kacau betul lah minah ni” dia mengutuk sendiri. Dipandang wajah Aina kemudian dia berpaling melihat luar.

Aina dan Nadirah hanya menggelangkan kepala mereka. Berbuih sudah mulut mereka cuba untuk “dig” masalah Aneesa namun Aneesa seperti mengelak… OOppsss bukan seperti mengelak tetapi dia memang mengelak dari berbicara mengenai masalahnya.

“ Kenapa…kenapa benda macam ni kena berlaku pada aku… Aku tak kenal siapa dia..tiba-tiba dia jadi suami aku… haram satu pun aku tak tau sape dia.. dari mana dia..masa abang nak cerita aku tak nak tau..sekarang aku komplen lak…iissshhkkk …. satu pun aku tak faham…” hati kecil Aneesa menjerit..

Tiba-tiba badan Aneesa terdorong kehadapan dan kepalanya terhentak pada kerusi pemandu gara-gara Nadirah membrekkan kereta secara tiba-tiba. Untuk seketika Aneesa terblackout. Dia terjaga apabila terdengar bunyi riuh rendah diluar kereta MyVinya. Dengan segera Aneesa melangkah keluar dari keretanya. Kelihatan seorang lelaki sedang memarahi Nadirah. Aneesa dapat mendengar Nadirah yang sedang bertubi-tubi mengeluarkan kata-kata maaf. Aneesa melangkah perlahan kearah Nadirah yang sedang menekap tisu didahinya dan meletakkan dirnya diantara lelaki yang sedang memarahi Nadirah dan Nadirah.

“ Awak sudahlah bermata empat tak akan tak nampak kereta saya yang besar ini “ lelaki itu melepaskan amarahnya kepada Nadirah.

“ Maaf Encik saya tak sengaja… saya betul-betul tak perasan kereta Encik..” kedengaran suara Nadirah terketar-ketar dibelakang Aneesa.

“ Encik, saya rasa kita boleh selesaikan benda ini dengan cara elok. Tak perlulah Encik yang menghambur kawan saya ini. Dah banyak kali dia minta maaf tak kan susah sangat Encik nak maafkan dia..” Aneesa tiba-tiba bersuara.

“ Hey!!! awak siapa nak back up perempuan ini??? Awak tau tak betapa mahal nak repair kereta saya ini???” lelaki tadi meninggikan suaranya sambil jarinya menunding kepada Aneesa dan kereta BMW yang kemek dibahagian pintu.

“ Saya tuan punya kereta yang terlanggar kereta Encik… apa kata Encik hantar repair kereta Encik dan saya bayarkan boleh???” Aneesa masih bersuara lembut.

“ OOooo kereta awak tuan punya kereta ini..… mampu ker awak nak bayar kos repair kereta saya??? This is BMW not MyVi ok..” lalaki itu bersuara seakan-akan mengejek.

Aneesa hanya mengangguk sambil menghulurkan sekeping kad kepada lelaki itu.” Call me at this number after you repair you car” dia bersuara sambil kadnya dihulur kepada lelaki itu.

Sebelum lelaki itu mengambil kad dari tangan Aneesa tiba-tiba tangan Aneesa ditarik dari belakang.

”Yo bro lama tak sua.. How are you??” kedengaran satu suara dari belakang Aneesa.

Aneesa menoleh kebelakang dan wajahnya berubah serta merta. Dada Aneesa berdengup kencang hatinya mula menyumapah seranah apabila melihat Khairul Naim dibelakangnya. Aneesa menarik tangannya . Naim melepaskan tangan Aneesa lalu kakinya melangkah kearah lelaki yang sedang mengamuk seketika tadi kerana keretanya dilanggar oleh Nadirah sebentar tadi.

“ Ek.. Apa yang kau buat kat sini Naim??” lelaki itu kelihtan terkejut dengan kehadiran Naim.

“Saja.. by the way apa hal ni Zack ??” Naim bertanya sambil matanya melihat kereta BMW yang dilanggar tadi.

“ Kau tengkok jer lah kereta aku bro.. Adakah patut kereta sebesar ini dia cakap dia tak nampak.. Ingat murah ker aku nak repair …and this lady over there……“ kata-kata lelaki itu dipotong oleh Aneesa.

“ Kan saya dah cakap saya bayar..Nah take this.. “ Aneesa bersuara sambil mengetap bibir.. kad ditangannnya dihulurkan kepada jejaka yang dipanggil Zack oleh Naim tadi.

Naim menolak tangan Aneesa sambil matanya memandang tepat pada wajah gadis itu. Satu keluhan dilepaskan.

“ You wait here” dia berkata tegas sambil memandang Aneesa.

“ And you Zack jom sana jap” Naim menolak lelaki tadi untuk bergerak jauh dari Aneesa dan Nadirah.

Aneesa menyandarkan badannya pada hood keratanya matanya tertera pada Naim yang sedang meraup rambutnya. Kelihatan Naim mengangguk-angguk kepalanya kemudian menggeleng-gelengkan kepalanya seketika kemudian kelihatan Naim ketawa sambil menumbuk perlahan bahu lelaki yang bernama Zack itu. Lelaki itu hanya mengangguk kepalanya kemudian Aneesa melihat kedua-dua lelaki itu berjabat tangan dan berjalan kearah dia dan Nadirah.

“ Apa yang dia buat kat sini… aku ingat dah tak akan jumpa dia.. tup-tap muncul pula..Apa dia nak??” Aneesa berbisik perlahan..

“Apa kau kata Neesa “ tiba-tiba Nadirah bersuara.

Sebelum Aneesa mejawab kedengaran suara lelaki didepan mereka…

“ Well I’m so sorry.. hal kereta ini dah settle” lelaki itu berkata sambil melihat Aneesa dan Nadirah dan kemuadian memalingkan wajahnya kepada Naim yang sedang menyandar badannya pada kereta BMWnya..

“ Dah settle??? How???” Nadirah bersuara terkejut..

“ Eeerrmmm hal kecil… don’t worry” lelaki itu bersuara seakan-akan mengelak untuk berbicara mengenai hal kemalangan itu.

“ By the way I’m Zakuan… Panggil Zack” lelaki itu memperkenalkan dirinya sambil matanya menilik Aneesa.

“ I’m Aneesa and this is Nadirah “ Aneesa memperkenalkan dirinya dan diri Nadirah kepada Zakuan.

“ I’m Aina “ kedengaran suara Aina menyanpuk dari belakang.

“ Mana kau pergi??? Puas aku cari???” Nadirah bersuara risau bercampur geram apabila melihat Aina tersenggih dibelakangnya.

Aina menunjuk beg plastik 7E ditangannya.

“ Apa hal kau pergi 7E time genting-genting macam ni??” Nadirah bersuara tinggi..

“ Aku pegi beli air, plaster dan dentol tadi aku nampak Neesa pengsan.. dahi kau berdarah so aku terus pegi 7E beli apa yang patut” Aina bersuara perlahan.

Naim yang mendengar kata-kata Aina itu berubah wajah. Dia melangkah kearah Aneesa dan menarik Aneesa ketepi. Kepala Aneesa ditilik untuk mencari apa-apa kecederaan, dagu Aneesa didongakkan, kepala Aneesa ditolak kekanan. kiri, dan kebawah untuk mencari kesan luka.

“ Apa hal ni” Aneesa bersuara apabila melihat kelakuan Naim. Tangan Naim ditolak dan baru beberapa langkah dia ditarik semula oleh Naim. Lengannya dipegang kemas.

Nadirah dan Aina membuntangkan mata mereka melihat kelakuan Naim…

Dalam otak mereka bergema…” Ooooiii…Wallahe.. apa hal mamat hensem ni… main tarik-tarik Neesa… Who is he???”

“Jom pegi hospital” Naim bersuara sambil menarik Aneesa menuju ke keretanya.

“Stop..stop…stop…” Nadirah dan Aina bersuara serentak sambll mendepangkan tangan mereka untuk menghalang Naim.

“Who are you???” Nadirah bersuara..

“Siapa awak???” Aina bertanya sambil memandang atas dan bawah…

“ IIiikkk jurubahasa ker dua ekor nie???” Naim berbisik didalam hati sambil tangan kirinya menolak rambutnya yang terjuntai…

Aneesa cuba melepaskan tangannya namum semakin dia meronta semakin kuat Naim memegang lengannya. Aneesa menghentikan rontaannya apabila naim menghadiakan sebuah pandangan tajam kepadanya.

“ Hello…HHHEELLOOO…” jeritan Aina mengembalikan pandangan Naim kepada dua insan yang sedang menghalang perjalannya.

Sebuah keluhan dilepaskan…Baru sahaja dia menggerakkan bibirnya Aneesa telah bersuara “ Irah, Aina… korang bawa kereta pegi workshop… Aku balik kejap lagi…”

“ Kau kenal ker gan mamat hensem nie” Nadirah bertanya sehinggah sebuah senyuman kecil terukir dibibir Naim.

“ Yelah kau kenal ker??? Kami tak pernah tau pun” Aina bersuara seolah-olah berfikir…

Aneesa menarik nafas sedalam yang boleh kemudian menghembus perlahan-lahan…

“Suami aku” dia bersuara perlahan..

“What????” Nadirah dan Aina menjerit serentak… Mulut mereka terbuka luas gara-gara terkejut dengan jawapan Aneesa..

“ Nanti aku balik aku cerita please…” Aneesa bersuara perlahan sambil menahan air mata dari keluar, suaranya kedengaran tersekat-sekat..

“Now.. cerita sekarang Aneesa.. Sekarang” Nadirah menjerit… tubir matanya menjadi panas…

Naim hanya memandang wajah Aneesa yang semakin merah. Dia tahu bila-bila masa sahaja isterinya akan menangis. Naim melepaskan tangan Aneesa sambil memberi ruang kepada gadis itu untuk berbicara. Dia berjalan kearah Zakuan yang sedang menyandarkan badannya di kereta BMW.

“ Serius bro.. she is your wife???” Zakuan bertanya

“ Yup…” hanya sepatah yang keluar dari mulut Naim

“So apa cerita kau dengan Areesa?? Macam mana ko boleh terkhawin with this girl???” Zakuan bertanya

Naim mengeluarkan sebatang rokok lalu kotak rokoknya disuakan kepada Zakuan. Naim menceritakan peristiwa yang berlaku empat minggu sudah, bagaimana dia dengan Areesa “break up”, bagaimana dia terjumpa dengan seorang gadis yang berwajah polos yang sedang enjoy sakan bermain layang-layang dengan sekumpulan kanak-kanak dan bagaimana dia ditangkap basah dalam masa kurang dari 2 minit dimana keadaan itu berakhir dengan perkhawinannya dengan gadis “layang-layang” itu….

Zakuan menggeleng-gelengkan kepalanya..” serius bro aku dengar story kau macam skrip draman sinetron Indonesia or prehapes lagi tepat macam skrip drama slot Akasia kat TV3”..

Naim ketawa kecil sambil matanya memandang sayu wajah Aneesa yang sedang menangis teresak-esak dalam pelukan Nadirah dan Aina.

“ What are you going to do now bro” Zakuan bertanya sambil memandang Naim yang sedang memandang Aneesa.

“ Ntah lah Zack.. Percaya tak kalau aku cakap sejak aku nikah gan dia this is my first time to see her” Naim menjawab lemah.

“ Wow… biar betul Naim” Zakuan terjerit kecil

Naim hanya menjawab dengan anggukan kepala.

“ Bro aku tengaok cara kau pandang dia lain macam jer…kau dah start jatuh tangga ker” Zakuan mengusik Naim..

“ Serius aku cakap aku tak tau Zack… Aku suka tengok dia… Bila aku tengok dia jer aku rasa semua problem aku hilang.. She is like a magician tapi love bukan kot...” Naim berkata sambil menghembus asap rokok dengar sangat macam suara orang menipu..

“ Well apa kata kau give a try… Aku tengok dia baik jer… If kau tak nak apa kata kau bagi aku.,.” Zakuan bersuara dalam ketawa..

“ Woi… Dah jangan cari pasal.. Kang ada yang makan free jer sepakan aku…” Naim bersuara geram..

Zakuan tersenyum melihat Naim… dalam hatinya dia berbisik.. “ Wei.. bro… aku rasa kau dah jatuh tangga… jatuh longkang… bukan-bukan jatuh dalam jurang marina daa…. “

Dari jauh Naim hanya memandang sayu wajah gadis “layang-layang” nya.Hendak pergi dekat dan memujuk dia tidak tahu caranya.

Nadirah berjalan kearahnya dan mereka berbual seketika, Naim mengangguk-angguk kepalanya beberapa kali sebelum dia mengeluh kecil . Naim menghantar Aneesa dan kawan-kawannya dengan pandangan mata sebelum bergerak ke keretanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience