42

Romance Completed 127597

‘Mama ..” Addin Najla berlari dan memeluk Aneesa.

“Mama tadi Naufal tarik rambut Najla” Addin Najla bersuara serak.

“Najla rindu Mama” gadis berusia 5 tahun itu memeluk Aneesa yang kaku.

“Najla nak mama” tagisan Najla makin menjadi.

“Najla jangan nagis. Naufal tak kacau lagi” Adid Naufal memujuk adiknya yang sedang menagis di bahu mamanya.

“Najla pleaseeeee..” Adid Naufal memeluk badan Najla yang sedang memeluk erat badan Aneesa.

“Syuhh.. jangan nagis. “ Adid Naufal berhenti bergerak dan serentak itu gerakan Addin Najla juga berhenti kerana terdapat sepasang tangan melingkari tubuh badan mereka.

“Nauf…al” Akid Nazmi berhenti di gigi pintu.

“Eyy nape berhenti” Atiya Nawal memandang wajah Akid yang terkejut. Matanya di bawa ke arah titik focus Akid.

“Papa.. papa” Atiya lari mencari Khairul Naim.

“Papa.. papa” Atiya Nawal tercungap-cungap.

“Kenapa ni?” Naim berdiri sambil memandang wajah anak gadisnya.

“Ma.. ma..” Atiya bersuara dalam keadaan mengah.

“Kenapa dengan mama?” Naim menyoal cemas

“Mama peluk Naufal ngan Najla” serentak dengan itu Naim melangkah laju ke bilik atas.

Matanya statik memandang senario di tubir matanya.

“Sayang..” tiada reaksi..

“Sayang..” Naim memeluk Aneesa , Naufal dan Najla. Akid dan Atiya berlari dan memeluk papa mereka.

Datin Zahara yang mendengar kekecohan di atas mendaki anak tangga dan langkahnya terhenti melihat pemandangan yang hiba.

“Ya Allah Engkau sembuhkan anakku itu dan Engkau bahagiakan keluarga mereka . Ameen” dia berdoa .

Naufal berjalan perlahan menghampiri Aneesa .

“Mama Naufal peluk mama ok” tangan si kecil itu memeluk Aneesa erat.

2 minit…

5 minit..

7 minit..

10 minit…

“Thank You mama. I Love u” Naufal menghadiahkan ciuman ke pipi Aneesa apabila tangan Aneesa melingkari badan Naufal.

“Here” Naufal menarik tangan Najla, manakala Najla menarik tangan Akid dan Akid menarik tangan Atiya.

“Look at the clock. Now hug mama” Naufal memberi arahan pada Najla.

2 minit…

5 minit…

7 minit…

10 minit..

“See mama hugs you back” Naufal menarik senyuman yang menampakan lesung pipitnya.

“Atiya nak” Atiya bersuara teruja.

“Atiya pastu Akid” Naufal memberi arahan.

“Ok” Akid menjawab sepatah sambil matanya bersinar memandang Aneesa yang sedang memeluk Najla.

“Papa Happy Birthday” Atiya, Najla, Naufal dan Akid mengucap serentak.

“Thank you sayang” Naim memeluk anak-anaknya.

“Kami ada hadiah untuk papa” Akid bersuara.

“Hadiah?” Naim menjungkit keningnya.

“Come follow us” Atiya menarik tangan Naim menghampiri Aneesa yang sedang duduk merenung luar.

“Papa peluk mama cepat” Najla memberi arahan.

“Ok” Naim memeluk Aneesa kemudian mengucup ubun-ubunnya. Pelukan itu di lepaskkan dan matanya beralih pada anak-anaknya.

“Ala papa, hug until we ask u to stop” Naufal menyampuk.

“Emm”

2 mini..

5 minit..

7 minit…

10 minit…

“Ok let go “keempat-empat bersuara serentak.

Naim membuka mata yang dipejam, lidahnya menjadi kelu, tubir matanya mula berair. Aneesa membalas pelukkannya setelah 5 tahun.

“This is your hadiah” Naufal menarik senyuman. Atiya, Najla dan Akid mengangguk laju mengiakan kata-kata Naufal.

“Thank you sayang” Naim mengucap perlahan.

“10 minutes, you must hug mama 10 minutes and she will hug you back” Akid bersuara memberi penjelasan.

“10 minutes papa and Happy Birthday “Najla menyampuk.

“We already try this for the past 3 days and we keep it secret for your birthday” Atiya bersuara sambil memeluk bahu Naufal.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience