Naim memimpin tangan Atirah yang sedang berceloteh tanpa henti-henti. Aneesa yang berjalan disebelah Atirah hanya memasang telinga mendengar celoteh kanak-kanak itu, kadang-kadang Aneesa tersenyum sendiri menahan ketawa mendengar kata-kata Atirah. Sambil berjalan mata Aneesa memandang barang-barang yang dipamerkan dikedai-kedai yang dilalui.
Sedang Naim berjalan sambil mengangkat plastik yang penuh dengan barang-barang mainan yangdiborong oleh Atirah tiba-tiba dia terasa yang seseorang sedang memegang t-shirtnya, secara sepontan Naim berpaling untuk melihat siapa makhluk Allah yang sesuka hati memegang t-shirtnya itu. Matanya terpaku pada sebuah tangan yang selesa mengenggam t-shirtnya didalam genggamannya. Makhluk Allah itu langsung tidak sedar yang Naim sedang memandangnya yang sibuk melayan Atirah. Sejak kecil sudah menjadi kebiasaan Aneesa untuk berjalan sambil memimpin tangan ataupun memegang baju papanya atau baju abangnya Amirul oleh itu tanpa Aneesa sedar pada saat ini dia sedang berjalan sambil memegang baju Naim. Naim memusingkan kepalanya kembali ke depan dan tersenyum sendiri melihat gelagat Aneesa yang kelihatan seronok bersembang dengan Atirah sambil tangan kanannya memegang t-shirt Naim dan tangan kirinya memimpin Atirah.
Ketika tiga pasang kaki melangkah masuk ke McDonalds tiba-tiba ada sekujur tubuh melanggar Atirah yang sedang dipimpim oleh Aneesa.
“Aauuchh...” Atirah meraung selepas punggungnya tercium lantai entrance McDonalds.
Aneesa segera mencangkung dan menolong Atirah yang tidak berubah seperti mangga busuk.. Naim segera mencangkung ditepi Aneesa sambil memujuk kanak-kanak kecil itu agar Atirah tidak menangis dan membuat drama swasta di Lot 10.
“Where do you put your eyes and please watch where is your daughter going??..” Aneesa terdengar suara seseorang menjerkahnya.
“Linda” sebuah nama meniti dibibir Aneesa yang mengangkat kepala untuk melihat siapa tuan punya diri yang kaya dengan budi bahaa.
“Neesa… eerrmm..Aneesa…Aneesa Aliff right??” gadis bersuara seakan-akan berfikir kemudian gadis itu membesarkan matanya apabila terpandang wajah Aneesa.
“Neesa kenal ker??” Naim menyampuk apabila melihat Aneesa mendiamkan diri.
“Oh my god it is you.. Aneesa.. you look different now…Not bad huh” gadis itu berkata dengan mata yang tidak berkedip-kedip dia memandang Aneesa atas bawah..…
Aneesa bingkas bangun apabila dia melihat Atirah sudah selamat didukung oleh Naim. Malas Aneesa hendak melayan gadis dihadapannya. Sedang Aneesa mengangkat plastik yang penuh dengan barang mainan Atirah kedengara satu suara garau sedang memanggil gadis yang melanggar Atirah tadi. Suara itu semakin dekat.. dada Aneesa seakan-akan hendak berhenti mendengar suara itu.. wajah Aneesa bertukar menjadi semakin merah, dadanya berombak kencang, nafasnya menjadi semput seperti kekurangan oksigen tatkala dia mendengar suara itu semakin menghampirinya.
“ What happened here baby” ..lelaki itu bertanya kepada gadis yang melanggar Atirah dalam suara yang menjengkelkan...
“Oh !!Dear it is just an accident with an old friend “ gadis itu menjawap dalam suara gediknya.
“ Accident baby?? Are you alright?? lelaki itu menyoal kekasihnya tangannya memusing-musing badan kekasihnya.
“ I terlanggar this cute little girl” gadis itu memuncungkan bibirnya untuk menunjuk ke arah Atirah “ and guess who I meet” gadis itu bersuara teruja sinis....
“Who” lelaki itu bertanya..
“ Neesa..Aneesa Aliff.. you remember her right…your….” ayat gadis itu tergantung ..
“Aneesa…” lelaki itu bersuara perlahan…wajahnya berubah lebih kepada terkejut..
Naim kelihatan terpingga-pingga melihat wajah Aneesa yang merah.. lebih membuatkannya terpingga-pingga ialah gadis didepannya yang kelihatan terover excited dan terover gedik.."dahlah buat dirinya sendiri buat salah boleh pula buat derk and jerkah Neesa..Selamatlah kau tue perempuan kalau lelaki dah lama muka kau tue cium lantai" Naim menyumpah dalam hati sambil mendengus kecil….
Aneesa menarik nafas sedalam yang mungkin sebelum memusingkan badannya 90° ke arah pasangan yang tersesat diantara Naim. Atirah dan dirinya.
“Neesa??” lelaki itu menegur sambil matanya tidak berkedip-kedip melihat Aneesa..
“ Yup.. it is me “ Naim mendengar Aneesa menjawab dengan penuh confident.. namum pemandangan mata Naim bukannya pada Aneesa mahupun pasangan tersesat yang terpacak didepannya, pandangan Naim terfokus kepada tangan Aneesa yang memaut kemas lengannya. Tangan Aneesa terasa berpeluh-peluh dan menggigil.
“Nak kata sejuk tak sejuk pun ..ada yang tak kena nie… macam bengang jer aku tengok Neesa.. tadi ok jer..“ Naim berbisik didalam hati..
“You look different “ lelaki itu bersuara seperti memuji.. mata lelaki itu memandang Aneesa atas dan bawah lebih tepat lelaki itu sedang menilik Aneesa.
“EEhhmmm” Naim berdehem kecil… Naim merenung wajah Haikal yang tak lepas-lepas menilik Aneesa atas, bawah, kiri, kanan ntah kenapa tiba-tiba Naim terasa seperti hendak hadiahkan sepakan penalti ke wajah Haikal… “ IIkkk mamat nie buta ker??? Dia tak nampak Aneesa peluk tangan aku ker?? Wooii brother nie “bini “ aku daa walaupun instant wife she is still my wife bro… “ Naim mengetap bibir dalam hati punya lah panas sampai bergeleggak…
Aneesa berpaling untuk melihat wajah Naim tiba-tiba wajahnya merona menjadi merah apabila terlihat tangannya kemas memaut lengan Naim.
“ Hey I’m Linda and this is my hubby Haikal Najmi” gadis itu memperkenalkan dirinya kepada Naim sambil bibirnya menguntum sebuah senyuman menggoda kepada Naim.
“ Naim… Khairul Naim” Naim menjawab bersahaj.. didalam hatinya Naim berasa meluat dan meyampah melihat gadis yang bernama Linda itu dan mamat disebelah minah gedik ini.. namun pada masa yang sama dia memerah otak berfikir mamt nie aku pernah jumpa. dimana yea..dimana???..
“ Sorry get to go.. hungry” tiba-tiba Aneesa bersuara seperti orang yang tidak berperasaan.. tangannya memaut erat lengan Naim.
“Neesa can we talk” tiba-tiba Haikal mencelah..
“In private... could we “ Haikal bersuara seperti mengharap..
“ Ini sudah lebih…" hati Naim mula menjerit... Naim sudah bersiap sedia untuk menarik Aneesa jika Aneesa bersetuju for “private” talk dengan mamat ini…” Tak boleh… Tak boleh..” Naim menggeleng-gelengkan kepalannya tanpa disedari….
Aneesa yang berpaling melihat Naim tersenyum nipis melihat Naim menggelen-gelengkan kepalannya ntah kenapa perbuatan Naim itu seperti memberi semangat kepadanya…
“ Eerrmm… Is there anything to talk between both of us Mr Haikal Najmi??…Eerrmm do you think there is anything your husband want from me Mrs.Linda?? “ Aneesa betanya dalam nada yang sinis kepada Linda yang sudah berubah wajah mendengar permintaan suaminya sebentar tadi.
Naim yang sedar akan “something wrong somewhere” terus memeluk pinggang Aneesa. Mata Haikal Najmi berubah apabila melihat tangan Naim yang kemas di pinggang Aneesa…. “ Who the hell is this guy sampai Aneesa biarkan dia peluk pinggang??” Haikal menjerit didalam hati kerana menahan geram..
Sebuah senyuman dilemaprkan kepada kedua orang dihadapan Aneesa sebelum Naim menarik Aneesa melangkah kedalam McDonalds sambil itu otaknya ligat memikir siapa lelaki tadi… dia cuba mengingati dimana dia pernah berjumpa lelaki itu..
Didalam McDonalds fikiran Aneesa melayang ke peristiwa yang berlaku pada tiga tahun lepas. Peristiwa yang merobek jiwanya, peristiwa yang membuatkannya membawa diri, peristiwa yang membuatkan jiwanya hancur. Naim memandang Aneesa yang sedang mengelamun dihadapannya, dia membiarkan Aneesa melayan perasaannya kerana Naim tahu ada sesuatu yang membuatkan Aneesa sedih pada saat ini kerana tanpa Aneesa sedari terdapat titisan air mata yang sedang mengalir dipipinya.
Suasana didalam kereta sunyi sepi.. hanya kedengaran suara DJ radio yang berceloteh.. Atirah telah lama lena di kerusi belakang. Sekali-kala Naim memandang wajah Aneesa.. Tiba-tiba Naim menghentikan keretanya ditepi jalan.. Aneesa tersentap apabila Naim memberhentikan keretanya ditepi jalan. Wajahnya memandang Naim yang sedang menyandarkan kepalanya di tempat duduk pemandu manakala tangannya memegang stareng kereta.
“Aneesa ok tak??” Naim bertanya sambil matanya ditutup…
Aneesa membatukan dirinya…
“Neesa nak share dengan Naim ???” Naim bersuara lembut..
“ Tak ada apa-apa “ Aneesa bersuara… namun Naim dapat merasakan getaran pada suara Aneesa..
Naim menghembus nafas dengan kuat… “ Are you sure??” Naim bertanya.
Aneesa hanya mengangguk...
“Kenapa diam??”Naim bertanya sambil matanya masih tertutup...
1 minit…
2 minit…
3 minit…
Naim dapat menangkap Aneesa yang sedang menahan tagisan…
“You can tell me what happened?? Who was that” Naim memusingkan badannya menghadap Aneesa dia bersuara perlahan.. Didalam hati Naim sudah tertanya-tanya siapa dia lelaki yang memandang “bini”nya seperti hendak diratah…
“He was my ex-boy friend “ Aneesa bersuara perlahan..
“ What ex???” Naim terkejut… didalam hati “ What in the hell??? EX??? Mamat tue buta ke apa?? Tinggal Aneesa untuk minah gedik tue?? Tak pe..tak pe bagus juga dia tinggalkan Aneesa….”
“Yup.. ex… she was my friend until I caught them sleeping together…” Aneesa bersuara perlahan.. Air mata tidak dapt dibendung lagi…
“ She what???” Naim terus tegakkan badannya…
“Aha.. She slept with him… I love him so much…but he..” empangan Aneesa sudah pecah..
“ Ohh no… Nie yang aku tak nak dengar… She LOVE him.. Think positive Naim... Think positive…” hati Naim menjerit…
“ Then what hapeend ??” Naim bersuara seperti manusia yang tidak berperasaan… tapi dalam hati hanya dia dan Allah sahaja yang tahu geloranya macam tsunami pun ada..macam katerina pun ada..
“ Haikal cakap he was playing with me.. he said I’m ugly..tak sedar diri...I’m not up to date…I’m nothing compare to Linda…” Aneesa bersuara sayu..
“ What do he mean by that?? To me you look perfect…” Niam menjawab jujur…
“Ntah.. mmmm..maybe I’m not good enough kot out dated…” Aneesa menjawab perlahan..
“ Do you still love him??” Naim bertanya hati, limpa, pundi kencing, usus kecil,usus besar sudah berlaga-laga membunyikan lagu rock jika sekali dengar dua kali dengar lagu cina mati… tangannya berpeluh menanti jawapan Aneesa..
“ No I don’t love him anymore… Just that it hurts when he do that to me.. “ Aneesa bersuara tegas.. suaranya yakin dengan jawapan yang diberi..
Naim menghembus nafas yang ditahan… didalam perut berlaku pesta rama-rama lagu rock versi cina mati diganti dengan lagu r&b …
“ Kalau boleh Neesa nak bagi dia one or two words so that he knows what he had lost..” kali ini suara Aneesa lebih tenang…
“ Maybe you will have your chance..” Naim bersuara sambil tersenyum seraya dengan itu enjin kereta dihidupkan..
Aneesa memandang wajah Naim dengan seribu kerutan…
Dia cuba mentafsirkan kata-kata Naim dan senyuman Naim…
Share this novel