Aneesa merenung siling biliknya, satu keluhan kecil dilepaskan. Masih terniang-niang ditelinganya kata-kata papanya.
“Pulang ke rumah hunjung minggu ini Neesa, jangan diikutkan sangat kata hati itu, papa minta maaf atas kesalahan Mashitah. Pulang lah papa rindu sangat dengan kamu Neesa.” Lembut suara Dato Aliff terniang-niang di cuping telinga Aneesa.
Aneesa tidak tahu apa kesalahannya sehingga dia dibenci oleh adik tirinya Mashitah. Bukan sekali dua Aneesa dimalukan tetapi apa yang dilakukan 6 bulan lalu masih berbekas dihati Aneesa. Mashitah adalah adik tiri Aneesa hasil dari perkhawinan Dato Aliff dan Datin Suhaila setelah ibunya pulang ke rahmatullah. Datin Suhailah adalah ibu tiri Aneesa. Wanita itu adalah seorang ibu yang penyayang, lemah lembut sifatnya namun entah dimana silapnya anaknya Mashitah perangainya macam hantu.
Aneesa melangkah kearah tingkap biliknya, diselak langsir biliknya dan matanya memandang ciptaan Allah s.w.t yang indah . Bintang-bintang yang bertaburan dilangit itu kelihatan indah. Aneesa bertasbih didalam hati memuji keindahan Maha Besar. Tiba-tiba kedengaran bunyi kereta berhenti dihadapan rumah jirannya. Aneesa memandang dua susuk tubuh yang keluar daripada perut kereta itu. Hatinya beristigfar melihat jirannya, Areesa yang berpakaian tidak cukup kain berada dalam pelukan seorang lelaki. Aneesa hanya menggelengkan kepalanya dan melangkah ke katil dihempas tubuhnya lalu matanya dipejam.
Pada waktu yang sama di tengah-tengah kota Kuala Lumpur Naim sedang melayan Atirah makan McDonalds. Naim tersenyum melihat anak saudaranya. Diambil sehelai tisu dan dibersihkan pipi anak saudaranya yang comot dengan sos.
“Iiisshh Tirah comot jer Uncle Naim tengok Tirah makan. Kalau comot macam mana Tirah nak keluar date gan Uncle Naim??” Naim mengusik kanak-kanak itu.
“Takpe, kalau comot kita balik umah Tok Abah dan tukar baju then Tirah boleh keluar date gan Uncle Naim.” Kanak-kanak berumur 5 tahun itu menjawab sambil tersengih.
Naim hanya menggelengkan kepalanya sambil menahan ketawa mendengar anak saudaranya menjawab. Hatinya berbisik “bijak-bijak anak saudara aku nie..”.
Sepanjang hari Naim sibuk dengan kerja dipejabatnya. Naim menyandarkan badannya pada sofa berangkai tiga dipejabatnya. Tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi. Naim menjawab dengan malas.
“ Sayang what are you doing?” Areesa bertanya.
“Main guli,” Naim menjawab dengan malas. Geramnya terhadap gadis itu masih berbekas.
“You nie kan sengaja nak bagi I marah…” kedengaran ketawa halus di hujung talian..
Naim hanya mendiamkan diri..
“Eeerrrmm nak lunch dengan I tak?? I baru habis photoshoot, I tunggu you at Shangri-la,” Areesa bersua manja.
Naim mendengus kecil sebelum memutuskan talian. Dia bangun dalam keterpaksaan dan berjalan keluar dari pejabatnya. Ikut hati malas dia hendak menuruti permintaan Areesa namun rindu yang menebal pada kekasih hatinya menyebabkan dia menolak tepi keletihannya.
Areesa tersenyum sambil membetulkan bajunya. Di bibirnya terukir sebuah senyuman apabila dia melihat Vios Naim. Dengan gaya yang penuh kegedikan Areesa berjalan menuju ke kereta Naim.
“Lama I tunggu you tau," Areesa bersuara manja apabila melihat Naim mendiamkan diri sepanjang perjalanan ke Restoran Thai. Areesa cuba memegang tangan Naim apabila dia melihat Naim mendiamkan diri. Tanpa diduga Areesa, Naim menarik tangannya dengan kasar.
Hati Areesa berdengup kencang kerana terkejut dengan sikap Naim yang tidak pernah didugannya. Mukanya menjadi merah menahan geram. Areesa terus mendiamkan diri. Pelbagai soalan bermain dikepalanya kenapa tiba-tiba Naim melancarkan mogok bisu?.
Tiba-tiba Naim memberhentikan keretanya di tepi jalan. Dia meraup wajahnya dengan kedua-dua tapak tangannya. Naim memaling muka menghadap Areesa. Dia memandang lama wajah gadis yang dipuja selama ini. Sehingga tadi kasih dan rindunya pada Areesa masih tebal namun sesuatu yang 'terlihat' oleh matanya membuatkan rasa bencinya terhadap gadis ini membuak-buak.
“You nie kenapa Khairul Naim??” suara Areesa kedengaran keras kerana menahan geram.
“Berapa lama you permainkan I Areesa?” Naim bertanya sambil menyandarkan kepalanya dikusyen keretanya.
Muka Areesa menjadi pucat, kalau ditoreh mukanya dengan pisau penoreh getah nescaya tidak akan keluar setitik darah pun. Macam Zombie..
“Jawab Areesa dah berapa lama you permainkan I??” Naim menjerit.
“W..W…Wa..What do you mean sayang??” Areesa bertanya tergagap-gagap. Hatinya berdengup kencang. Dia menggenggam tangannya yang mulai berpeluh.
“Habis apa benda yang gigit leher you Areesa??? Vampire???" sinis Naim menembak Areesa yang kelihatan pucat itu.
Areesa ternganga mendengar soalan Naim. Dia menelan air liurnya. Mukanya menjadi semakin pucat.
Naim memejam matanya dan menyandarkan kepalanya sambil meleraikan ikatan tie dilehernya.
“Apa salah I Areesa?? I ikutkan segala kemahuan you, credit card, gifts, my love to you and everything...so tell me Areesa why Areesa why?” dia bersuara perlahan namun keras.
Otak Areesa ligat mencari alasan untuk menyelamatkan dirinya. Areesa akhirnya mengambil keputusan untuk menggunakan air matanya sebagai senjata untuk menutup kesalahannya. Namun pengiraannya salah kerana apabila mendengar dia tersedu-sedu Naim hanya membatukan dirinya. Tiada lagi pujukan seperti biasa.
“Stop the act Areesa, sebenarnya I yang kena menangis. I love you so much Areesa, I trust you more then everything but I never expect this for return. I am sorry Areesa I don’t take somebody else trash, Areesa," dengan kata-kata itu Naim menarik Areesa keluar dari keretanya dan ditinggalkan gadis itu terpingga-pingga ditepi jalan.
“Khairul Naim how dare you," Areesa memekik apabila melihat kereta Naim meluncur laju meninggalkannya keseorangan di tepi jalan. Areesa menghentak kaki dengan kuat. Dikeluarkan compact powdernya dan dia melihat kesan gigitan di lehernya.
“Macam mana aku boleh tak perasan yang there is Love Bite at my right side of neck. Haris pun satu stupid.” Areesa menggetap giginya sambil menghentak kaki diatas jalan.
Hand phone N96nya dikeluarkan dari tas tangannya number Haris didail. Dua kali mencuba kedua-dua percubaannya terus ke voicemail. Kali ketiga dia mencuba panggilannya disambut oleh Haris.
“Yes, Honey” Haris bersuara lemah.
“What are you doing?” Areesa bertanya kasar.
“In the middle of meeting," Haris menjawab.
“Boleh tak you datang ambil I now?" Areesa bertanya sambil tangannya menolak rambut yang terjuntai didahinya.
“Sorry dear now tak boleh I busy lah, ” Haris menjawab.
“Suruh siapa-siapa datang ambil I at Highway Sungai Besi." Areesa meninggikan suaranya.
“Highway Sungai Besi?? Apa you buat kat sana?” Haris bersuara kehairanan wajah Haris berkerut memikirkan apa yang dibuat oleh Areesa disana.
“Just ask someone to fetch me now Haris. Don’t make me angry anymore. Khairul Naim just dump me and leave me by the road side because he saw the mark you gave me yesterday at my neck." Areesa menjerit di hand phone N96nya.
Haris sedaya upayah cuba menahan ketawanya. “Ok “ sepatah jawapannya sebelum talian telefon diputuskan. Selepas membuat panggilan kepada drivernya, Haris memalingkan kepalanya melihat seorang wanita tidur nyenyak disebelahnya. Dibibirnya terukir sebuah senyuman apabila matanya tertumpu pada sebahagian tubuh wanita itu yang terdedah. Nafsu Haris memuncak lalu dia mula melunaskan panggilan syaitan itu.
Mashitah yang sedang enak tidur membuka kelopak matanya apabila dia tidurnya terganggu oleh sesuatu yang merayap dipahanya. Mashitah tersenyum apabila melihat Haris dengan rakusnya mencumbu lehernya.
Naim memberhentikan keretanya berdekatan dengan sebuah taman. Dia duduk sambil menyandarkan badannya di sebuah bench. Sebatang rokok dinyalakan lalu dihisap perlahan-lahan. Dari jauh sayup-sayup kedengaran bunyi riuh rendah. Kelihatan seorang gadis sedang bermain layang-layang dengan sekumpulan kanak-kanak dalam lingkungan 8 hinggah 11 tahun.
Pandangan Naim tertumpu pada gadis yang kelihatan sedang enjoy sakan bermain layang-layang. Naim tersenyum melihat gadis itu. Segala masalah yang baru berlaku beransur-ansur hilang apabila dia melihat gadis itu.
Gaya bersahaja gadis itu mencuit hatinya. Gadis itu berlari sambil menarik benang yang mengikat layang-layang itu. Sebentar kemudian gadis itu mencangkung sambil memujuk seorang budak lelaki yang sedang menangis. Gadis itu kelihatan sedang meniup lutut kanak–kanak itu.. Hati Naim yang bengkak semakin menjadi sejuk melihat gadis itu. Rokok yang dipegang dibiarkan begitu sahaja.. Matanya terlekat pada gerak-geri gadis itu.
Dari jauh dia mendengar seorang kanak-kanak menjerit memanggil gadis itu , “Kak Aneesa, ais krim traffic light dah habis lah.”
“Ada ais krim apa?” kedengaran gadis itu menjerit.
“Ais krim chocolate chip jer ada. Nak beli ker?” kanak-kanak itu menjerit kembali.
“Beli jer lah.. Beli untuk semua ok," gadis itu menjerit kepada kanak-kanak yang sedang membeli ais krim itu.
Kanak-kanak yang menjerit itu berlari sambil menjinjing sebuah beg plastik yang penuh dengan ais krim ke arah Aneesa. Aneesa memujuk Haikal yang sedang menangis kerana terjatuh. Tanpa Aneesa sedari sepasang mata sedang memerhatikannya. Segaris senyuman terukir diwajah yang sedang memerhatikannya itu. Aneesa berjalan memimpin tangan Haikal sambil diikuti oleh kanak-kanak lain.
Dari jauh Naim tersenyum melihat Aneesa yang sedang enak menjilat ais krim sambil berjalan ditemani oleh sekumpulan kanak-kanak.
“Aneesa," dia menyebut perlahan sambil tersenyum. Entah mengapa hatinya terubat dan menjadi sejuk selepas melihat gadis yang bersahaja itu.
Share this novel