2

Romance Completed 127597

Naim melangkah dengan perut kekenyagan ke biliknya. Dibuka laptopnya dan dipandang wallpaper laptopnya. Satu keluhan dan senyuman terukir dibibirnya lantas dicapai telefon bimbitnya dan tangannya mendial nombor seseorang yang amat dirindui saat ini.

“Hello," kedengaran suara seorang gadis termegah-megah ditalian.

Wajah Naim berkerut, dia memandang jam didinding dan hatinya berbisik “iiisssh dah pukul 11 malam tak kan awek aku nie baru balik dari jogging”….

“Hello,” kedengaran lagi suara gadis itu… kali ini suara itu dikuatkan…

“Hai sayang… apasal nie tercungap-cunggap??? Baru balik dari jogging ?” Naim bertanya dalam gurauan..

“ Ahh… Na…Na..Naim…” gadis itu tergagap seketika…

“Areesa are you alright sayang?” Naim bingkas bagun dari baringan.

“I Ok… ada apa you call I malam-malam nie??” Areesa menyoal dalam kegusaran…

“Huh tak ada apa-apa… tak kan nak telefon girlfriend sendiri pun kena buat temu janji macam nak telefon Perdana Menteri “ Naim menyoal sinis..

“Bukan macam tu lah sayang… I tengah buat senaman ringan because I ada catwalk esok,” Areesa memujuk dalam bersuara yang lunak.

Naim hanya menggelengkan kepalanya kemudian dia bersuara, “by the way did you get my gift today baby?”

“Yes …and I love them so much sayang… I miss you baby,” Areesa bersuara manja dihujung talian.

“I miss you too sayang," Naim menjawab sambil tersenyum dihujung talian.

“ Ok ah baby I need to go… Nak buat yoga jap… I Love You," kedengaran dari hujung talian..

Naim mengeluh kecil dan sambil menjawab “I Love You too,” dan talian di putuskan.

Naim mencapai kotak rokoknya dan menyalakan sebatang rokok.. “Busy dengan yoga.. catwalk and entah apa-apa benda… hmmmm nak cakap dengan boyfriend sekejap pun susah nasib badan labi dapat girlfriend model…” dia bersuara perlahan… di sedut rokok itu sedalam–dalam dan dihembus perlahan-lahan…

Areesa mencampak telefon bimbit yang telah ditutup ke atas sofa. Rambutnya yang kusut dikemaskan dengan jari-jemari yang runcing manakala selimut yang meliputi badannya ditarik menutupi dadanya yang terdedah..Satu senyuman menggoda terukir diwajahnya. Areesa berjalan kearah ke tingkap. Lantas dia memeluk lelaki yang sedang memandang keluar tingkap itu. Disandarkan kepalanya dibelakang badan lelaki itu. Lelaki itu tersenyum menyedari perbuatan Areesa.

“ Haris” disebut perlahan dengan suara yang menggoda.

Haris memalingkan badannya dan menarik Areesa rapat ketubuhnya. Satu kucupan yang agak lama dihadiahkan dibibir gadis itu. Kemudian sebuah senyuman nakal terukir diwajahnya. Dia menolak Areesa ke atas katil dan menarik selimut Areesa.

“Haris” Areesa bersuara perlahan sebelum tenggelam dalam dunian yang dicipta bersama Haris.

“ Aaarrrggghhh!” satu suara menjerit didapur rumah sebelah. Nadirah berlari kedapur bersama Aina. Kelihatan Aneesa tersengih seperti kerang busuk melihat kedua-dua teman serumahnya di depannya. Jarinya dituding kearah kucing yang kelihatan terkejut.

“Kau nie kan cubalah jangan menjerit macam nampak pontianak. Semput aku…ingatkan apa rupa-rupanya kucing,” Nadirah bersuara.

“Bukannya kau tak tau yang aku nie geli tengok kucing…eeeekkk….geli..” Aneesa membuat mimic muka yang menunjukkan dia geli.

Tiba-tiba kucing yang terkejut beruk itu berjalan dan menggesel kan badannya ke kaki Aneesa..

“ AAAAaAARRRGGG!” satu jeritan yang panjang bergema didalam rumah itu.

Aina dan Nadirah apa lagi ketawa sampai keluar air mata bila melihat Aneesa terloncat-loncat..

Bunyi jeritan Aneesa yang agak kuat itu telah kejutan sepasang manusia yang sedang tidur dengan nyenyak selepas “over time”. Areesa membuka mata dengan malas, dia berpaling dan melihat Haris yang sedang mengeliat. Sebuah senyuman terukir diwajah Areesa dan Haris, laju tangan Haris menarik Areesa dan dihadiahkan sebuah kucupan pada gadis itu lalu dia bangun dan berjalan ke bilik mandi. Areesa menarik selimut dan menyambung tidur.

Tiba-tiba telefon bimbit Aneesa berbunyi. Lagu nyanyian Ikimono Gakari itu memberhentikan seketika drama swasta yang berlaku dirumah sewa gadis itu. Gadis itu berlari anak untuk menjawab panggilan yang ditunggu-tunggunya. Aina dan Nadirah hanya tersenyum melihat gelagat Aneesa itu.

Setelah gadis itu mematikan telefon dia terus duduk diatas sofa. Muka Aneesa seperti berfikir. Aina dan Nadirah melabuhkan punggung mereka di sebelah Aneesa. Aneesa hanya tersenyum melihat mereka lalu digeleng-gelengkan kepala beberapa kali. Aina berdiri dan mengusap perutnya lalu bersuara, “Chef Neesa sarapan apa hari nie???”

Aneesa berdiri lalu berlari kearah dapur sambil menjerit “sarapan pagi nie semua makan Oat dan susu…bagus untuk mereka yang dah berusia seperti kau Aina…hahahaha”

Aina apa lagi teruk membuka langkah seribu mengejar Aneesa.

Di kota yang sibuk, Naim hanya sempat bersarapan ala kadar kerana terlewat untuk ke pejabat. Sebelum keluar dia sempat bersalam dengan papa dan mamanya. Sambil bersalam dia berbisik kepada ibunya “Happy Birthday mama …tak nak ucap kuat-kuat nanti papa dengar…Kalau papa tak ucap jangan lupa kuncikan papa kat luar malam nie,” dia ketawa kecil sambil mencium pipi mamanya.

Datin Zahara mencubit lengan anaknya lalu menjawab, “Naim lambat papa awal lagi” dalam sisa ketawanya. Datin Zahara memalingkan wajahnya memandang suaminya yang sedang membaca surat khabar. Dia pasti sangat yang Dato Khairul Zakaria tersenyum disebalik surat khabar itu.

Naim hanya menjungkit bahu sambil tersenyum lalu dia berjalan kearah Viosnya. Keretanya dihidupkan dan tangannya dilambai kemudian dia meluncur laju di atas jalan.

Naim berjalan masuk ke pejabatnya. Sambil dia berjalan dia menghadiakan senyuman kepada para perkerjanya. Bagi Naim senyuman adalah sedekah dan penguat semangat dipagi hari. Seperti biasa pekerja-pekerja Naim memulakan tugas masing-masing apabila mereka melihat bos mereka.

Bagi mereka walaupun Naim adalah seorang yang muda tetapi berdedikasi. Sikap Naim yang bertolak ansur dan suka membuat lawak adalah pembakar semangat mereka. Setelah melabuhkan punggungnya diatas kerusi empuknya tiba-tiba seseorang merempuh masuk kedalam biliknya. Naim mengangkat kepala dan memandang insan yang merempuh biliknya dengan muka yang berkerut.

Gadis bermta bundar yang berdiri dihadapannya hanya tersenyum apabila melihat rupa Naim yang berkerut. Terus si gadis itu berjalan kearah Naim dan duduk diatas ribanya. Sebuah senyuman terukir dibibir Naim tatkala sepasang bibir itu mendarat di pipinya. Dipeluk gadis itu dan disandarkan ke dadanya.

“Apa sayang buat disini?” Naim menyoal.

“Eerrmm.. ikut tuuuu…” gadis itu memuncungkan bibirnya ke arah pintu.

Mata Naim singgah pada sekujur tubuh yang bersandar di daun pintu pejabatnya, sebuah senyuman terukir pada seraut wajah itu.

“ IIkkk ini boleh mengakibatkan perang… mana boleh Atirah peluk-peluk and manja dengan Uncle Naim? Papa jealous lah” Khairul Nazwan bersuara geram.

Naim hanya menjungkit bahu apabila mendengar suara abangnya itu. Seraya apabila matanya bertaut dengan Atirah mereka berdua ketawa sehinggah Khairul Nazwan yang bersandar dipintu menggeleng-gelengkan kepalanya.

“Naim…Naim… macam-macam lah adik aku nie…" dia mengomel sendiri…

“Naim can you take care the young lady… Abang and Kak Ina ada opt today, bibik balik esok.. Nak hantar rumah mama I’ll be late to the hospital so can you do me a favor by watching over her. Nanti abang ambil dia at mama’s place. Please, brother" Nazwan bersuara seakan-akan memujuk.

“EElleeehh… sayu lah konon-konon… Kalau bukan Atirah nie cute macam Naim jangan harap Naim nak watch over her..." Naim berkata dalam gurauan..

Khairul Nazwan menarik senyuman pada adiknya kemudian menutup pintu pejabat adiknya sebelum melangkah ke arah lift.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience