37

Romance Completed 127597

“Bangun B” Aneesa mengusap lembut pipi Khairul Naim yang sedang lena.

“Neesa rindu B” perlahan jarinya bermain dengan rambut Naim yang terjuntai.

Mata Naim bergerak perlahan, suara tangisan yang nyaring bagaikan menggangu tidurnya.

“Mama, papa, ayah dan ibu busy jaga our babies.” Aneesa bersuara perlahan sambil mengusap perlahan muka Naim.

“B, Atiya Nawal, Addin Najla, Adid Naufal dan Akid Nazmi rindu dengan papa dia orang” Aneesa bersuara perlahan.

“Sampai hati B tak nak bangun , sampai hati B tak nak tengok anak-anak kita” Aneesa bersuara lirih.

Amirul Naim memandang sayu wajah Naim yang masih lena selepas 12 jam waktu yang diberi oleh Doktor.

“Naim please bangun, even not for your self do it for your babies” dia berbisik perlahan sambil tangannya membaca carta kesihatan Naim.

“Macam mana doktor?” Khairul Nazwan menyoal doktor di hadapannya. Hanya gelengan kepala mampu di hadiahkan oleh doktor separuh abad itu.

Datin Zahara terduduk sambil memeluk Dato Zukaria, manakala Dato Aliff hanya menggeleng kepalanya. Amirul Naim memandang dinding menahan air mata jatuh ke bumi.

Dato Suhaila memandang wajah Aneesa sambil mengesat air matanya. Kepala Aneesa diusap perlahan.

Wajah Naim yang lena dipandang lama.

“B bangun, “ Aneesa berbisik perlahan sambil mengucup perlahan pipi Naim yang kaku itu.

“B nak bangun Bunga tapi berat kepala B” Naim menjerit dalam hati

“Neesa jangan tinggalkan B” Naim cuba menjerit apabila baying-bayang Aneesa kelihatan bergerak jauh.

“Bunga, baby menangis” Naim cuba bersuara apabila mendengar tagisan bayi bergema.

“Kesian Bunga kena jaga baby seorang-seorang” Naim mengeluh perlahan badannya cuba digerakkan.

“ibu Akid dan Najla menangis” Amirul memanggil Datin Suhaila yang sedang bercakap dengan Dato Aliff.

“Ala..ala..ala cucu nani” Datin Suhaila cuba mententeramkan Najla, manakala Amirul menepuk perlahan badan Akid.

“Kesian budak –budak nie Amirul..” Datin Suhaila mengeluh perlahan..

“Allah Maha Mengetahui Ibu..” Amirul menjawab senyum hambar.

“Neesa rindu B…”

“Neesa cintakan B..”

“Neesa tunggu B…”

“Neesa.. Neesa..Neesa…” terdengar halus suara itu berbicara di cuping telinganya…

Perlahan-lahan jari di tubuh yang kaku itu bergerak…

“Doktorrrrrrrrrrrr” Datin Zahara menjerit memanggil doktor.

“Aneesa…” terdengar suara halus dari bibir yang kering itu.

Aneesa memegang erat jari jemari Naim yang mula menunjukkan reaksi ..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience