12

Romance Completed 127597

“ Yang tue pun cantik gak.. Cubalah dulu..” Naim bersuara memujuk..

Aneesa hanya menggelengkan kepala.. “ Tak nak ah… terdedah sangat..” Aneesa menolak lembut..

“Yang itu boleh..” Aneesa menunjuk kepada sehelai dress yang tergantung di suatu sudut..

“ Eerrmm ok.. tapi warna merah lah..bolehkan???” Naim bersuara memujuk..

“Ok..” Aneesa membalas dengan senyuman manis..

Akhirnya setelah membuat keputusan dress berwarna merah itu diambil.

Naim hanya tersenyum melihat wajah Aneesa yang ceria itu… Dia jalan beriringan dengan Aneesa. Tiba-tiba Naim menarik tangan Aneesa…” jap..jap.. Neesa tunggu sini kejap Naim nak beli something…” Naim bersuara sambil berlari-lari anak ke suatu kedai yang kecil yang kelihatan tersorok, sementara menunggu Naim, Aneesa mencuci mata dengan melihat pakaian kanak-kanak yang di pamerkan di hadapan kedai yang sedang dia berdiri…

“Jom” Naim memeluk pinggang Aneesa…Aneesa terkedu sebentar namun kakinya tetap melangkah seiring dengan Naim..

“Ini untuk Neesa..” sebuah bungkusan dihulurkan kepada Aneesa..

Aneesa menerima bungkusan itu dengan dahi yang berkerut..” Apa nie??” dia bertanya perlahan..

“Bukalah” Naim menggesa…

Perlahan-lahan Aneesa membuka bungkusan paper beg itu..” Wow.. banyaknya” Aneesa terjerit kecil.. matanya bersinar-sinar macam kanak-kanak dapat lolypop..

“ Suka??” Naim menyoal..

Aneesa hanya menganggukkan kepala… tangannya lincah mengeluarkan buku-buku komik yang tersusun didalam paper beg yang diberi oleh Naim..

“ Thank you..” Aneesa bersuara..

“Neesa nak makan tak?? Nak makan apa???” Naim bertanya sambil memeluk erat pinggang Aneesa..

“McDonalds boleh “ Aneesa bertanya perlahan…

Serta merta Naim memberhentikan langkahnya… Wajah Aneesa ditenung lama-lama..” Neesa suka makan McD ker??” Naim menyoal Aneesa..

“Kalau Naim tak suka tak pe..Kita pergi tempat lain ah…” suara ceria Aneesa berubah tone..

“Naim tanya Neesa suka makan McD ker??” Naim mengulang soalannya sekali lagi..

Aneesa hanya mengangguk perlahan…

Tiba-tiba Naim ketawa… “ Neesa..Neesa..” nama Aneesa disebut kemudian dia hanya menggeleng-gelengkan kepalannya..

“Kenapa???” Aneesa menyoal sambil mengetapkan bibir..

“Naim ingat Atirah jer yang suka makan McD.. rupanya Neesa pun sekaki dengan Tirah… Habislah Naim macam nie.. nampak gaya setiap kali bawa Tirah gan Neesa keluar kenalah Naim singgah McD… Huh Mkin popular lah muka Naim kat McD selepas nie..” Naim mengusik Aneesa

Apalah yang sedap sangat kat McD???” Naim bertanya sambil tangannya mengemaskan pelukkan dipinggang Aneesa..

“Quarter Pounder..dengan Happy Meal” Aneesa menjawab laju..

Naim hanya tersenyum mendengar jawapan Aneesa.. “Masaklah kau Naim.. Bini macam budak-budak.. baca komik..makan McD..tengok Anime…” Naim berbisik didalam hati…

+++++++++++++++++++++++++++

Didalam bilik Naim berbaring di atas katil menunggu Aneesa selesai bersihkan diri didalam bilik air. Sambil-sambil itu Naim membaca komik yang dibeli untuk Aneesa.. Sedang leka Naim melayan komik tiba-tiba pahanya ditepuk oleh Aneesa dengan sebuah buku komik yang berselerak diatas katil bersama komik-komik lain...

“ Naim tak mandi lagi ker??” Aneesa menyapa Naim..

“ Nak mandilah nie..” Naim menjawab sambil melangkah ke bilik air.. tiba-tiba Naim berhenti dan memalingkan badannya apabila Aneesa memanggilnya..

“ Naim dah solat Isyak ker??” Aneesa bertanya perlahan..

“Belum.. Lepas mandi baru nak solat kenapa??..Neesa tak solat ker??” Naim bertanya kembali kepada Aneesa..

“ Saja tanya.. Neesa nak solat lah nie..” Aneesa menjawab perlahan.. seraya itu Aneesa bagun lalu mengambil kain sembahyang yang tergantung kemas..

Naim membatukan diri sambil merenung Aneesa yang sedang menyarungkan kain sembahyang dikepalanya…

“ Neesa” Naim memanggil..

“Yea…” Aneesa menjawab perlahan sambil tangannya membentangkan sejadah ke arah kiblat…

“ Neesa tunggu kejap boleh???..kita solat berjemaah..” Naim bertanya sambil memandang wajah Aneesa…

Aneesa terkedu sebentar, kemudian dia mengangguk laju sambil menguntumkan sebuah senyuman dibibir..

Naim melangkah laju ke bilik air… Pintu ditutup.. kedengaran bunyi air dari dalam tandas.. sementara menunggu Naim mandi, Aneesa mengalunkan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran..

+++++++++++++++++++++++++++

Selepas memberi salam Naim mengangkat tangan untuk berdoa kepada Ynag Maha Esa… Selepas itu Naim berpaling menghadap Aneesa, tangannya dihulurkan kepada Aneesa lalu Aneesa menyambut tangan Naim dan disalam lalu dicium tangan suaminya itu. Naim menundukkan kepalanya lalu dicium perlahan dahi Aneesa…

“ Neesa ini merupakan kali pertama Naim imamkan solat Neesa..Naim berharap walaupun sesibuk macam mana Insyaallah Naim akan cuba berjemaah bersama Neesa sekerap yang boleh..” Naim menutur perlahan..

“ Naim tahu mungkin perkhawinan kita tidak sama seperti perkhawinan pasangan yang lain… Neesa dengan Naim tidak saling kenal mengenali betul tak…” Naim menyambung kata-katanya..

Aneesa hanya mengangguk perlahan…

“ Naim tak tahu sejauh mana hubungan Neesa dengan Naim boleh bertahan tapi Insyaallah Naim akan cuba mempertahankan perkhawinan kita serta memperbaiki hubungan kita.. Mungkin pada awalnya ia agak susah untuk ditempuhi tapi Naim nak Neesa sentiasa ingat bahawa setiap kali kaki Neesa penat berjalan tanpa sebarang arah tujuan,.. Naim nak berpaling seketika dan nun jauh disebuah sudut Neesa akan melihat Naim berdiri... Bahu Naim sentiasa tersedia untuk Neesa bersandar, belakang badan Naim sentiasa tersedia untuk Neesa menangis, kerana bagi Naim tiada yang penting selain sebuah senyuman diwajah Neesa. Neesa adalah amanah Allah s.w.t kepada Naim, amanah papa,abang amirul dan mama Neesa kepada Naim.. Pada saat Naim lafazkan akad , Neesa dah jadi tanggung jawab Naim.. Naim tak akan sekat kebebasan Neesa tapi dengan syarat Neesa pandai jaga diri dan bawa diri Neesa , Neesa bukan sahaja bawa nama keluarga Neesa tapi Neesa bawa sekali nama Naim.. Ini lah syarat ketiga yang Naim hendak bagi tau Neesa pada malam Neesa tidur sebilik dengan Naim buat pertama kali tapi pada malam tue Naim pendamkan sahaja….” Naim bertutur perlahan…

“Neesa janji Insyaallah selagi Neesa menjadi isteri Naim, Neesa akan jaga maruah serta nama Naim.. tapi..” kata-kata Aneesa terhenti..

“Tapi apa Neesa??” Naim menyoal lembut..

“Selama kita menikah Neesa tak pernah menjalankan tanggungjawab Neesa sebagai isteri untuk Naim..” Aneesa berkata sambil menundukan kepala..

“ Just take your time Neesa.. Insyaallah Naim tak akan tuntut hak Naim until you are ready..” Naim menjawab lembut..

“Sorry na Naim.. I will try my best to be your real wife...” Aeesa berjanji perlahan didalam hati..…

+++++++++++++++++++++++++++

“ Hey wait…” Haris melangkah laju cuba mengejar Mashitah yang sedang berlari menurun tangga dirumah agam tiga tingkat milik Haris..

“ Come on baby… Come here…” Haris masih berusaha untuk memujuk Mashitah yang sudah laju berlari ke arah pintu…

“ Just go away… Go away you son of bitch…” Mashitah menjerit setelah sedar yang dirinya berada dijalan mati..tangannya masih cuba membuka pintu rumah agam yang terkunci itu.. tiada jalan keluar untuk melepaskan diri…

Pang!!! satu tamparan kuat dihadiahkan dipipi Mashitah oleh Haris..

“ Watch your words slut..” Haris bersuara keras..

“Just leave me Haris.. please… leave me…I’m sorry for the words but please leave me” Mashitah merayu sambil melutut…

“ No way man… saipa nak lepaskan lombong emas macam kau… Hey !! I can earn 1000 per night with you…” Haris bersuara sambil mencengkam dagu Mashitah..

“I’m your wife… please.. please… don’t do that” Mashitah merayu lagi.. air matanya sudah mengalir dipipi..

“ Hahahahaha… wife… because you are my wife I’m doing this…” Haris menggilai macam orang yang hilang akal…

Haris mengheret Mashitat seperti seekor anjing.. Lagi kuat Mashitah meronta lagi galak Haris mengheret.. sambil mengheret ketawanya kedengaran…

“ Haris please…I beg please don’t do this..”

“Here … enjoy it… both of you enjoy it… hahahaha !!! front or back.. I don’t mind… you paid me so she belong to you guys until the sun rise…” Haris menolak Mashitah yang sudah lesu…

Dua orang lelaki berbangsa asing itu menarik Mashitah dengan rakus kedalam bilik yang sedia menanti.. Haris hanya memandang sambil tersenyum… kakinya melangkah turun ke pintu rumah agam miliknya.. Kunci dimasukkan lalu pintu itu dibuka pantas kakinya melangkah ke arah Si hitam-nya. Si hitam kesayangannya yang menjadi satu-satu kekasih yang tak pernah ditukar ganti.

Si hitamnya mengaum lebih kepada ngiauan kucing garang. Haris tersenyum mendengar ngauman Cat Carrera miliknya. Kakinya menekan pedel minyak Porsche Carrera 911 Turbo miliknya. Kereta ini walaupun model yang agak lama berbanding banyak lagi model Porsche yang menjadi koleksinya namun bagi Haris Wild Cat-nya mempunyai nilai estetika.

Telefon bimbitnya ditekapkan ke telinga bunyi.... suara “ Hello” yang menjawab panggilan telefonnya membuatkan bibirnya tersenyum…

“ Hey baby wanna meet tonight???” Haris bersuara menggoda..

“ Malas lah..I’m in Fasya’s place now” suara disana membalas dalam nada malas..

“ Come on baby..buat macam I tak tau mana rumah Fasya.. I miss you so much…” Haris masih cuba memujuk…

“I malas lah Harris.. tension.. panas…” suara itu kedengaran geram..

“ Come on lah… Lets go and grab some drinks..perhaps a glass of Johnnie Walker for me and a glass of Long Island for you??” Haris kini bersuara menggoda..…

“ Long Island??? Naa.. I’m not in the mood for cocktail dear..” suara bertutur…

“ How about Martini… Martini on the rock.. On me…” Haris bersuara memujuk lagi…

“ Huh.. Martini ha… Martini on the rock… well…” suara itu kedengaran seperti berfikir…

“ Come on Areesa it is on me… “ Haris bersuara namun kini suaranya kedengaran bersahaja kerana dia pasti Areesa tidak akan menolak, ini kerana minuman kegemaran Areesa adalah pure Martini without mixing yang sentiasa membuatkan gadis tidak keruan..

“ Fine.. I’m coming just because of Martini.. get it..” Areesa bersuara seperti mengalah dihujung talian…

Setelah memutuskan talian Haris ketawa kecil sambil membayangkan tubuh badan Areesa… tiba-tiba nafsunya memuncak… Dia menelan air liur beberapa kali sambil memandu…

“ Areesa..Areesa..” Haris menekan pedal minyak untuk tingakatkan kelajuan…Didalam otaknya dia telah merancang plan untuk malam ini…

Telefonnya didail semula…

“ Hello… Shangri-la Hotel…” suara wanita menyapa lembut..

“ I want to book one room for two please…My name is Haris Daniel..My visa card number is 4…..” suara Haris tenggelam dengan bunyi Wild Cat yang mengaum membelah jalan menuju ke Fasya …

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience