39

Romance Completed 127597

“En.Haris” seseorang menegur Haris yang keluar dari Pub dalam keadaan mabuk.

“Ya.. Kenapa” Haris menyoal dalam keadaan mabuk badannya cuba di tegakkan.

“Kami polis, kami perlukan En.Haris untuk ikut kami ke balai polis berkenaan dengan kes Puan Aneesa Aliff”

“Blurrppp” Haris bersendawa sambil ketawa..

“Aku dah bunuh perempuan yang sakitkan kekasih aku . Kau tak payah risau” Haris berkata sambil jarinya di tunding  ke arah Inspektor Airil

“Apa maksud En.Haris”

“Kau pergi rumah aku. Aku gantungkan kepala betina yang cederakan Aneesa aku”

“Ya Allah.. Tahan dia kita bawa dia ke balai polis, hantarkan unit dan forensik ke rumah dia” Inspektor Airil bersuara sambil kakinya melangkah laju ke keretanya.

“Lepasssssss…..” Haris menolak pegawai polis yang cuba menggari tangannya.

“Macam mana nak bagitau pada Naim abang” Datin Zahara bersuara perlahan

“Abang tengah fikirkan ni..”

“Za takut dia tak dapat terima abang” air mata Datin Zahara menitis perlahan..

Dato Zakaria memeluk lembut bahu isterinya.

“Budak- budak tu pun dan nak masuk 2 bulan. Tak merasa kasih sayang ibu abang kalau apa-apa jadi pada Naim macam mana dengan dia orang abang” Datin Zahara menagis teresak-esak

“Along jangan buat lawak” Naim meraup mukanya dengan kasar.

Khairul Nazwan mendiamkan diri.

“Naim dengar suara Neesa suruh Naim bangun.”

“Naim dengar suara Neesa..” Naim mengeluh kasar.

“Naim kena terima kenyataan” Khairul Nazwan bersuara sambil melutut depan Naim yang berkerusi roda.

“Along jangan main dengan hal macam ni boleh tak” Naim menjerit marah. Khairul Nazwan memeluk tubuh adiknya dengan kemas.

“Aneesa struggle very hard and she..”

“And she what??” Naim menjerit perlahan

“She make it only for 72 hours” kedengaran seseorang mencelah.

“Amirul..”Khairul Nazwan bersuara

“We put her by your side with your babies, that was her wish. I’m sorry Naim” Amirul bersuara perlahan menahan air mata yang bergenang di tubir matanya.

“No ! No ! aku tak percaya, tak mungkin Neesa dah tak ada.. Along tipu.” Naim mula menangis. Khairul Nazwan memeluk erat tubuh Naim.

“En.Naim , bangun masa untuk makan ubat” jururawat menepuk perlahan bahu Naim.

Naim terjaga  mukanya di raup baerkali- kali “Astagfirullahalazim”  dia menyebut perlahan.

“Ini ubatnya” jururawat yang bertugas menghadiahkan senyuman kepadanya.

“Naim” Khairul Nazwan bersuara sambil melangkah perlahan ke arah katil adiknya.

“Naim nak jumpa Aneesa..” Naim bersuara sambil memandang wajah Khairul Nazwan.

“Sekejap lagi, Naim rehat dulu..” Khairul Nazwan bersuara memujuk

“Sekarang.. I want to see my wife now” Naim bersuara tegas.

“Tapi…”

“He is strong enough I think Nazwan” suara Amirul menyampuk dari belakang dengan suara yang hiba.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience