Linda mengerang kesakitan, kepalanya berpinar-pinar kelihatan trailer gambaran bagaimana dia menolak Aneesa yang sarat mengandung dari belakang. Jeritan Aneesa masih kedengaran, kepuasan yang dikecapi akibat tolakan itu hilang serta merta apabila dirinya ditarik kedalam kereta dan di tampar sehingga pengsan.
“Haris..” nama lelaki yang menjadi punca segala-galanya di sebut perlahan. Kerana cinta yang membuta terhadap Haikal Najmi dia menajdi buta sehingga sanggup menikam sahabat baiknya sendiri dan kerana cemburu juga dia sanggup bertindak lebih teruk dari orang gila sehingga mengambil keputusan untuk menolak Aneesa yang tengah sarat mengandung dari belakang.
Teringat bagaimana dia mempermainkan Haikal Najmi dan Aneesa, malah dia juga merupakan manusia yang menjadi dalang agar Aneesa membenci Haikal Naji dan sebaliknya. Hatinya menjadi marah apabila dia terserempak dengan Aneesa dan seorang lelaki di Mc Donalads bersama seorang gadis comel. Gara-gara ingin sakitkan hati Aneesa dia berpura-pura berlanggaran dan kesilapan itu menjadikan namanya menjadi sebutan Haikal Najmi kembali.
Namun tidak di sangka Haris yang menggilai Aneesa akan menjadi obsess sedemikian rupa sehingga sanggup membunuh .
“Tiada perbezaan antara aku dan Haris, dia membunuh kerana cemburu manakala aku sanggup menolak Neesa yang sarat mengandung. Ya Allah, apa yang aku lakukan?” suara hatinya bergema
“Kau masuk , pergi kaunter dan tanya pesakit nama Aneesa Aliff di wad mana” Haris mengarah lelaki yang duduk di sebelah kerusi pemandu.
“Ok boss..” lelaki itu melangkah pantas..
Haris menyalakan sebatang rokok dan hembusan asap rokok itu di hembus perlahan, fikirannya kembali ke hari pernikahanya. Dia yang sepatutnya bernikah dengan Aneesa namun gara-gara Mashitah yang sentiasa ingin lebih dari kakak tirinya terlah memerangkap dirinya.
Plan asalnya bersama Linda telah berjalan lancar, gambar-gambar dia dan Aneesa yang telah di photoshop di hantar terus ke Dato Aliff. Dia menceritakan kepada Dato Aliff bahawa gambar-gambar itu telah di photoshop dan di edarkan untuk memalukan dirinya oleh pesaing perniagaannya. Kata-katanya di terima bulat-bulat oleh Dato Aliff malahan dia juga telah mengutarakan cadangannya untuk menikahi Aneesa yang telah di fitnah bersamanya. Segalanya berjalan dengan lancar malah dia juga telah berjanji dengan dirinya bahawa dia akan berubah meninggalkan dunia lamanya.
Namun segalanya hancur apabila sehari sebelum malam perkahwinannya dia meraikanBachelor Party dan menjadi mabuk. Tanpa di sedarinya gadis yang menemaninya minum adalah Mashitah. Dalam keadaan mabuk dia telah menceritakan segalanya kepada Mashitah dan semua plan yang di rancang di gagalkan oleh Mashitah gara-gara ingin menyakitkan hati Aneesa. Bukan itu sahaja malah Mashitah juga telah menunjukkan gambar-gambar dia dan Mashitah yang di ambil dalam keadaan yang tidak senonoh. Pernikahan yang sepatutnya berlangsung antara dia dan Aneesa terpaksa di ganti dengan pernikahannya dengan Mashitah. Sejak dari hari itu Haris bersumpah akan menyeksa Mashitah dan membuatkan hidup Mashitah merana.
“Boss.. boss..” suara lelaki yang memanggilnya menarik dirinya kembali ke dunia realiti.
“Macam mana?” dia menyoal
“Aneesa Aliff masih dalam bilik pembedahan boss” lelaki itu menjawab
“Emm..”.. Haris mengetap bibir rasa bencinya terhadap Linda yang berlumuran darah di rumah meluap-lupa.
“Kau sakitkan kekasih aku… Emmm” dia menggempal buku imanya.
Share this novel