Dengan sekali lafaz kini Aneesa Aliff sah menjadi isteri kepada Khairul Naim. Air mata Aneesa mengalir tidak berhenti-henti. Tangan abangnya Amirul Naim dipegang kemas. Aneesa mengeluh kecil memikirkan segala yang terjadi dalam masa yang singkat. Siapa sangka lelaki yang hanya dilihat sekali, yang tidak dikenali kini memilikinya secara sah.
Naim memandang wajah gadis 'layang-layang' yang telah sah menjadi miliknya. Dia tidak menyangka gadis yang dilihat ditaman permainan bersama sekumpulan kanak-kanak 3 minggu yang lalu kini miliknya secara mutlak. Entah mengapa hati Naim berasa damai melihat wajah gadis 'layang-layang'nya. Segala masalahnya terbang begitu sahaja. Masalah kena tangkap basah bagaikan tidak menjadi masalah bila wajah Aneesa didepannya.
Keluar dari Pejabat Jabatan Agama Islam Khairul Nazwan bersalam dengan Amirul. Rakannya itu dipeluk lalu kata-kata maaf diminta. Naim juga bersalam dengan Amirul. Kata-kata maaf juga dipohon untuk tumbukan yang dihadiahkan serta peristiwa yang berlaku. Wajah Aneesa hanya dipandang. Sejak menjadi isterinya Aneesa tidak mengeluarkan sepatah kata. Naim memandang wajah Aneesa lalu dia melangkah pergi. Hatinya berasa sebal, ngilu, pedih serta bermacam lagi perasaan apabila melihat air mata mengalir dipipi gadis itu dan lebih menyentap perasaannya kebisuan Aneesa. Naim tidak kisah kalau Aneesa memaki hamunnya atau melepaskan amarahnya namun kebisuan Aneesa sejak bergelar isterinya menyentap jiwanya.
Selepas berjalan beberapa meter tiba-tiba Naim berpaling dan berlari-lari anak ke arah Amirul dan Aneesa. Dari belakang kelihatan Khairul Nazwan dan Sabrina mengikuti Naim dengan langkah yang perlahan.
“Eeerrmm macam mana a..aw..ka..k..” Naim tergagap bila melihat wajah polos Aneesa.
“Iikk sejak bila adik abang jadi gagap???” sindir Khairul Nazwan dari belakang dengan senyuman yang terkuntum dibibirnya.
“Macam mana nak balik hotel??” lancar Naim bersuara selepas disindir oleh abangnya, matanya masih terlekat pada wajah sembam Aneesa yang sedang menilik jalan.
Amirul tersenggih melihat rupa Naim yang melihat Aneesa “seperti hendak dibaham pula budak ni pandang Neesa” Amirul bermonolog didalam hati.
Seminit, dua minit, tiga minit…
“Kami naik teksi,” akhirnya Amirul bersuara setelah dia pasti yang Aneesa tidak akan menjawab pertanyaan Naim.
“Macam ni lah Amirul apa kata aku tumpangkan both of you to J.W Marriot because Naim pun nak ke sana untuk ambil kereta dia.” Khairul Nazwan bersuara.
Amirul hanya mengangguk sebagai jawapan. Lagipun terlalu banyak yang berlaku dalam tempoh beberapa jam ini membuatkan badannya letih.
Didalam kereta Sabrina, Aneesa dan Amirul duduk di belakang manakala Naim dan Khairul Nazwan duduk didepan. Sekali- sekala Naim mencuri pandang kearah Aneesa melalui cermin tanpa disedari perbuatannya diperhatikan oleh abangnya. Khairul Nazwan yang sedar perbuatan Naim hanya tersenyum sambil memandu kereta. Suasana didalam kereta dibiarkan senyap.
Naim menilik wajah Aneesa, dia mengeluh kecil.
“Kenapa perlu berlaku kejadian seumpama ini…” hatinya berbisik.
Sesampai kereta dihadapan hotel J.W Marriot Khairul Nazwan dan Naim bersalaman dengan Amirul. Sabrina memeluk Aneesa dan memberi beberapa kata-kata semangat. Setelah Amirul dan Aneesa berjalan masuk kedalam hotel Sabrina memboloskan diri kedalam perut kereta Toyota Camry Khairul Nazwan untuk memberikan ruang kepada dua beradik itu untuk berbicara.
“Eehhmm” Khairul Nazwan berdehem kecil apabila melihat mata Naim masih mengikuti langkah Amirul dan Aneesa lebih tepat langkah Aneesa.
“Abang rasakan kalau tadi kau tak dicekup dalam bilik hotel buta jer kau kena cekup dalam kereta abang pasal ratah budak tu guna mata kau Naim..” Khairul Nazwan menyindir adiknya.
“Mana a..aa..ada” Naim menjawab sambil dia menyandarkan badannya dipintu kereta Camry Khairul Nazwan.
“Sejak bila kau gagap ??? Kau suka kat budak perempuan tu ker Naim??” Kahirul Nazwan cuba berserkap jarang.
“Mana ada.. abang jangan nak pandai-pandai ok….Abang apa yang Naim nak buat next?? Papa, mama and the girI I mean my wife,” Naim bertanya sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal itu.
“Papa, mama biar abang and kak Ina uruskan… the girl I mean your wife you handle it… so you better do something because nak tak nak Naim dah kahwin dengan budak itu… Dia amanah Naim mulai sekarang so jangan nak lepas tangan.” Khairul Nazwan bersuara tegas.
“Don’t worry brother I know I’m married now and she is my wife… tapi…” ayat Naim tergantung.
“Tapi apa pula?” Khairul Nazwan bersuara tegas. Khairul Nazwan tak hendak Naim membuat onar pada Aneesa gara-gara “terkahwin”.
“Macam mana nak buat homework kalau tak tau dari mana nak start,” Naim bersuara perlahan.
“Small matter,” kata Khairul Nazwan menghulurkan sekeping kad nama kepada Naim dibibirnya terukir sebuah senyuman didalam hatinya dia memanjatkan doa agar perkahwinan adiknya berpanjangan.
Naim membaca nama di kad itu…“Dr Amirul Naim Aliff” dia menyebut perlahan. “Patutlah abang kenal rupanya sama-sama doktor,” dia berbisik sendiri.
Naim tersenyum sambil melangkah ke keretanya didalam otaknya ada agenda yang sedang dirancang.
Dibilik Aneesa menagis semahu-mahunya. Hatinya berasa hiba, maruahnya tercalar, dimana dia hendak meletak mukanya. Amirul disebelahnya bercakap melalui telefon untuk seketika. Kadang-kadang dia menggeleng dan kadang-kadang dia mengangguk.
Hati Amirul berasa hiba melihat adiknya menangis tanpa henti-henti. Dia hanya mampu menyabarkan adiknya kerana Amirul tahu betapa malu adiknya bila ditangkap basah kerana kesalahan orang lain. Namun kini nasi telah menjadi bubur. Amirul bersyukur kerana nasib baik juga Khairul Naim mempunyai sikap bertanggungjawab untuk menikahi adiknya walaupun Amirul sedar bahawa lelaki yang bernama Khairul Naim itu terperangkap kerana berada di “wrong place at the wrong time”.
Datuk Khairul Zakaria mendiamkan diri apabila mendengar Datin Zahara membebel. Awal pagi tadi Khairul Nazwan dan Sabrina telah menjelaskan keadaan sebenar peristiwa yang berlaku kepada Khairul Naim.
“Dari dulu mama dah cakap budak Areesa tu tak bagus dia hanya nakkan harta dan nama kamu Naim.. tapi kamu tak percaya.” Datin Zahara menghambur kepada Naim yang sedang duduk mendiamkan diri.
Datin Zahara menyambung lagi “Mama rasa ini mesti kerja budak Areesa tu, kalau dulu kamu tak kawan dengan budak tu sekarang mama rasa Naim tak perlu malu macam ini..”
Naim hanya mendiamkan diri tanpa apa-apa respon kerana dia sedang berfikir mengenai Aneesa. Wajah sembam Aneesa asyik terbayang-bayang dimindanya.
“Khairul Naim.” Datin Zahara menjerit.
“Ya mama…wife Naim nama dia Aneesa cute bila dia makan ais krim,” dia melatah kerana terkejut.
Khairul Nazwan ketawa sambil menekan perut, Sabrina hanya mengetap bibir menahan ketawa, manakala Datuk Khairul Zakaria tersengih dibelakang surat khabar. Datin Zahara hanya tersenyum kecil disebalik cawan kopi melihat wajah anak bongsunya merona menjadi merah menahan malu. Sambil-sambil itu hatinya berfikir “Bagaimana peristiwa ini boleh terjadi. Adakah Areesa terlibat???”
+++++++++++++++++++++++++++
Naim melambaikan tangannya kepada Amirul yang sedang berjalan masuk ke restoran di hotel J.W Marriot. Setelah bersalaman dengan abang iparnya Naim memanggil pelayan untuk mengambil pesanan.
“Sebenarnya saya datang ni nak …eerrmm… nak..” Naim cuba mengatur ayat.. didalam hati dia mengutuk dirinya kerana tadi sebelum dia ke sini dia telah practice untuk berjumpa dengan Amirul Naim.. Abang ipar katakan…
“Nak tahu pasal Aneesa?” Amirul mencelah.
“Aha,” hanya itu yang mampu keluar dari mulut Naim.
“Sebenarnya Aneesa dan abang beza 6 tahun… She is 25 this year and my only sister I mean adik kandung and both of us have a step sister,” Amirul menjawab.
“Straight to the point I need to see her. I need to talk to her and mama nak jumpa dengan Aneesa… Saya sanggup berjumpa dengan family abang untuk memberikan penjelasan,” Naim berkata kepada Amirul.
Amirul hanya mengangguk.. “I talk to my father and memang dia agak marah but I promise I will explain it to him… Aneesa abang tak rasa yang Naim boleh jumpa dia sekarang,” Amirul berkata sebelum mengirup kopi yang dipesan.
“Dia tak nak jumpa dengan saya?? Why??? Abang I think I and Aneesa need to talk.” Naim bersuara perlahan. Hatinya menjadi bengkak apabila Amirul memberitahu bahawa dia tidak dapat berjumpa dengan Aneesa.
“Mengada-ada betul… Aku pun tak bersalah dalam benda nie..” Naim menyumpah didalam hati.
“Bukan macam tu.. She is having high fever..” Amirul menerangkan.
Wajah Naim bertukar warna.. “Demam” hatinya menjadi gundah.. Dia beristighfar berkali-kali didalam hati kerana marahkan Aneesa sebentar tadi.
“Abang dah bawa Aneesa pergi klinik tak??” tiba-tiba Naim menyoal.
Amirul Naim ketawa kecil “Khairul Naim.. She is ok.. Abang dah rawat dia.. She need a good rest.” Amirul menjawab setelah ketawanya reda.
Naim melangkah pergi setelah mendapat sedikit sebanyak maklumat mengenai diri 'isteri'nya. Dibibirnya terukir senyuman halus apabila terfikir yang dia 'terkahwin' dengan gadis 'layang-layang' yang mendamaikan jiwanya. Naim menyelitkan sesuatu kedalam dompetnya sesuatu yang diberi oleh Amirul kepadanya sebelum mereka berpisah.
Share this novel