8

Romance Completed 127597

“ Apa hal nie tolak-tolak aku…” Aneesa membentak kecil apabila Aina dan Nadirah menolak dirinya ke ruang tamu

“ Adalah… Nanti kau tahu..” Aina jawab dalam senyuman.

Wajah Aneesa berubah apabila matanya terpandang wajah lelaki yang sedang menyandar dipintu rumahnya. Mata lelaki itu melekat bagaikan statik apabila melihat Aneesa dalam t-shirt ala-ala beggy dan seluar separas lutut. Rambut Aneesa yang ikal mayang dibiarkan terlepas, rambut depan yang sentiasa diklip dibiarkan terjuntai. Dikaki kanannya terdapat sebuah rantai kaki yang comel.

“ Ehheemm” Nadirah sengaja berdehem kuat untuk memecahkan suasana sunyi diruang tamu.

Naim mengalihkan pandangannya kearah Nadirah dan Aina dengan satu senyuman plastik. Aina ketawa kecil apabila memandang wajah Naim yang cuba control dari terkantoi…manakala mata Aneesa menilik karpet yang terbentang diruang tamu rumahnya.

"Apa hal member aku nie... Laki depan nie punya hot nak rak ada ker patut dia tilik karpet yang mat bangla deliver dua hari lepas..." Nadirah berbisik didalam hati sambil menepuk dada menahan ketawa.

Wajah Aneesa terangkat secara sepontan apabila dia merasakan ada sebuah tangan ala-alah Godzila sedang menarik tangannya. Aneesa memandang wajah Nadirah, Aina dan Naim bergilir-gilir seperti meminta penjelasan dan lebih kepada kebluran.... Nadirah dan Aina hanya tersenyum melihat Naim menarik Aneesa kearah kereta yang dipakir diluar pintu pagar. Tangan mereka dilambai kearah Aneesa dan Naim dengan senyuman yang terukir dibibir mereka. Sebelum memboloskan diri kedalam kereta Naim sempat menunjukkan isyarat “thumbs up” kepada Nadirah dan Aina.

Tanpa disedari oleh mereka berempat terdapat sepasang mata sedang menonton drama yang sedang berlangsung. Bunyi gelas berkecai tidak menarik perhatian sesiapa kerana bunyi itu tengelam bersama bunyi kereta Vios yang bergerak bersama lambaian dua orang sahabat kepada Aneesa. Dirumah sebelah Areesa sedang menggilai kerana geram melihat drama yang dipertontonkan kepadanya sebentar tadi. ( Hati tengah rentung sampai tak ingat dunia )

“Assalamualaikum” kedengaran suara orang memberi salam dimuka pintu. Datin Zahara berjalan untuk melihat siapa yang memberi salam.

“ Naim.. masuklah sayang..“ Datin Zahara bersuara sambil menggelengkan kepala seraya dengan itu dia berpaling untuk melangkah masuk.

“ Mama jap…jap” Naim menahan Datin Zahara dari meneruskan langkah.

“Apa dia sayang???” Datin Zahara bersuara.

Naim menarik Aneesa kehadapan, dada Aneesa berdengup kencang sejak kakinya memijak banglo 3 tingkat ini. Sepanjang perjalanan selama 2 jam dari Melaka dia hanya mendiamkan diri. Kini dadanya berdengup lebih kencang apabila dia ditarik dan dihadapkan secara paksa dihadapan seorang wanita yang cantik. Aneesa mengambil keputusan untuk menilik jarinya kerana dia berasa lebih selesa menilik jari kakinya dari memandang wanita dihadapannya.

“ Abang..kesini…cepat..sini” Datin Zahara menjerit memanggil Datuk Khairul Zakaria.

Aneesa yang terkejut mendengar jeritan Datin Zahara terus mengangkat muka. Didalam hati dia berdoa tidak berhenti-henti agar wanita didepannya tidak mengamuk dan menggilai koman-koman tak tukar menjadi HULK... Dia sudah bersedia untuk memblahkan dirinya jika wanita cantik dihadapannya mengamuk.

Datin Zahara melangkah setapak ke hadapan, Aneesa mengundur selangkah ke belakang sehinggah belakang badannya terlanggar dada suami "segera"nya... Dada Aneesa berdengup kencang seolah-olah jantungnya akan meletup on the stop.

Matanya ditutup rapat apabila Datin Zahara mengangkat tangannya. Tiba-tiba Aneesa merasakan pipinya diusap perlahan, dia membuka kelopak matanya perlahan-lahan.

Datin Zahara menguntumkan sebuah senyuman, dibelakang Datin Zahara seorang lelaki dalam usia 60 an berjalan perlahan-lahan kearah mereka. Tangan Aneesa diramas perlahan-lahan oleh Datin Zahara kemudian Aneesa dipeluk erat. Sayu hati Aneesa bila dia diperlaku begitu, secara tidak langsung dia mengeratkan pelukan dibadan Datin Zahara.

Sejenak kemudian tangan Datuk Khairul Zakaria dirai dan disalam. Naim yang menjadi penonton hanya mengukir sebuah senyuman sambil mengenyitkan mata kepada mamanya.

Seorang kanak-kanak berlari-lari kearah Naim dan terus pinggang Naim dirangkul. Aneesa hanya memerhati dari kerusi yang diduduki. Aneesa mengalihkan pandangannya apabila mata Naim memandang wajahnya ....

“Huh tipu.. janji nak bawa Tirah pergi dating..” Atirah berkata sambil memuncungkan bibirnya.

“Mana ada…after this I'll bring you out both of us only” Naim bersuara memujuk sambil membawa Atirah ke ribanya.

“Mana boleh Tirah date with Uncle Naim after this… He have his own date darling..” Khairul Nazwan bersuara di belakang Aneesa. Sabrina yang berada ditepi Khairul Nazwan tersenyum sambil menganggukkan kepalanya kepada anaknya.

“Date??? Who???” Atirah bersuara sayu sambil matanya memandang Naim.. Naim hanya memuncungkan bibirnya kepada Aneesa sambil memeluk Atirah yang sudah merah wajah menahan air mata.

Aneesa secara sepontan berjalan kearah Naim dan menarik Atirah lalu dipeluk kanak-kanak itu sambil berkata “ You and Aunty Neesa boleh keluar date.. Kita boleh main layang-layang and makan ais krim…You want???”

Atirah hanya mengangguk kepalanya sambil tangannya mengulas lembut rambut Aneesa. “Sama smell dengan rambut Tirah...My name is Atirah Nadirah.. Who are you???” Atirah bertanya sambil tangannya memeluk leher Aneesa.

Aneesa terkedu sebentar dia menelan air liur..wajahnya ditundukan...Otaknya ligat memikir jawapan bagi soalan kanak-kanak ini...

“Aunty Aneesa is Uncle Naim’s wife.. ” Datin Zahara menjawab pertanyaan Atirah.

Atirah memeluk erat leher Aneesa dan menghadiakan kucupan dipipi Aneesa... "Wife... macam papa dan mama ker nanek??" Atirah bersuara sambil memandang wajah Datin Zahara.

Datin Zahara hanya menganggukkan kepalanya sambil mengulas lembut pipi cucu tunggalnya.

Aneesa berjalan kekanan dan kekiri, dia berasa asing dan tidak selesa dibilik Naim bukan kerana tidak cantik tetapi kerana dia risau apa yang Naim lakukan kepadanya??. Tadi selepas solat Maghrib bibik membawa Aneesa ke bilik tidur Naim selepas diarah oleh Datin Zahara. Sejak itu Aneesa bagaikan kucing yang kehilangan anak.

“ Apa aku nak buat nie??? Nak lari dah pukul berapa nie… Macam mana aku nak lari…??Kalau tiba-tiba dia mengamuk macam mana??? Aneesa beromong sendiri.

Pintu bilik dibuka, Aneesa berdiri bagaikan patung, Naim berjalan kearah katil dan melabuhkan punggungnya diatas tilam empuk yang berhias dengan indah hasil tangan Datin Zahara , kakak iparnya dan bibik. Dia memandang wajah Aneesa yang tunduk menilik lantai. Sebuah senyuman tergaris dibibirnya apabila melihat wajah Aneesa yang mendamaikan.

Naim berjalan kearah balkoni dan apabila dia melintasi Aneesa tangannya mengusap kepala Aneesa sebelum meneruskan langkahnya kearah balkoni. Dia mengeluarkan Balckberry dari kocek seluar lalu didail sebuah nombor berpandukan sebuah kad nama ditangan kirinya. Seketika kemudian dia bercakap dengan seseorang. Agak lama juga dia bercakap, sekali –sekala dia berpaling kebelakang untuk melihat Aneesa. Dia berjalan kearah Aneesa dan dihulurkan Blackberry ditangannya kepada Aneesa. Aneesa mengangkat kepalanya dengan seribu persoalan bermain dimindanya. Akhirnya dia menyambut blackberry yang dihulurkan oleh Naim. Sebuah suara dihujung talian mengundang air mata tanpa Aneesa diduga.

“Papa ma..maa..maafkan Neesa..” Aneesa memohon maaf dalam sendu.

“Neesa tak tahu apa yang terjadi… sumpah Neesa tak tahu… Sorry papa… so..so..sorry papa” Aneesa menyambung lagi dalam tangisan.

“Papa maafkan Neesa” Datuk Aliff bersuara dihujung talian..

“Papa dah tahu apa yang terjadi..Abang Mirul dah ceritakan semuanya pada papa.. Naim pun dah ceritakan segalanya pada papa” Datuk Aliff bersuara seakan-akan memujuk puterinya itu…

“ Tapi pa.. Neesa berdosa dengan papa… Neesa malukan papa.. Neesa dah jatuhkan maruah papa…” kini tagisan Aneesa menjadi semakin kuat. Kaki Aneesa menjadi lemah lalu dia melutut sambil menagis teresak-esak apabila dia mendengar suara kemaafan dari lelaki yang bergelarpapa kepadanya. Tagisan Aneesa menjadi semakin kuat, badannya terhenjut-henjut kerana esakkan yang semakin kuat. Naim melangkah kearah Aneesa lalu dia memeluk Aneesa. Badannya disandarkan ke dinding katil dan pelukkannya dikemaskan. Dibairkan Aneesa menagis didadanya, dia mengusap lembut rambut Aneesa. Tanpa disedarinya air matanya juga turut mengalir apabila dia melihat keadaan Aneesa yang lemah.

Aneesa menolak perlahan tangan Naim yang sedang memeluknya. Dia bagun dan berjalan kearah tandas. Didalam tandas dia mencuci mukanya yang sembam. Dia mengambil wuduk dan berjalan keluar untuk menunaikan solat Isyak yang tertangguh. Seusai menunaikan solat Aneesa melipatkan kain sembahyangnya. Dia berjalan kearah Naim yang tertidur bersandarkan katil. Ditilik rupa Naim dan satu keluhan dilepaskan.

“ Suami…” dia mengeluh kecil..

“Mampukah aku menjalankan tanggungjawab aku sebagai isteri??? Bagaimana aku harus menjadi seorang isteri jika aku langsung tak kenal lelaki dihadapan aku ini??? Sudah berpunya pilihan dihati dia atau tidak??? Adakah aku telah menjadi perampas dalam hidup serta kebahagiaan lelaki ini???” dia berbisik perlahan didalam hati.

Perlahan tangan Aneesa mengerakkan bahu Naim, Aneesa tidak tegar untuk melihat Naim tidur diatas lantai. Lantas dia gagahkan dirinya untuk mengejutkan Naim. Naim membuka mata perlahan-lahan, apabila terpandang Aneesa dia terkejut dan secara tidak sengaja kepalanya terhantuk pada katil. Tangannya menggosok bahagian belakang kepalanya dan sebuah senyuman kesakitan dihadiahkan kepada Aneesa.

Setelah Naim bergerak naik keatas katil, Aneesa mengambil bantal dan selimut namun sebelum dia bergerak kearah sofa yang terletak dihujung bilik Naim menarik tangan Aneesa.

“Aneesa tidur disini, kalau Neesa tak selesa biar Naim yang tidur diatas sofa” Naim bersuara lembut. Perlahan-lahan Naim menarik bantal dan selimut ditangan Aneesa.

“Tapi.. nie katil awak.. Saya hanya menumpang..esok ..lusa saya akan balik ke Taiping.. saya boleh tidur diatas sofa” Aneesa bersuara lembut.

Naim mengeluh sambil menggeleng-gelengkan kepalanya sambil matanya melihat wajah Aneesa yang sedang menunduk. Tangan Aneesa ditarik lembut, Aneesa didudukkan disebelahnya.

“ Aneesa Aliff” dia bersuara lembut..

Aneesa hanya menbatukan dirinya.

“Aneesa…. Aneesa..Naim tak nak Neesa tidur diatas sofa, Naim hendak Neesa tidur diatas katil nie, Naim tak akan minta hak Naim sebagai suami Neesa.” Naim bersuara perlahan.

“Naim tahu kita saling tak mengenali, mungkin both of us was at the wrong place at the wrong time… I was there to see a friend but I end up by marrying you.. “ dia menyambung dalam suara yang perlahan dan suaranya kedengaran sayu…

Aneesa mengangkat kepala untuk melihat wajah Naim.. dia melihat sebuah senyuman hambar terukir dibibir Naim.

“Saya tak tahu nak buat apa??? Saya ingat awak dan saya tak ada apa-apa selepas malam itu. Saya tak tahu nak buat apa.. Saya tak pernah jadi isteri orang sebelum nie.” Aneesa bersuara serak…

Naim mengerutkan wajahnya sebelum sebuah ketawa kecil meletus dibibirnya…Aneesa memandang wajah Naim dengan pandangan yang terkulat-kulat..

“Pandai Neesa buat lawak… Naim pun sebelum nie tak pernah jadi suami siapa-siapa” Naim menjawab pandangan Aneesa dengan ketawa yang masih tersisa-sisa dibibirnya.

Aneesa hanya tersenyum kelat apabila mendengar jawapan Naim Dia hanya menyimpan segala persoalan yang ingin ditanya pada Naim didalam hati. Naim menarik Aneesa dan membaringkan Aneesa lalu dia menarik selimut sehinggah keparas dada Aneesa. Dia membaringkan dirinya disebelah Aneesa namun sebelum matanya tutup Aneesa bangun dan duduk memandang kearahnya.

“Kenapa Neesa tak selesa ker??? Kalau Neesa tak selesa Naim tidur atas sofa ok” Naim bertanya dengan riak wajah yang hairan .

“Bukan.. bukan…sebenarnya,,sebenarnya..”

“Sebenarnya apa??? Neesa cakap jer…Naim janji tak akan marah” Naim bangun dan bersedia untuk mengambil bantal dan selimut.

“Sebenarnya saya tak biasa tidur sebelah kiri.. “ Aneesa bersuara perlahan sambil menundukkan wajahnya.

Naim mengerutkan wajahnya kerana berasa pelik..” Maksud Neesa???” dia bertanya dalam kebingungan..

“Selalu kalau Irah dengan Aina tidur bersama saya selalu tidur disebelah kanan.. Jadi saya tak boleh tidur bila…” ayat Aneesa tergantung dan wajahnya berubah menjadi merah menahan malu…

“Neesa tidur disebelah kanan Naim tapi dengan syarat..” Naim berkata perlahan..

“Syarat ???” dada Aneesa berdegup kencang… wajahnya berubah...

Hatinya berdegup kencang... Riak wajahnya berubah...

"Apa syarat yang mamat nie nak???" hatinya menjerit sekuat yang boleh didalam hati sahaja...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience