Chapter 14 – Weak

Fantasy Series 500

“Aduh…”

Bunyi yang bising membuatkan Miers tersedar. Miers merasakan kepala berpusing-pusing. Hampir terlupa apa yang telah berlaku. Miers memegang kepalanya dan cuba untuk menahan kesakitannya. Perlahan-lahan matanya terbuka, membenarkan cahaya terang matahari masuk.

Dia dapat melihat dihadapanya adalah Maldavo. Dia juga baru perasan yang dia sedang menunggang kuda di belakang Maldavo.

“Mel!” Baru dia teringat, Melino dan Umoya telah diculik oleh pemuda berambut perang. Miers melihat-lihat kelilingnya. Hanya ada Laro dan Dilmeh menunggang bersama.

“Davo! Mel dan Moya…”

“Aku tahu. Laro sudah ceritakan apa yang berlaku. Dilmeh dapat mengesan kearah mana penculik itu melarikan diri. Kita sedang menuju ke sana.” Terang Maldavo tentang perancangannya.

Miers terdiam. Perasaan sedih mula menusuk hatinya. Setelah tiga bulan berlatih untuk menjadi lebih kuat, dia merasakan segala usahanya sia-sia. Dia merasakan dirinya betul-betul sangat lemah. Badan Miers mula menggigil. Nafasnya tercungap-cungap. Matanya tidak berkedip walaupun peluh masuk kedalamnya. Sesuatu yang sudah lama tidak dirasanya telah kembali. Ketakutan.

“Miers, jangan salahkan diri.” Maldavo dapat meneka hati Miers yang sedang diselubungi kesedihan dan ketakutan. Dia cuba untuk menenangkan Miers.

“Ini… Ini semua salah aku. Kenapa aku sangat lemah? Kenapa aku takut? Kalau aku lebih kuat, semua ini tidak akan berlaku. Tidak! Kalau aku tidak mengambil keputusan untuk keluar dari Bandar Ruinat, semua ini tidak akan berlaku! Mel tidak akan diculik. Ini semua salah aku… Kenapa aku sangat lemah! Ini semua salah aku! Mel… Maafkan abang.” Dalam ketakutan, Miers bermonolog sendiri.

“Kalau begitu lebih baik kau balik ke Bandar Ruinat sekarang. Kau tidak akan dapat menyelamatkan Melino.”

“Apa!” Marah Miers spontan. Terkejut dengan cadangan Maldavo.

“Kau lemah. Penakut. Kalau aku bawa kau pun apa guna? Kau cumalah bebanan. Lebih baik kau turun disini.” Terang Maldavo.

Miers tidak membalas. Didalam hatinya, apa yang dikatakan Maldavo itu adalah benar. Kalau dia ikut sekali pun, dia tidak akan mampu berbuat apa-apa. Dia cuma akan menjadi penghalang. Perlahan-lahan Miers menundukkan kepalanya dan menangis dalam kemarahan, seakan menerima hakikat apa yang dikatakan oleh Maldavo.

Maldavo menghulurkan sesuatu kepada Miers. Ini adalah buku yang selalu dibawa oleh Melino. Miers membuka halaman pertama, terdapat lukisan orang didalamnya. Lukisan keluarga Miers yang dilukis oleh Melino. Air amta Miers mengalir lagi.

“Kalau kau masih salahkan diri sendiri, kau tidak akan dapat menyelamatkan Melino. Dan kau juga tidak akan dapat menyelamatkan diri sendiri. Takut bukan satu kelemahan. Lemah bukan satu alasan. Kesilapan bukan satu jalan untuk kita berputus asa, tetapi satu pengajaran untuk terus hidup dan perbaiki diri kita. Disaat kita menyalahkan diri sendiri, maka kita sudahpun kalah sebelum berbuat apa-apa.” Sangat mendalam nasihat yang diberikan Maldavo.

Miers mendengar segalanya namun tidak berkata apa-apa. Dia masih lagi berusaha untuk menyekat ketakutan dalam hatinya. Fikirannya berserabut. Kepalanya yang berbalut bertambah sakit.

“Sudah pasti kau ingin menyelamatkan Melino dan Umoya. Tetapi dengan keadaan kau sekarang, kau tetap akan kalah biarpun kami berjaya menyelamatkan mereka berdua. Dengar sini Miers. Kau mungkin rasa diri kau tidak berguna, tetapi kau mesti ingat, ada orang yang memerlukan kau sekarang lebih dari segalanya.”

Serta mera tangisan di mata Miers terhenti. Kesakitan di kepalanya hilang tiba-tiba. Ketakutan di hatinya terhenti. Fikirannya tidak lagi berserabut. Dia tahu apa yang dia perlu lakukan. Dia sedar sekarang bukan masa untuk menunjukkan kelemahan. Dia mesti menyelamatkan Melino dan umoya.

“Terima kasih.” Kata Miers perlahan sambil mengesat matanya. Maldavo menarik nafas lega.

Dia menghayun tali kuda untuk menambah kelajuan pada kudanya. Laro dan Dilmeh mengikut rapat dibelakang mereka berdua. Pagi ini angin agak kuat. Di kawasan padang pasir, keadaan cuaca panas dan kering juga ada bahanya. Angin boleh bergerak dengan pantas secara tiba-tiba lalu membuat ribut pasir yang boleh mengancam nyawa.

“Davo. Angin kuat. Lebih baik kita cari tempat berlindung.” Cadang Laro.

“Tidak. Kalau kita berhenti sekarang, kita akan kehilangan jejak mereka. Kita mesti bergerak cepat.” Maldavo terpaksa menolak cadangan Laro walaupun dia tahu akan risikonya.

“Di mana Ithar dan Drabant?” Miers hairan kerana mereka berdua tidak kelihatan.

“Mereka pergi mendapatkan bantuan.”

“Bantuan? Dari siapa?”

“Itu kau tak perlu tahu. Sekarang kita perlu mencari ke mana penculik itu membawa Melino dan Umoya.” Tegas Maldavo.

Masa semakin suntuk. Jikalau mereka tidak berjaya mencari penculik itu sebelum ribut pasir tiba, tidak pasti samaada mereka boleh mengesannya semula.


----------


Di dalam sebuah bilik yang gelap.

“Lepaskan kami, tak guna!” Umoya menjerit dengan kuat, cuba untuk menarik perhatian sesiapa sahaja yang mungkin boleh membantu mereka berdua.

Tangannya diikat pada tiang di belakangnya. Melino yang juga bersama Umoya didalam bilik itu masih terbaring diikat diatas sebuah katil tidak sedarkan diri. Beberapa kali Umoya cuba untuk memanggil Melino, tetapi Melino tidak bergerak sedikit pun.

Pintu bilik dibuka perlahan, cahaya samar masuk kedalam bilik tetapi kemudiannya dihalang oleh bayang seseorang yang muncul di hadapan pintu. Orang itu masuk ke dalam bilik dengan membawa sebatang kayu.

Umoya tidak dapat mengenalpasti orang yang baru masuk itu kerana cahaya yang sangat samar, tetapi melihat daripada susuk tubuhnya, Umoya pasti itu adalah seorang lelaki yang agak tinggi, berbadan sasa dan kepalanya botak.

“Tidak akan ada orang yang boleh mendengar jeritan kau. Sini adalah kawasan kami.” Kata lelaki itu dengan suaranya yang garau.

“Apa yang kau mahu dari kami, hah, botak!? Kenapa bawa kami ke sini?”

Lelaki itu tidak menjawab soalan Umoya. Sebaliknya dia bergerak mendekati katil dimana Melino berada. Lelaki itu berdiri di tepi katil dan melihat tubuh Melino yang terbaring kaku. Umoya mendengar nafas lelaki itu turun naik dengan pantas. Tangan lelaki itu menjalar ke arah kaki Melino dan perlahan-lahan mula bergerak menyentuh pahanya. Nafasnya semakin bertambah laju.

“Hey! Jangan sentuh dia!” Umoya menjerit cuba mempertahankan Melino.

Teriakan Umoya tidak diendahkan lelaki itu. Lelaki itu semakin galak menyentuh tubuh Melino. Dia mula menyentuh pipi dan juga bibirnya. Umoya dapat melihat tangan lelaki itu bergegar. Mungkin sedaya upaya cuba untuk menahan nafsunya.

“Aku dah kata jangan sentuh.” Tiba-tiba seorang lagi lelaki masuk ke dalam bilik menghalang lelaki berbadan besar itu dari terus menyentuh Melino. Kali ini badannya kurus, sedikit membongkok dan rupa yang agak tua.

“Keluar. Mereka akan tiba tidak lama lagi. Kalau kau rosakkan budak ini, macamana kita akan mendapat bayaran.” Tambah lelaki kurus itu lagi.

Lelaki berbadan besar itu menarik tangannya dan berundur dari katil Melino.

“Sungguh sayang. Tubuh yang menarik ini akan diambil oleh Tentera Mugsi.” Keluh lelaki berbadan besar itu tadi.

Kedua-dua mereka lalu keluar dan mengunci pintu bilik. Apa maksud lelaki itu dengan ‘diambil oleh Tentera Mugsi.’?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience