‘Mel.’
Cahaya terang menusuk masuk ke dalam mata Melino yang tertutup.
“Mel.”
Sayup-sayup kedengaran namanya dipanggil beberapa kali. Ada seseorang menggenggam tangannya. Melino membuka matanya perlahan. Pandangannya kabur.
‘Maldavo!?...’
Melino terkejut. Dia ternampak raut wajah Maldavo. Apabila penglihatannya semakin jelas, rupanya itu adalah Miers yang tidur disebelahnya. Mata Miers merah, rambutnya kusut dan mukanya nampak benar-benar letih.
‘Agaknya Miers letih.’ Melino membiarkan sahaja Miers terus tidur. Dia melihat sekeliling.
‘Nampaknya aku dah selamat. Aku dimana sekarang? Sudah berapa lama aku tidak sedarkan diri? Apa yang berlaku pada waktu itu. Aduh!’
Melino megang kepalanya yang tiba-tiba pening. Terlalu banyak persoalan yang tidak dapat dijawabnya. Melino melelapkan matanya semula. Badannya masih letih untuk terus bergerak. Apa-apa pun, dia merasa amat lega melihat abangnya kini berada disisinya. Dia menutup mata sambil menggenggam tangan abangnya erat.
“Ah… Mel!” Miers tiba-tiba terbangun.
Miers melihat Melino masih tidur di katil. Dia merenung lama adiknya. Tidak lama kemudian air matanya mengalir. Semakin lama semakin banyak. MIers menarik lender hingus yang hampir mengalir keluar dari hidungnya.
“Mel… Maafkan abang. Abang… Gagal meindungi Mel. Abang gagal mengotakan janji abang dengan Mak. Abang tidak cukup kuat lagi…” Dengan air mata membasahi pipinya, Miers meluahkan kekesalannya.
“Mungkin keputusan untuk keluar dari Bandar Ruinat ini satu keputusan yang salah. Mungkin kita patut pulang. Mel, apa yang abang perlu buat sekarang?” Miers menangis seperti budak kecil. Dia menundukkan kepalanya, membiarkan air jatuh ke lantai.
Tiba-tiba dia merasakan kepalanya diusap lembut. Miers segera mengangkat mukanya.
“MEL!”
Melino memandang Miers dengan pandangan yang lembut sambil bibirnya menguntum senyuman. DIa mengesat air mata Miers. Miers hanya terdiam, membiarkan tindakan Melino.
“Abang.”
Mendengar perkataan itu, Miers mula meraung dengan kuat. Segera dia memeluk Melino dengan kuat. Hatinya benar-benar gembira melihat Melino sudah sedar. Tambahan pula… ini kali pertama Melino memamnggilnya ‘Abang’.
Raungan Miers membuatkan Umoya berlari masuk kedalam bilik ditempat Melino berada. Umoya juga turut berlinang air matanya dapat melihat Melino sudah sedar. Berdiri di belakang Umoya adalah Maldavo.
Melino merenung ke arah Maldavo. Maldavo mengangguk kemudian berlalu pergi. Meninggal tiga orang ini bersendirian. Melino termangu. DIa ingin mengucapkan terima kasih kepada penyelamatnya, tetapi dua orang yang paling rapat dengannya kini sudahpun memeluknya erat. Melino hanya mampu tersenyum.
----------
Umoya mengambil pisau dan mula menguliti buah epal merah pemanis mulut. Miers mengurut-urut kaki Melino. Dia tahu adiknya masih lemah untuk terus berdiri.
“Miers. Kita di mana sekarang?”
“Bandar Dampad. Ini adalah rumah Davo.”
Setelah menjawab soalan itu, Miers terdiam lama. Tidak tahu kenapa hatinya agak susah untuk dia berbual dengan adiknya. Mungkin dia masih merasa kecewa kerana tidak mampu melindungi adiknya itu. Raut wajah Miers bertukar sedih semula.
“Miers…”
Miers tersentak sambil menunggu ayat yang akan keluar dari mulut Melino. Mungkin Melino akan memarahinya. Mungkin Melino akan menyuarakan rasa kecewanya kerana kegagalan Miers. Mungkin Melino menyesal dengan keputusan yang Miers buat sehingga sesuatu yang buruk berlaku ke atas dirinya. Hati Miers tidak bersedia.
“……”
“Bila kita akan bergerak ke Bandar Esperanza?”
Miers terkejut dengan soalan adiknya. Tangannya berhenti mengurut kaki Melino lalu memandang tepat ke arah matanya. Mulutnya ternganga tidak dapat menjawab soalan itu.
“Tak; Mel tak salahkan Miers. Tak; Mel langsung tak menyesal dengan keputusan Miers. Tak; Mel tak takut. Mel tahu perkara yang sama seperti ini mungkin akan berlaku. Hati Mel sudah bersedia dari awal lagi semenjak Miers membuat keputusan untuk keluar dari Bandar Ruinat. Jadi Miers, janganlah salahkan diri sendiri lagi. Kami berdua sudah selamat sekarang. Mulai sekarang kita perlu menjadi lebih kuat, perlu lebih bersedia.”
Sebelum Miers sempat bertanya, Melino sudah menjawab semua soalan yang tergumam di mulutnnya. Wajah Melino nampak tenang. Dia tahu yang Melino serius dengan keputusannya untuk meneruskan perjalanan ke Bandar Esperanza.
Hampir terkeluar air mata Miers melihat keberanian Melino walaupun malang menimpa mereka. Tetapi dia menahan kesedihannya, Jawapan Melino membuatkan dia sedar yang dia masih belum cukup matang lagi. Dia teringat semula nasihat Maldavo kepadanya semasa mereka cuba mengejar penculik yang menangkap Melino dan Umoya.
‘Disaat kita menyalahkan diri sendiri, maka kita sudahpun kalah sebelum berbuat apa-apa.’
Dia menarik nafas sedalamnya lalu menghembus. Terasas hilang segala kerisauan yang dialaminya selama ini. Hatinya tidak lagi takut. Kata-kata Melino betul-betul melegakan segala gundahnya.
“Moya setuju dengan Mel. Lagipun, tak baik buat kerja separuh jalan. Nah.” Kata Umoya sambil meletakkan sepinggan buah epal yang sudah dipotong di atas katil Melino.
“Moya juga sudah membuat keputusan. Moya ingin cari Haizea.” Sambungnya lagi dengan serius.
“Haizea? Kembar Moya?” Tanya Melino.
“Ya. Moya yakin dia masih hidup. Moya tak tahu dia berada di mana sekarang. Moya pun tak tahu dekat mana nak cari dia. Jadi, buat masa sekarang ni, izinkan Moya ikut kamu berdua.”
“Kalau macam tu, biar kami bantu Moya.” Kata Melino lagi.
Umoya melihat Melino dan Miers dan hanya mengangguk membenarkan pelawaan mereka.
“Baik! Kita sudah memounyai dua misi sekarang. Mencari Mak dan juga kembar Umoya.” Kata Miers bersemangat.
Suasana tegang yang meliputi bilik ini tadi bertukar menjadi lebih positif. Mereka berbual sepanjang hari. Mereka berjanji akan menjadi lebih kuat. Lebih berani. Untuk menjadikan impian masing-masing suatu kenyataan. Tiada siapa yang tahu apa yang menanti mereka di pertengahan jalan, atau apa yang menanti mereka apabila berjumpa dengan orang yang mereka kasihi. Apa yang pasti, hati mereka sudah tetap. Pengembaraan mengharungi ketidakpastian ini akan tetap mereka teruskan.
----------
Malam yang sunyi. Umoya dan Miers sudah lena. Tetapi Melino tidak dapat melelapkan mata. Mungkin dia sudah tidur terlalu lama. Dia keluar dari biliknya dan berjalan ke beranda rumah untuk mengambil udara segar.
Sambil memandang bintang di langit, Melino terasa kesunyian malam menenangkan hatinya. Angin sejuk menyapa menyebabkan badannya sedikit menggigil. Dia menggosk-gosok tangan dan bahunnya ingin melawan kesejukan. Tiba-tiba sehelai kain melitupi bahunya. Melino terkejut lalu memandang ke belakang.
“Maaf. Saya buat kamu terkejut. Cuaca sejuk malam ni.”
Melino hanya memandang orang yang memberikan selimut itu kepadanya.
“Awak juga tak dapat tidur… Maldavo?”
Maldavo berdiri di sebelah Melino turut melihat ke langit. Dia menggelengkan kepalanya sedikit, menjawab soalan Melino.
“Kamu nampak dah sihat.”
Melino tidak ada jawapan bagi kata-kata Maldavo, sebaliknya hanya terus memandang ke atas. Dia hanya mendiamkan diri. Ada sesuatu yang dia perlu tanya Maldavo, tetapi mulutnya agak berat untuk bercakap.
“Terima kasih kerana menyelamatkan kami.” Ucap Melino.
Maldavo menyeluk dalam poket seluarnya lalu mengeluarkan sebatang rokok. Dia mengetuk-ngetuk rokoknya sebelum mula menyalakannya.
“Kalau bukan kerana asap yang keluar dari tempat tu, tidak mungkin kami dapat mencari kamu.”
Melino teringat kembali. Dialah yang membuat tempat itu terbakar. Jika bukan kerana perbuatannya, mungkin mereka berdua tidak berjaya diselamatkan. Mungkin dia akan di…
Melino menggeleng-geleng kepalanya. Tidak sanggup lagi dia mengikat kembali tragedi hitam yang hampir meragut nyawanya itu.
“Miers kata awak datang bersama dengan Tentera Gidae. Awak, Tentera Gidae?” Tanya Melino.
“Bekas.” Jawab Maldavo ringkas sambil menghisap rokoknya.
“Mereka rakan-rakan saya, perisik bagi Tentera Gidae yang ditempatkan di Banda Dampad. Saya harap kamu tidak memberitahu perkara ini kepada sesiapa. Mereka merisikokan penyamaran mereka bagi membantu saya.” Kaanya lagi.
“Awak dulu Tentera Gidae? Kenapa sekarang menjadi seorang penyeludup?” Tanya Melino lagi.
“Itu cerita lama. Tidak penting lagi sekarang.” Kata Maldavo mengelak dari menjawab soalan Melino.
Mereka berdua kembali berdiam diri. Melino menundukkan kepalanya ke bawah. Dia cuba memberanikan diri untuk bertanya satu soalan yang mungkin mendapat jawapan yang dia tidak mahu dengar.
“Awak… kenal dengan seorang perempuan bernama Fa’e?” Nama ibu kepada Melino dan Miers tiba-tiba muncul dalam soalannya.
Maldavo menghabiskan rokoknya kemudian menjawab ringkas.
“Tak.”
Sememangnya agak kecewa dengan jawapan yang diberikan Maldavo. Melino yang tadinya tunduk memandang ke arah Maldavo dan tersenyum sedikit. Nafas lega perlahan kedengaran. Maldavo membalas pandangan Melino untuk seketika sebelum dia berpaling dan masuk semula ke rumah.
“Hari sudah lewat. Lebih baik kamu tidur sekarang. Kamu perlu banyak rehat.” Sempat Maldavo menasihati Melino sebelum masuk.
“Tunggu!” Panggilan Melino menghentikan langkah Maldavo.
“Terima kasih kerana tidak memberitahu Miers dan Umoya tentang perkara yang berlaku di tempat itu.”
Maldavo mengangguk perlahan. Melino hanya senyum menyambut anggukannya.
Mengapa Melino bertanyakan tentang Fa’e, ibu mereka kepada Maldavo?
(Bersambung)
Share this novel