Chapter 15 – Escape!

Fantasy Series 500

“Emmph…”


“Mel! Mel dah sedar? Baguslah. Moya risau sangat. Sudah sehari Mel tidak sedarkan diri.” Umoya menegur Melino yang baru sedar dari pengsan.


Melino mula membuka matanya perlahan-lahan. Kepalanya terasa sakit. Dia cuba memegang kepalanya tetapi keuda-dua tangannya diikat di tepi katil.


“Mel, Mel ok?” Umoya bertanya kerana Melino masih belum berkata apa-apa.


“Aduh. Kepala Mel sakit, tetapi Mel ok.” Jawab Melino sambil mengerutkan dahinya menahan kesakitan.


Melino menghela nafas lesu sambil mendongak menghadap siling bilik. Dia kemudian memandang Umoya yang juga terikat di sebelahnya.


“Agaknya macamana keadaan Miers?” Melino bertanya kepada diri sendiri.


“Apa? Mel, sekarang ini kita yang berada dalam bahaya. Mel patut risaukan keadaan kita dahulu.” Kata Umoya sambil cuba menyentap tangannya yang terikat itu.


“Hmm. Betul kata Moya. Tapi, Miers mesti sangat takut sekarang.”


“Kenapa pula?” Umoya cuba mengetahui maksud Melino.

“Sejak kecil lagi, Mel dan Miers tidak pernah berjauhan. Setiap kali Mel buka mata, Miers mesti ada di sisi Mel. Miers sudah berjanji akan menjaga Mel sampai bila-bila.” Melino menjelaskan hubungan meerka berdua kepada Umoya.


“Mel nampak tenang walaupun Miers tidak berada di sini sekarang. Takkan si gila tu akan merasa takut?” Duga Umoya.


“Ya. Miers sudah banyak berubah.” Kata Melino tersenyum. Mungkin sekarang dia sedang mengimbau kembali memori yang berlaku keatas mereka berdua dan perubahan yang berlaku kepadanya abangnya selama ini.


Umoya tidak bertanya lebih kerana ada perkara yang lebih penting untuk dia lakukan. Mencari cara untuk melepaskan diri dan mencari jalan keluar. Dia berdiri dan menggerak-gerakkan pinggulnya ke kiri ke kanan mengesel tiang dimana dia diikat.

“Apa yang Moya buat tu? Moya tak tahan nak kencing ke?” Tanya Melino melihat gelagat Umoya.


“Bukanlah!” Marah umoya perlahan.


Dia tidak menjawab soalan Melino malah terus menggoyang-goyangkan pinggulnya. Melino hanya tercengang melihat perbuatan Umoya.


DUUP!


Sesuatu telah jatuh di antara kelengkang Umoya.

“Oh? Pisau belati Moya!” Melino sedikit girang melihat Pisau belati Umoya yang disimpan di belakangnya tidak diambil oleh penculik-penculik itu.


“Heh. Mungkin mereka sangka kita tidak menyimpan apa-apa senjata kerana kita perempuan. Moya terpaksa menunggu Mel bangun kerana Moya tidak dapat lakukan ini sendirian.”


Umoya merapatkan kedua-dua kakinya untuk mengepit pisau tersebut. Dia menggunakan kakinya yang lincah itu untuk melambung pisau itu ke udara lalu menendangnya ke arah Melino.


CAKK!


Pisau itu tercucuk tepat pada katil sebelah kanan Melino. Tanpa membuang masa Melino mengenakan tali yang mengikatnya pada pisau itu lalu menggeselnya sehingga terputus. Setelah tangan kanannya bebas dia memotong tali pada tangan kirinya pula lantas membebaskan Umoya kemudiannya.


“Baik. Kita mesti cepat. Si Botak tu akan datang bila-bila masa sahaja.” Umoya segera melihat sekeliling.


“Si Botak?” Melino tidak mengenali siapa yang dikatakan Umoya kerana dia tidak sedarkan diri sewaktu salah seorang dari penculik itu masuk ke bilik mereka.


“Salah seorang daripada mereka. Apa-apapun kita mesti kenalpasti kedudukan kita sekarang. Sewaktu dia masuk pintu ini Moya rasa tidak berkunci. Mungkin mereka sangka kita tidak akan melepaskan diri.” Sambung Umoya lagi.


Umoya cuba membuka pintu bilik itu perlahan-lahan. Sangkaannya tepat. Pintu itu tidak berkunci. Umoya mengintai ke luar untuk melihat jika ada musuh di sekelilingnya. Setelah dia yakin tidak ada seorang pun berdekatan dengan bilik mereka ditahan, dia menguak pintu dan keluar dengan berhati-hati. Melino menuntun di belakangnya. Mereka kini berada di satu tempat berupa koridor.


“Tempat apa ini? Semunya seperti dibuat dari besi.” Umoya cuba meneka tempat mereka ditahan.


Tidak ada satu tingkap pun sepanjang mereka berjalan di koridor. Cahaya daripada obor api yang diletakkan di sepanjang koridor sedikit sebanyak membantu mereka bergerak. Koridor itu juga mempunyai pintu yang banyak. Umoya bingung, tidak tahu samaada mahu membuka pintu atau terus berjalan sehingga ke hujung.


“Rasanya kesemua pintu ini adalah bilik, sama seperti tempat kita ditahan. Lebih baik kita teruskan berjalan sehingga ke hujung.” Cadang Melino.


Umoya menangguk. Agak menghairankan kerana sepanjang mereka berjalan tidak ada menemui sesiapa, apatah lagi penculik mereka. Mereka terus berjalan sehingga tiba di hujung koridor.


“Apa? Koridor ini tidak ada pintu keluar?” Umoya hairan kerana hujung koridor cumalah jalan mati yang.


“Koridor besi, tiada tingkap, tiada pintu keluar…” Gumam Melino seorang diri sambil berfikir.

“Ah! Kalau tekaan Mel betul, rasanya ini adalah kapal selam.”

“Kapal selam?” Berkerut raut wajah Umoya tidak mengerti apa yang dikatankan Melino.


“Ya. Umoya pernah terbaca tentang ini di buku dahulu semasa di Bandar Ruinat. Kapal selam adalah kenderaan yang boleh bergerak di dalam lauatan.” Jelas Melino lagi.


“Ohh. Tapi, kenapa pula kita berada di dalam kapal selam ni? Ini bermakna… kita berada di dalam laut!?” Umoya tiba-tiba terkejut selepas penjelasan Melino tadi.


“Rasanya tidak. Disebabkan kita tidak menemui sesiapa sepanjang koridor, ini mungkin bermakna mereka berada di luar kapal selam ini, bermakna kapal selam ini cuma mempunyai satu pintu keluar dan masuk sahaja. Jadi mereka pasti menjaga kita di luar pintu. Mungkin kapal selam ini masih berada di atas tanah.” Terang Melino dengan terperinci tetapi masih meragui penjelasannya.


“Apa? Sia-sia kita melepaskan ikatan jika masih tidak dapat keluar dari sini.” Umoya geram kerana harapannya untuk melarikan diri seperti tidak menjadi lagi.


“Jadi, dimana pintu keluar kapal selam ini?” Tanya Umoya.


“Sepanjang kita berjalan tadi, kita ada melepasi beberapa tangga. Mungkin salah satu tangga itu akan membawa kita ke pintu keluar.” Duga Melino.


Melino diam sejenak cuba memikirkan sesuatu sambil menutup matanya. Tidak lama kemudian matanya membulat lalu memandang tepat ke mata Umoya.


“Moya. Percayakan Mel ya.”


“Apa?” Moya hairan dengan ayat Melino untuk percayakannya.


Melino menarik tangan Umoya dan berpatah balik ke bilik dimana mereka dikurung. Dia kemudian mengambil obor api kemudian membuangnya di atas katil dimana dia diikat sebentar tadi. Katil itu terbakar serta merta.


Umoya terkejut dengan tindakan Melino tetapi tidak berkata apa-apa. Melino menarik tangan Umoya sekali lagi lalu bersembunyi di sebuah bilik yang agak jauh dari kawasan api marak.


Asap semakin lama semakin menebal. Tidak lama kemudian seluruh koridor diselubungi asap. Melino dan Umoya masih sabar menunggu untuk sesuatu terjadi.


KRIUUKK!


“Api! Api! Cepat selamatkan mereka berdua!”


Kedengaran pintu keluar sudah dibuka. Inilah peluang yang ditunggu Melino. Mereka menunggu sebentar lagi. Kedengaran tapak kaki dua orang penculik itu melalui bilik dimana mereka bersembunyi. Melino dan Umoya tidak membuang masa keluar dari persembunyian dan meluru keluar ke pintu yang baru dibuka tadi.


Melino dan Umoya memanjat tangga dengan pantas dan akhirnya berjaya keluar dari tempat kurungan itu. Umoya serta merta menutup pintu keluar tadi agar penculik itu terperangkap didalamnya.


“Fuhh! Kita berjaya akhirnya.” Umoya menarik nafas lega kerana Berjaya melarikan diri.


Dia menoleh ke arah Melino, mendapati Melino hanya tercegat memandang arah belakang Umoya.


“Kenapa Mel?” Tanya Umoya hairan.


Melino tidak menjawab. Umoya berpaling ke arah pandangan Melino. Rupa-rupanya, ada ramai orang berada diatas kapal selam.


Siapakah mereka? Adakah penyelamat atau sahabat penculik itu tadi?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience