PANGG!
“Budak tak guna! Apa yang kau dah buat hah!”
Satu tamparan singgah ke pipi kiri Melino. Tamparan yang kuat itu membuatkan dia terjatuh, bibirnya berdarah. Melino masih tenang dan mendiamkan dirinya sahaja. Dia tahu jika dia melawan penculik itu pasti akan membuat sesuatu yang lebih teruk dari itu.
Melino melihat sekelilingnya untuk memasikan keadaan dan kedudukan mereka sekarang. Dia nampak umoya yang tertiarap di sebelahnya. Tangan, kaki dan mulut Umoya diikat kerana Umoya cuba melawan penjahat-penjahat itu tadi. Tangan Melino juga turut diikat.
Melino dapat melihat yang mereka masih berada di kawasan padang pasir. Kapal selam dimana tempat mereka ditahan tertanam didalam sebuah bukit pasir yang tinggi. Tidak tahu bagaimana kapal selam itu boleh berada di situ. Tempat persembunyian ini agak sukar untuk ditemui kerana terlindung diantara bukit-bukit pasir selain bukit tempat mereka berada ini sendiri juga agak tinggi.
“Apa kita nak buat ni? Dalam tu dah habis terbakar. Pegawai Mugsi tu pula akan tangguhkan untuk mengambil mereka ini sehingga hari esok.”
“Diamlah! Kita masih selamat lagi berada disini. Aku sudah mengarahkan orang-orang kita untuk mengambil posisi di sekeliling kawasan ini. Tidak ada sesiapa yang akan menemui kita.”
Melino terdengar perbualan antara dua orang penjahat itu. Ini bermakna mereka masih lagi selamat. Itu pun sehingga hari esok.
----------
Hari sudah semakin gelap. Melino dan Umoya dimasukkan ke dalam khemah berasingan. Penjahat-penjahat itu tidak mahu Melino dan Umoya membuat rancangan untuk melepaskan diri sekali lagi.
Keadaan didalam khemah tempat Melino ditempatkan sangat kotor. Hanya ada satu lapik kain sahaja sebagai tempat untuk berbaring. Tetapi Melino tidak mahu berbaring di atasnya. Dia hanya duduk di penjuru khemah dengan tangannya masih masih terikat.
Melino merasa badannya sangat letih. Tambahan pula kesakitan yang dialaminya selepas ditampar oleh salah seorang penjahat itu tadi. Tidak tahu apakah nasib mereka esok, Melino sudah letih memikirkannya. Dia berharap yang Miers akan datang menyelamatkannya. Dia hanya mahu berehat dan melelapkan matanya sekarang.
Baru sekejap terlelap, Melino merasa seperti ada sesuatu menyentuh pipinya lembut. Perlahan-lahan dia membuka matanya, die terkejut dan telompat sedikit ke belakang, takut dengan apa yang dilihat dihadapannya. Si botak yang berbadan sasa berada dekat dengan Melino!
“A… Apa awak nak?” Melino seperti sudah mengagak apa yang si botak ini mahu dari dia, tetapi dia cuba menyangkal jauh-jauh tekaannya.
Si botak tidak menjawab. Dia hanya tersengih sambil matanya melihat tepat ke mata Melino. Melino merasa takut dengan pandangan si botak yang jelik itu. Melino bergerak menjauhkan dirinya dari si botak. Si botak hanya membiarkan tindakan Melino. Dia mengeluarkan sesuatu dari poketnya. Pisau!
“T… Tolo..!!” Melino ingin menjerit meminta pertolongan. Tetapi tangan si botak lebih pantas menutup mulutnya dan menghalakan pisau itu ke lehernya.
Melino tersentak. Jantungnya bagai hendak pecah kerana berdegup dengan kencang. Si botak hanya tersenyum melihat ketakutan yang terpampang di wajah Melino. Nafasnya yang kuat mengena muka Melino betul-betul membuatkannya terasa geli seluruh badannya. Badan Melino tidak mampu melawan kekuatan lelaki itu.
Setelah yakin yang Melino tidak akan menjerit, si botak melepaskan tangannya dan memegang tangan Melino. Dia kemudian memotong tali yang mengikat tangan dan kakinya. Melino kaget dengan tindakan si botak.
“Ke… Kenapa awak lepaskan saya?”
Si botak hanya tersengih dengan pertanyaan Melino.
“Kau jangan salah faham. Aku cuma suka dengan perempuan yang suka melawan. Hehehe.”
Serta merta mata Melino membulat, anak matanya mengecil setelah mendengar kenyataan dari si botak itu. Badannya menggelatar dengan lebih kuat. Melino tidak mampu berdiri, kakinya betul-betul lemah dihadapan lelaki itu. Walaupun hatinya ingin sangat lari dari situ, tetapi dia tidak mampu mengarahkan badannya untuk berganjak. Air mata Melino keluar, hatinya sungguh tidak bersedia dengan apa yang akan berlaku selepas ini.
Si botak menyimpan semula pisaunya lalu bergerak merapati Melino dengan tangannya mendepa. Melino terkejut lalu mengundur ke belakang. Matanya mencari-cari sesuatu untuk dijadikan senjata. Tidak ada. Khemah itu benar-benar kosong. Melino memikirkan cara untuk melepaskan diri dari khemah. Dia tidak boleh menjerit kerana tahu bahawa si botak akan menerpanya sekelip mata jika dia membuka mulutnya. Si botak mengacah-acah ingin menerpa Melino sambil ketawa. Dia suka melihat Melino ketakutan.
Pada masa yang singkat, Melino teringat kembali bagaimana Miers berlawan dengan Yinewt yang mepunyai badan dan tubuh yang lebih kuat dan tangkas berbandingnya. Melino mengenggam sebanyak mungkin kotoran dan tanah di dalam tangannya yang kecil. Ketika si botak sudah semakin hampir dengannya, Melino melontarkan tanah untuk membutakan mata si botak.
Si botak mengundur, tanah-tanah itu menusuk matanya. Si botak menggosok-gosok matanya sambil meraung marah. Kesempatan ini diambil Melino untuk menyelinap ke belakang si botak. Si botak masih lagi tidak dapat melihat. Melino berlari ke pintu khemah. Dengan kaki yang menggeletar, Melino memaksa dirinnya untuk terus bergerak jika tidak mahu menjadi mangsa nafsu si botak rakus itu.
Baru sahaja hati merasa lega kerana rancangannya berjaya, tangan Melino tiba-tiba di tangkap oleh si botak.
“Hah! Teknik bodoh!”
Rupa-rupanya si botak cuma berpura-pura membiarkan dirinya seperti terkena dengan rancangan Melino. Dia menarik Melino dengan kuat sehingga badan Melino terhempas ke lantai. Melino mengaduh kesakitan. Tetapi dengan pantas sahaja dia bangun semula. Si botak masih lagi cuba mengacah-acah Melino. Ketawanya sangat menjengkelkan. Melino tidak ada pilihan lain selain berlawan dengan lelaki berbadan besar itu. Dia tidak sesekali mengaku kalah dan menyerahkan dirinya dengan mudah.
Melino mengenggam kedua-dua tangannya dan bersedia untuk melawan.
“Bagus. Teruskan melawan! Hahaha!” Si botak ketawa kuat.
Dia kemudian menerpa ke arah Melino. Melino cuba menangkis serangan si botak tetapi dengan mudah si botak menangkap kedua-dua tangan Melino. Si botak mencekik leher Melino lalu mengangkatnya sehingga kedua-dua kakinya tidak mencecah lantai. Melino terkapai kapai ingin melelpaskan genggaman si botak. Kakinya menendang-nendang badan lelaki berbadan besar itu, tetapi dia tidak terkesan sedikitpun.
Si botak hanya ketawa melihat usaha sia-sia Melino. Sekali lagi die menghempas Melino ke lantai.
BAMM!
Hempasan kali ini lebih kuat. Melino kesakitan. Dia tidak mampu untuk bangun semula. Si botak menghempap badan Melino dan dan cuba membuka bajunya. Melino mencakar-cakar tangan dan muka si botak. Si botak menahan kedua-dua tangan Melino dengan kakinya. Melino cuba menolak si botak jatuh dengan menggerak-gerakkan badannya. Si botak tidak berganjak. Dia menampar pipi Melino dengan kuat. Hentakan kuat itu membuatkan kepala Melino pening, matanya berpinar-pinar. Badannya semakin lemah. Tidak mampu untuk melawan si botak lagi.
Si botak tersengih puas. Kini dia boleh buat apa sahaja dia mahu ke atas tubuh Melino. Si botak menggenggam kuat baju Melino dengan kedua-dua tangannya, lalu menyoyaknya! Tubuh Melino terdedah. Nafsu si botak semakin mengelodak. Nafasnya semakin laju. Tidak sabar lagi dia ingin melempiaskan nafsu serakahnya.
‘Tolong…’ Suara hati Melno menjerit-jerit.
Kini tubuhnya tidak lagi bermaya untuk melawan si botak. Sambil menahan kesakitan dan malu yang teramat sangat dengan perbuatan si botak, Melino hanya mampu menangis. Air matanya berjujuran tanpa henti. Didalam hatinya mahu sangat dia menamatkan nyawanya sendiri agar perasaan yang sangat menjelikkan ini tidak dirasai lagi.
Si botak semakin ghairah apabila melihat Melino mula menangis. Dia ketawa besar, bangga dengan tindakannya. Dia merasakan dirinya yang paling berkuasa kerana berjaya menundukkan prang yang lebih lemah dari dia. Si botak merapatkan mukanya ke tubuh Melino lalu menarik nafas sedalamnya, menghidu Melino. Bagaikan ketagihan, dia mula menjilat-jilat tubuh melino rakus!
Tangan Melino mulai longlai, kepalanya terasa berpusing-pusing. Matanya semakin berat untuk dibuka. Dadanya benar-benar sesak, terasa seperti tidak mampu untuk bernafas pun. Mulut Meino bergetar-getar, ingin sangat dia berteriak sekuat hati, tetapi ketakutan telah menguasai segala kudratnya.
‘Miers…’
Hanya itu yang mampu disebut Melino, perlahan. Dunia Melino hanya kegelapan, telinganya tidak lagi mendengar sebarang bunyi. Otaknya tidak lagi mampu untuk berfikir apa-apa. Melino… sudah mengalah.
Si botak sudah tersenyum melihat Melino yang tidak lagi melawan. Inilah penamatnya. Sudah lama dia bertahan, akhirnya nafsunya berjaya menawan mangsanya.
CUUK!
Melino merasakan sesuatu yang hangat mengalir pada mukanya. Dia tersedar si botak tidak lagi bergerak atau bertindak mengasarinya. Perlahan-lahan Melino membuka matanya.
Darah.
Tidak ada kepala.
Apa yang Melino lihat cukup mengerikan. Kepala si botak sudah tidak ada! Darah yang banyak terpancut-pancut dari lehernya. Darah yang hangat iu jatuh ke muka dan badan Melino.Sungguhpun Melino amat takut dengan apa yang dilihatnya, dia tidak mampu menjerit. Tenaga badannya betul-betul sudah hilang. Tidak lama kemudian mula pitam. Sebelum pitam dia melihat bayangan orang berada di belakang jasad si botak.
‘Mal… da… vo’
Walaupun tidak jelas, namun Melino dapat mengenalpasti penyelamatnya. Maldavo.
Share this novel