" Iz jangan fikirkan semua tu. Iz bukannya orang luar. Iz tu anak kandung papa. Iz jugak berhak ke atas syarikat papa " .
Izhar tersenyum nipis.
" Iz jangan risau ya ".
" Iz ingat Iz nak tinggal dekat kondo lama Iz " .
" Kenapa tak nak tinggal dengan papa sekali? Rumah tu kan besar " .
" Iz takut aunty Mel dengan Iskandar tak selesa nanti. Takpalah. Iz boleh berdikari sendiri " .
" No. Papa tak benarkan Iz tinggal dekat kondo Iz tu. Papa nak Iz tinggal dengan papa sekali. Rumah tu rumah Iz jugak. Iz berhak tinggal dekat situ. Cukuplah 5 tahun papa berpisah dengan anak papa, papa dah tak nak Iz jauh daripada papa lagi " .
Izhar hanya mampu diam. Sejujurnya dia memang ingin tinggal di rumah banglo tiga tingkat milik Datuk Zamri itu tetapi dia tidak mahu kedatangannya ke rumah itu, akan merosakkan segala kebahagiaan yang ada.
" Banyaknya Mak Mah masak hari ni. Ada tetamu special ke? " soal Datin Melisa pada pembantu rumahnya.
" Izhar balik hari ni datin. Sebab tu saya masak makanan kegemaran Izhar hari ni " jawab Mak Mah.
" What? Izhar balik? Mana Mak Mah tahu? " soal Datin Melisa terkejut.
" Datuk yang beritahu saya semalam. Sekejap lagi sampailah Izhar tu. Datuk pergi ambil dia dekat lapangan terbang antarabangsa " .
Datin Melisa mengetap bibirnya. Geram pula dia dengan Datuk Zamri. Sepatunya dia harus tahu kepulangan Izhar.
Dia segera berlalu pergi daripada dapur. Tangannya pantas mendail nombor telefon Iskandar. Anaknya itu harus tahu kepulangan Izhar.
" Hello mama. Ada apa? " .
" Hello Is. Is mama ada hal penting nak beritahu Is ni " .
" Hal apa mama? Tunggu Is balik jer lah mama beritahu Is. Is ada meeting dengan client ni " .
" Tak boleh. Is kena tahu sekarang jugak " .
" Apa dia mama? " .
" Izhar dah balik " .
" What? Dia balik? Ingatkan dah mati. Hidup lagi rupanya. Is takkan biarkan dia senang-senang jer nak rosakkan kebahagiaan kita ma " .
" Ya sayang mama pun terkejut bila Mak Mah cakap Izhar dah balik Malaysia. Papa tak cakap apa-apa pun dengan mama. Mama tahu papa sengaja rahsiakan perkara ni daripada mama " .
" Takpalah mama. Nanti balik kita bincang semula. Mama jangan risau. Tahulah Is nak buat apa dekat dia nanti " .
" Okay " .
Panggilan terus ditamatkan.
" Kau ingat kau akan bahagia ke? Aku takkan biarkan kau hidup senang " kata Datin Melisa sendiri.
Share this novel