BAB 4

Romance Completed 7018

Tok..tok..tok..

Pintu bilik Iskandar diketuk daripada luar.

" Masuk " laungnya daripada dalam.

Dayang terus memulas tombol pintu bilik Iskandar.

" Hai " tegurnya.

Iskandar terus tersenyum melihat Dayang. Hilang sekejap sakit hatinya tadi apabila melihat wajah kesayangannya.

Dayang ialah kekasih hati Iskandar. Mereka bercinta sejak Dayang bekerja sebagai akauntan di Megah Holdings.

" Hai sayang " .

Dayang menarik kerusi di hadapan Iskandar. Punggungnya dilabuhkan di situ.

" Awak dah lunch? " soal Dayang.

" Belum lagi. Saya tunggu awak " .

" Alolo so sweet. Tapi kenapa saya tengok awak macam ada masalah jer? Are you okay? " soal Dayang prihatin.

" Sayang awak ingat tak pasal abang tiri saya? Dia dah balik Malaysia " .

" Oh abang tiri awak tu. Ya saya masih ingat awak pernah cerita. Kenapa? Awak tak suka ke dia balik Malaysia?" soal Dayang hairan.

" Awak tak kenal dia tu lagi sayang. Saya tahu dia ada niat tak baik. Lagipun sejak papa kahwin dengan mama saya, dia memang tak suka. Dia benci pada mama dengan saya " cerita Iskandar.

" Yeke? Tapi mana tahu kalau-kalau dia dah berubah. Mungkin dulu dia tak boleh terima mama awak dan awak, mungkin sekarang dia dah boleh terima " .

" Saya tak rasa macam tu " .

" Awak tak perlulah risau ea. Saya tak suka lah tengok awak macam ni " .

" Dah lah tak payah cakap soal ni lagi. Kita pergi makan ea? " ajak Dayang.

" Ni yang buat saya sayang awak, awak tahu macam mana nak buat saya gembira " Iskandar tersenyum kecil.

Dayang hanya ketawa.

Izhar duduk di hadapan kubur arwah Norma. Selesai membacakan surah yasin, Izhar membersihkan daun-daun yang kering yang berada di atas kubur arwah mamanya itu. Sudah 5 tahun dia tidak menziarahi kubur arwah Norma.

" Mama, Iz balik ma. Maafkan Iz sebab dah lama tak jenguk mama. Ma, walaupun mama dah tak ada. Iz tetap sayangkan mama. Sampai bila-bila pun tak ada orang yang mampu gantikan tempat mama. Mama adalah seorang ibu yang terbaik untuk Iz. Iz rindukan mama sangat-sangat " air mata lelakinya mengalir perlahan.

Sungguh dia terlalu rindukan arwah mamanya. Norma telah meninggal dunia 7 tahun lepas kerana kemalangan. Ketika itu Izhar berusia 20 tahun. Setahun selepas itu, Datuk Ramzi membuat keputusan untuk berkahwin dengan ibu tunggal yang mempunyai seorang anak. Pada awalnya Izhar sekeras-kerasnya menolak tetapi apa lagi yang dia boleh lakukan jika Datuk Ramzi berkeras untuk berkahwin lagi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience