Dayang menyusun fail-fail yang berada di atas meja kerjanya. Dia baru sahaja siap mengira jumlah pengeluaran wang syarikat untuk bulan ini. Tiba-tiba interkom miliknya berbunyi. Dia menekan.
" Dayang, masuk dalam bilik saya sekarang " kedengaran arahan daripada Izhar.
" Baik encik " jawab Dayang.
Dia mengeluh perlahan. Apa lagi agaknya yang Izhar mahukan. Langkah kaki terus diatur menuju ke bilik Izhar.
Tok..tok..tok..
Pintu bilik Izhar diketuk terlebih dahulu.
" Masuk " laung Izhar daripada dalam.
Dayang terus memulas tombol pintu dan melangkah masuk ke dalam.
" Ada apa encik Izhar? " soalnya.
" Kerja awak dah siap? " soal Izhar.
" Saya baru lepas kira jumpa pengeluaran wang syarikat kita untuk bulan ni. Kerja yang lain dah siap. Cuma saya belum kira jumlah pengeluaran untuk kita bayar buruh asing " jelas Dayang.
Izhar mengangguk.
" Duduklah. Yang awak berdiri tercegat kat situ kenapa? " soal Izhar.
" Er..er encik ada nak cakap apa-apa lagi ke? Kalau tak ada, saya nak sambung buat kerja saya " .
" Kenapa? Awak takut kekasih hati awak tu cemburu ke? Cuba profesional sikit boleh tak? Jangan campurkan soal hal peribadi dengan kerja " .
" Ini arahan, duduk " sambung Izhar.
Dayang sudah tiada pilihan lain. Dia menarik kerusi dan melabuhkan punggungnya di situ.
" Saya nak tanya awak satu soalan. Awak tak ingat saya ke? " soal Izhar.
Dayang menggelengkan kepalanya.
" Encik Izhar baru seminggu kerja kat sini. Macam mana saya nak ingat encik Izhar. Lagipun kita tak pernah berjumpa pun sebelum ni " .
" Awak yakin yang kita tak pernah berjumpa sebelum ni? " .
Dayang mengangguk.
" Macam mana kalau saya cakap yang kita pernah berjumpa sebelum ni " .
" 5 tahun encik duduk UK. Tak mungkinlah kita pernah berjumpa sebelum ni. Lagipun saya baru jer kenal Is. Is pun tak pernah cerita apa-apa pun tentang encik " .
" 5 tahun sebelum? " soal Izhar.
" Mungkin encik salah orang. Saya yakin sangat yang kita memang tak pernah berjumpa " .
Izhar mengeluh perlahan.
" Dah lama awak bercinta dengan Iskandar? " soal Izhar.
" Tolong bersikap profesional sikit encik Izhar. Sekarang ni kita dekat office, jangan campurkan hal peribadi dengan kerja " Dayang memulangkan paku buah keras.
Izhar mati kata. Dia hanya tersenyum hambar.
" Kalau tak ada apa-apa, saya keluar dulu lah " Dayang terus bangun dan ingin berlalu keluar daripada bilik Izhar.
" Dayang " panggil Izhar.
Dayang menoleh.
" Saya harap suatu hari nanti awak akan ingat saya macam mana saya ingat pada awak " .
Dayang terus berlalu keluar. Semakin dia melayan , semakin sakit kepalanya. Dia terkejut saat melihat susuk tubuh yang sedang berdiri di muka pintu bilik Izhar.
Share this novel