Completed
7028
Tok..tok..tok..
Dayang mengetuk pintu bilik Izhar. Sebentar tadi Izhar mengarahkannya untuk masuk ke pejabatnya.
" Masuk " laung Izhar daripada dalam bilik.
Dayang terus memulas tombol pintu bilik Izhar. Langkah kaki diatur masuk ke dalam bilik.
" Ya encik Izhar? Ada apa encik panggil saya? " soal Dayang.
" Duduklah " arah Izhar.
Dayang menarik kerusi di hadapan Izhar lalu melabuhkan punggungnya di situ.
" Awak Dayang kan? " soal Izhar.
" Ya saya Dayang " jawab Dayang. Dia sebenarnya gugup apabila berhadapan dengan Izhar. Dia sendiri tidak tahu mengapa dia rasa gugup apabila berhadapan dengan lelaki itu.
" Dayang apa? " soal Izhar lagi.
Sengaja dia ingin mengusik gadis itu. Entah kenapa setiap kali melihat wajah Dayang, hatinya jadi tenang.
" Dayang apa? Maksud encik Izhar? " soal Dayang hairan.
" Nama penuh awak " .
" Oh nama penuh saya. Dayang Areeda Binti Muhamad " jawab Dayang.
Izhar mengangguk.
" Okay " .
" Err..er encik nak saya masuk bilik encik kenapa? " soal Dayang.
" Saja " jawab Izhar selamba.
Dayang mengetap giginya menahan geram.
" Buatkan saya air. Tekak saya kering lah " arah Izhar.
" Tapi tu bukan bidang tugas saya. Saya akauntan. Bukannya tea lady kat sini " .
" Awak tengah lawan arahan saya ke sekarang ni? " soal Izhar.
" Saya tak lawan. Saya cuma pertahankan hak saya. Kalau encik nak, saya boleh suruh tea lady buatkan air untuk encik " .
" Tak nak. Saya nak awak yang buatkan air dan ini adalah satu arahan. Awak jangan lupa, awak bekerja bawah saya. Segala arahan saya, awak kena ikut. Tak boleh ada apa-apa bantahan. Faham? " .
Dayang terkedu mendengar arahan daripada Izhar. Suka-suka hati dia jer nak arahkan orang.
" Baiklah encik Izhar. Saya pergi buatkan air yang paling sedap ya " sengaja Dayang memerli. Wajahnya tersenyum paksa. Padahal dalam hati sudah mendidih darahnya apabila Izhar suka-suka sahaja mengarahkan dia membuat air.
" Haa saya nak air milo tau. Make sure letak susu. Saya tak nak letak gula. Jangan buat panas sangat air tu, suam-suam jer " .
" Baiklah encik Izhar " Dayang bangun dan berlalu keluar daripada bilik Izhar.
Dia merengus geram sebaik keluar daripada bilik Izhar.
" Suka-suka hati jer nak arahkan aku. Eiii geramnya " bebel Dayang sendiri.
Lambat-lambat dia melangkah ke pantri.
Izhar tersenyum sendiri. Tanpa Dayang sedar tadi, dia memerhatikan gadis itu daripada tingkap biliknya.
" Baru sikit Dayang. Tunggu nanti " .
Share this novel