6 bulan kemudian...
Hari ini Izhar membawa Dayang ke Air Terjun Sg. Gabai. Sengaja dia membawa Dayang ke sini memandangkan hari ini hari minggu, dia mahu meluangkan masa bersama isterinya yang tercinta itu.
" Cantiknya " Dayang tersenyum senang melihat air terjun yang jernih itu.
" Sayang suka? " soal Izhar.
Dayang mengangguk sambil tersenyum kecil.
" Terima kasih abang. Dah lama Dayang tak rasa mandi dekat air terjun. Kali terakhir rasanya Dayang pergi dengan maksu " .
" Sayang ingat lagi waktu tu? " soal Izhar.
" Ingat. Sebab waktu tu Dayang.. ".
" Sayang lemas? Lepas tu ada lelaki yang selamatkan sayang kan? " Izhar pantas memotong kata-kata Dayang.
" Mana abang tahu? " soal Dayang hairan. Setahunya dia tidak pernah menceritakan kisah itu pada Izhar. Hanya ibu saudaranya yang tahu kisah 10 tahun lepas.
" Sebab abang lah lelaki yang selamatkan sayang waktu tu. 10 tahun lepas abang datang sini dengan papa dan arwah mama abang. Waktu sayang lemas tu, kebetulan abang ada dekat dengan sayang. Jadi abang tolong selamatkan sayang. Lepas abang dah bawak sayang naik ke darat, dia orang bawak sayang ke hospital. Abang nak lawat sayang, tapi abang tak tahu hospital mana dia orang bawak sayang. Sejak daripada tu abang berharap sangat Allah pertemukan abang dengan sayang semula. Sebab tu waktu kali pertama kita jumpa dekat office, abang terkejut tengok sayang. Abang tak sangka kita akan jumpa lagi " .
Dayang terkedu mendengar cerita Izhar. Rupanya Izhar lah hero yang menyelamatkannya ketika dia lemas 10 tahun dulu.
" Dayang tak sangka. Patutlah abang pernah tanya Dayang dulu sama ada Dayang ingat abang atau pun tak " .
" Rancangan Allah itu indah. Sekarang ni siapa sangka Dayang dah jadi hak milik abang " .
" Terima kasih abang. Terima kasih untuk semuanya " .
" Abang cintakan sayang sangat-sangat. Terima kasih sebab sudi jadi isteri abang dan terima abang sebagai suami sayang " .
" Dayang pun cintakan abang. Cinta sangat-sangat " .
Izhar tersenyum lebar mendengar kata-kata Dayang. Dia melafaz kata syukur. Allah sudah membukakan pintu hati Dayang untuk menerimanya sebagai seorang suami. Sungguh dia merasakan kebahagiaan yang sudah lama dia impikan.
Iskandar dan Datin Melisa sudah menyesal dengan perbuatan mereka. Mereka mengakui kesilapan mereka. Datuk Zamri juga sudah memaafkan mereka. Kini mereka hidup bahagia tanpa dendam atau perasaan iri hati.
Sungguhlah kebahagiaan itu akan datang jika kita redha dengan apa yang terjadi.
TAMAT
Share this novel