BAB 14

Romance Completed 7018

" Aku terima nikahnya Dayang Areeda Binti Muhamad dengan mas kahwin sebanyak 300 ringgit " .

Kini dengan sekali lafaz, Dayang sah menjadi isteri kepada Izhar. Dayang adalah anak yatim piatu. Dia tiada keluarga. Hanya ada ibu saudaranya sahaja. Segala urusan pernikahan express mereka diuruskan oleh Datuk Zamri dan Izhar.

Dalam linangan air mata, Dayang terpaksa menerima hakikat yang kini dia sudah sah menjadi isteri kepada Izhar. Pandangan yang penuh dengan kebencian diberikan pada Izhar.

Ya dia bencikan lelaki itu. Dia semua ini rancangan Izhar kerana daripada awal lagi lelaki itu suka mencari pasal dengannya. Sampai bila-bila pun dia tidak ikhlas menerima perkahwinan ini.

Izhar membawa Dayang ke kondo mewah miliknya. Sudah lama kondo itu dibiarkan kosong. Namun Izhar ada mengupah pembantu rumah untuk membersihkan kondo itu setiap minggu. Kondo itu ialah hadiah daripada Datuk Zamri padanya ketika dia mendapat keputusan yang cemerlang ketika SPM dulu.

Sampai sahaja di kondo milik Izhar, Dayang terus masuk ke dalam rumah tanpa sepatah kata. Dia duduk di ruang tamu kerana Izhar masih belum memberitahunya di mana biliknya.

" Dayang " panggil Izhar lembut.

Dia melabuhkan punggungnya pada sofa berhadapan dengan sofa yang diduduki oleh Dayang.

" Dayang, saya tahu perkahwinan ni terlalu mengejut untuk awak. Saya pun rasa benda yang sama. Tapi semua ini perancangan Allah. Jujur saya katakan, saya ikhlas terima perkahwinan ni. Saya ikhlas terima awak sebagai isteri saya. Dan saya harap awak pun begitu " .

Dayang tersenyum sinis.

" Jangan nak berpura-pura lah Izhar. Ini semua rancangan awak kan? Sebab awak berdendam dengan Iskandar? Hati awak ni memang busuk kan. Awak sanggup buat semua ni demi kepentingan diri awak sendiri. Manusia jenis apa awak ni ha? " hambur Dayang.

" Saya sanggup bersumpah Dayang, saya tak buat semua ni. Kalau saya memang cintakan awak pun, bukan dengan cara ni yang saya lakukan untuk dapatkan awak. Saya tak tahu pun malam semalam awak datang ke office " .

" Cukuplah Izhar. Saya dah tak nak dengar apa-apa penjelasan daripada awak pun. Cakaplah apa saja, saya takkan percaya " .

Izhar mengeluh perlahan.

" Dayang mesti penat kan, takpalah. Dayang pergi masuk bilik depan ni. Tu bilik kita " .

" Saya tak nak sebilik dengan awak. Saya nak bilik lain " tegas Dayang.

" Takpa. Dayang ambil lah bilik tu. Saya duduk bilik tetamu " .

Dayang terus bangkit dan mengambil luggage miliknya dan membawa masuk ke dalam master bedroom.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience