BAB 12

Romance Completed 7018

Izhar menahan matanya daripada terlelap. Hari ini dia terpaksa pulang lewat daripada pejabat kerana banyak kerja yang perlu disiapkan memandangkan esok dia ada mesyuarat penting dengan client daripada China. Jam sudah menunjukkan pukul 9.30 malam. Staf yang lain sudah pun pulang ke rumah. Hanya Izhar yang tinggal sendirian di pejabat.

" Haus lah pulak " katanya sendiri.

Dia terus bangun dan melangkah menuju ke pantry untuk mengambil air bagi menghilangkan rasa dahaga.

Dayang terkocoh-kocoh masuk ke dalam bangunan enam tingkat itu. Entah bagaimana telefon bimbitnya boleh tertinggal di pejabat pula. Mahu atau tidak terpaksalah dia datang semula ke Megah Holdings untuk mengambil telefon bimbitnya.

Sampai sahaja di tingkat tiga, Dayang terus membuka lampu di pejabat. Pejabat yang tadi gelap kini sudah terang benderang.

Dayang menarik nafas lega setelah melihat telefon bimbitnya yang berada di atas meja kerja. Mujur sahaja telefonnya masih ada di situ. Tiba-tiba dia terdengar bunyi di pantry. Lampu di pantri juga terpasang.

Perlahan-lahan dia melangkah menuju ke pantri. Jantungnya berdegup laju ketika ini. Namun dia memberanikan diri untuk melihat siapa yang berada di pantri. Lagipun tadi dia perasan lampu bilik pejabat Izhar terbuka.

Dayang melihat seorang lelaki yang sedang mengacau air di dalam mug daripada belakang.

Lelaki itu terus berpaling.

" Arghhhh! " jerit Izhar terkejut. Dia terus pengsan.

" Encik Izhar! Ya Allah kenapa ni? " Dayang segera mendapatkan Izhar yang sudah terbaring.

Baru Dayang teringat, mungkin penampilannya yang membuatkan Izhar terkejut. Dia memakai shawl berwarna putih. Dress labuh yang tersarung di tubuhnya juga berwarna putih.

" Awak buat apa kat office malam-malam ni? " soal Izhar.

Ketika itu mereka berada di dalam bilik Izhar. Dayang menitiskan air di muka Izhar ketika lelaki itu pengsan di pantri tadi. Mujur Izhar sudah sedarkan diri, jika tidak dia dihurung rasa bersalah kerana telah membuat lelaki itu terkejut sehingga pengsan.

" Handphone saya tertinggal. Sebab tu saya datang balik untuk ambil handphone saya " jawab Dayang.

" Nasib baiklah saya ni tak ada sakit jantung tau, kalau tak dah lama kembali ke rahmatullah " .

Dayang tersengih melihat Izhar.

" Encik ni boleh tahan penakut jugak ya " .

" Dah awak pakai serba putih macam ni, siapa jer yang tak terkejut ".

" Maaflah. Saya bukan sengaja nak takutkan encik. Encik tak balik lagi kenapa pulak? " .

" Saya siapkan kerja " .

Tiba-tiba kedengaran suara orang.

" Siapa tu? " soal Dayang. Dia sudah mulai takut.

Izhar bangun dan terus meninjau. Dia terkejut saat melihat sekumpulan lelaki berjubah sudah berada di hadapan pintu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience