BAB 5

Romance Completed 7018

Langkah kaki Izhar terhenti pada anak tangga kedua sebaik melihat susuk tubuh yang sedang berhenti di anak tangga ketiga.

" Izhar, Izhar. Aku ingat kau dah mati. Rupanya masih hidup " Iskandar tersenyum sinis pada Izhar.

" Kau bukan sesiapa untuk tentukan sama ada aku masih hidup atau tau" jawab Izhar.

Iskandar ketawa mengejek.

" Yelah kau kan lelaki pengecut " .

" Aku bukan pengecut. Yang pengecutnya kau. Sembunyikan kejahatan disebalik wajah baik kau tu" .

" Bukan kau ke pengecut? Lari daripada masalah? " .

" Aku bukan lari daripada masalah. Cuma aku malas nak berhadapan dengan orang munafik macam kau " .

Iskandar mengetap giginya. Dia mendengus kasar.

" Jangan ingat bila kau dah balik rumah ni semula aku dan mama aku akan terima kau " .

" Aku tak harapkan pun kau dan aunty Mel terima aku " .

" Aku akan pastikan hidup kau sengsara. Jangan beranganlah nak hidup senang " .

" Apa-apa jer lah Iskandar " Izhar terus mendaki anak tangga.

Malas dia mahu melayan adik tirinya yang muda setahun saja daripadanya. Semakin dia melayan Iskandar, semakin serabut kepala otakknya.

" Kenapa abang tak cakap dengan saya yang Izhar balik Malaysia? " soal Datin Melisa.

Datuk Zamri mengeluh perlahan.

" Kalau tak beritahu pun, awak akan tahu jugakkan " jawabnya ringkas.

" Saya berhak tahu. Sepatutnya abang beritahu saya dulu " .

" Kenapa awak nak marah-marah ni ha? Awak macam tak suka jer Izhar tu balik Malaysia. Cukuplah 5 tahun dia jauh daripada saya. Saya dah tak nak dia jauh daripada saya. Dia satu-satunya anak saya. Awak kena terima dia macam mana saya terima Iskandar" tegas Datuk Zamri.

" Oh jadi sekarang ni awak nak mengungkit lah? " Datin Melisa mula meninggikan suaranya.

" Mel, awak dengar sini baik-baik. Kalau saya boleh terima Iskandar seikhlas hati saya, saya harap awak pun boleh terima Izhar seikhlas hati awak. Susah ke untuk awak anggap Izhar tu macam anak kandung awak sendiri? Dia pergi UK dulu pun sebab terasa hati dengan saya. Saya terlalu jaga hati awak dan Iskandar sampai saya lupa nak jaga hati Izhar " .

" Jadi abang nak salahkan saya lah dalam hal ni? Abang nak tuduh saya punca Izhar pergi UK dulu? " .

" Awak fikirlah sendiri " Datuk Zamri terus berlalu keluar daripada bilik.

Datin Melisa merengus geram. Kepulangan anak tirinya itu tidak menyenangkan hatinya.


Izhar mengeluh perlahan. Sewaktu dia lalu di hadapan bilik Datuk Zamri tadi, dia terdengar pertengkaran antara Datuk Zamri dan Datin Melisa. Dia sudah mengagak perkara ini pasti akan terjadi jika dia pulang ke Malaysia.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience