Dayang melangkah masuk ke dalam bilik. Selepas dia membantu Mak Mah menggoreng ayam berempah tadi, dia meminta diri untuk melihat keadaan Izhar. Suaminya itu sudah berpesan tadi supaya jangan lama-lama di dapur.
Pintu bilik dikuak. Dayang melihat Izhar sedang duduk di atas katil sambil bermain dengan tablet iPad miliknya.
" Abang buat apa tu? " soal Dayang.
" Eh sayang. Lamanya. Penat abang tunggu " .
Dayang ketawa kecil. Dia naik atas katil dan duduk bersebelahan Izhar.
" Sorry lah. Dayang borak-borak dengan Mak Mah tadi " .
" Borak apa? Mengumpat abang ea? ".
" Ha'ah " jawab Dayang.
" Nakalnya dia ni " pipi Dayang menjadi mangsa cubitannya.
" Aduhh sakitlah abang " Dayang mengusap pipinya. Sebenarnya tidak sakit pun.
" Abang " panggilnya.
" Hmm? " Izhar merenung Dayang.
" Mak Mah dah ceritakan semuanya pada Dayang. Kenapa abang tak ceritakan hal yang sebenar? Dayang dah salah faham dengan abang. Dayang tuduh abang macam-macam. Dayang minta maaf " tangan kanan Izhar diambil dan dicium.
" Sayang, hey jangan menangis. Abang tak suka tengok Dayang menangis macam ni " pujuk Izhar. Dia mengusap lembut kepala Dayang.
" Benda dah nak jadi sayang. Abang pun tak pernah simpan dendam. Biarlah orang nak buat kita. Kita tak perlu balas. Allah tu Maha Adil. Biar Allah jer yang balas " .
" Maafkan Dayang ya? Dayang berdosa sangat-sangat dengan abang".
" Abang tak pernah marahkan Dayang pun. Dayang jangan risau lah. Dayang dah terima abang dalam hidup Dayang pun abang dan cukup bersyukur " Izhar tersenyum manis pada Dayang.
" Lagipun kalau semua ni tak terjadi, abang takkan dapat kahwin dengan Dayang. Allah dah susun semuanya cantik-cantik " .
" Terima kasih abang " .
Izhar menarik Dayang supaya bersandar pada dadanya.
" Abang cintakan Dayang sangat-sangat. Abang ikhlas terima Dayang dalam hidup abang. Walaupun sekarang Dayang belum mampu cintakan abang, abang akan tunggu saat tu " .
Dayang tersenyum nipis. Ya walaupun dia belum cintakan Izhar, dia yakin suatu hari nanti cinta itu akan datang jua ke dalam hidupnya. Saat itu akan tiba juga. Dayang bersyukur Allah hadirkan lelaki sebaik Izhar di dalam hidupnya. Dia salah menilai selama ini. Dia sangka Izhar adalah kaca manakala Iskandar permata. Rupanya dia silap. Izhar adalah permata yang dia sangkakan kaca selama ini.
Share this novel