BAB 16

Romance Completed 7018

Dayang mengintai disebalik pintu biliknya sebelum melangkah keluar daripada bilik. Dia memang jarang keluar bilik jika Izhar berada di rumah. Puas lelaki itu memujuk, tetapi dia tetap berkeras untuk berkurung di dalam bilik jika lelaki itu ada di rumah. Dayang biasanya akan keluar bilik apabila Izhar sudah pergi ke tempat kerja. Sengaja dia berbuat begitu kerana tidak mahu terserempak dengan Izhar.

" Hai " sapa Izhar sebaik Dayang keluar daripada bilik.

Dayang sedikit terkejut. Sangkanya Izhar tiada di rumah. Rupanya lelaki itu pulang untuk makan tengahari.

Dia sudah berkira-kira untuk masuk semula ke dalam bilik tetapi tangan Izhar pantas menahan.

" Dayang tunggu " Izhar memegang pergelangan tangan Dayang.

" Lepaslah " Dayang menepis tangan Izhar.

" Dayang we need to talk. Please, 5 minit jer " pujuk Izhar.

" Apa? " soal Dayang dingin. Dalam hati dia menyesal kerana keluar daripada bilik ketika ini. Jika dia tahu Izhar berada di rumah, dia tidak akan keluar daripada bilik.

" Dayang sampai bila kita nak macam ni? Dayang asyik larikan diri daripada abang. Tiap kali abang balik, Dayang berkurung dalam bilik " .

Dayang ketawa sinis.

" Abang konon. Kita akan macam ni sampai bila-bila selagi awak tak ceraikan saya " .

" No abang takkan ceraikan Dayang. Kita boleh mulakan hidup baru kalau kita cuba. Abang sanggup tunggu sampai Dayang betul-betul boleh terima abang dalam hidup Dayang. Kita pun boleh bahagia macam orang lain" .

" Listen carefully Izhar, saya takkan pernah terima awak dalam hidup saya. Awak tak perlu nak berangan semua tu, semua tu takkan terjadi. Sebab saya bencikan awak. Benci sangat-sangat dengan awak. Awak dah musnahkan semua impian saya. Nak tengok muka awak pun saya meluat, apatah lagi nak hidup bahagia dengan awak. Jadi tolong sedar diri. Saya tetap nak bercerai dengan awak" Dayang terus berlalu masuk ke dalam bilik.

Izhar mengeluh perlahan. Dia meraup wajahnya. Kata-kata yang keluar daripada bibir Dayang benar-benar membuatkan dia terluka. Dia tidak pernah minta semua ini terjadi.


Dayang menghempaskan tubuhnya di atas tilam. Air matanya mengalir deras. Lagi-lagi apabila mengenangkan nasibnya. Dia mahu mengakhiri kan semua ini. Dia sudah tidak sanggup lagi.

Bertambah sedih hatinya apabila mengenangkan impiannya untuk hidup bahagia dengan Iskandar musnah begitu saja. Bukan mudah untuk dia membuang cintanya pada lelaki itu. Dia terlalu cintakan Iskandar.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience