Telefon bimbit Dayang berbunyi menandakan ada panggilan masuk. Dayang melihat nama yang berada di skrin telefonnya, nama Datuk Zamri. Bekas majikannya yang kini sudah menjadi bapa mertuanya. Dayang terus menjawab panggilan itu.
" Hello, Assalamualaikum Dayang " kedengaran suara Datuk Zamri di talian.
" Waalaikumsalam. Ya papa? Ada apa?" soal Dayang.
" Dayang kat rumah ke? " .
" Ha'ah. Kenapa ya? " soal Dayang. Suara Datuk Zamri kedengaran cemas sahaja.
" Izhar. Izhar kemalangan. Sekarang ni dia ada kat hospital. Dayang datang sekarang ya. Papa tunggu " .
Dayang tergamam. Dia tidak tahu apa yang dia rasakan kini. Suka? Sedih? Takut?
" Dayang? " soal Datuk Zamri apabila menantunya itu tidak memberi respons.
" Ya pa. Dayang datang sekarang jugak".
" Hati-hati memandu " sempat Datuk Zamri berpesan padanya.
Tanpa menunggu lama, Dayang terus bersiap untuk ke hospital. Entah kenapa tiba-tiba dia risaukan keadaan Izhar padahal dia bencikan lelaki itu. Dia juga rasa bersalah dengan kata-katanya pada lelaki itu semalam. Sewaktu Izhar ingin pergi ke pejabat pagi tadi, Izhar langsung tidak menegurnya. Mungkin lelaki itu sudah mengalah.
Dayang memandang sepi sekujur tubuh yang kaku terbaring di atas katil. Izhar masih belum sedarkan diri. Doktor kata keadaannya sudah stabil, cuma dia masih belum sedarkan diri.
Kepala Izhar mengalami hentakan ketika kemalangan. Kakinya juga patah kerana tersepit. Wajahnya bersihnya juga terdapat kesan luka dan lebam.
" Dayang banyakkan bersabar ya. Kita sama-sama doa semoga Izhar selamat dan cepat sedar " pujuk Datuk Zamri.
Dayang mengangguk perlahan.
" Insya Allah papa " .
Cuma Datuk Zamri dan Dayang sahaja yang datang melawat Izhar. Datin Melisa dan Iskandar langsung tidak kelihatan.
" Dayang tolong jagakan Iz sekejap. Papa nak solat zohor, papa belum solat lagi " .
" Okay papa " .
Datuk Zamri terus berlalu keluar daripada bilik Izhar dirawat. Dayang duduk di kerusi bersebelahan katil Izhar. Tiba-tiba saja air matanya jatuh saat melihat keadaan Izhar.
Bertambah sedih hatinya apabila mengenangkan sikapnya yang keterlaluan pada Izhar. Dia sudah melampaui batas.
Tangan Izhar digenggam erat.
" Maafkan saya Izhar. Maafkan saya sebab dah jadi isteri yang derhaka. Tolong sedar, jangan tinggalkan saya. Saya janji saya takkan marah-marah awak lagi. Bangunlah Iz " .
Dayang baru tersedar dia sudah melampau dalam melayani Izhar. Dia menidakkan hak Izhar sebagai seorang suami. Betapa berdosanya dia pada Izhar. Dia tidak dapat bayangkan jika Izhar tidak redha dengan apa yang telah dia lakukan pada suaminya itu.
Share this novel