BAB 1

Romance Completed 7018

Juruterbang penerbangan MH140 mendaratkan pesawat di Lapangan Terbang Antarabangsa. Izhar menjengah ke luar tingkap pesawat, membuang pandangan. Akhirnya dia kembali menjejakkan kaki di bumi Malaysia. Tanah tumpah darah yang telah lama ditinggalkan kerana merajuk dengan papanya, Datuk Zamri.

5 tahun Izhar membawa diri ke negara orang. Kepulangannya kali ini adalah untuk memulakan hidup baru. Buku lama akan ditutup dan akan dibuka buku baru. Itu pun selepas puas dipujuk oleh Datuk Zamri.

Sebenarnya Izhar bukanlah hendak merajuk sangat, cuma dia rasa dengan kepergian dia daripada hidup Datuk Zamri adalah lebih baik.

" Semoga semuanya dipermudahkan" bisiknya perlahan pada diri sendiri. Sebuah keluhan berat meniti di bibirnya. Dia masih ragu-ragu dengan keputusannya untuk pulang semula ke Malaysia. Tapi dia sudah pun sampai di bumi Malaysia. Izhar sudah tiada pilihan lain. Mahu atau tidak, dia harus berhadapan dengan apa yang akan berlaku nanti.

Izhar tahu kepulangannya ini akan membuatkan dua insan tidak senang duduk. Siapa dia insan itu? Dua insan itu ialah ibu tiri dan adik tirinya. Namun kali ini Izhar tidak akan mengalah lagi. Dia akan memastikan ibu tiri dan adik tirinya itu tidak akan membuat sebarang kekacauan di dalam hidupnya. Cukuplah 5 tahun lepas dia dibenci oleh papanya kerana dua insan itu.

Bagasi kecil yang terletak di ruang atas dicapai. Dia menarik nafas dalam-dalam dan dilepaskan perlahan. Langkah kakinya diatur satu persatu menuju ke terminal ketibaan.

" Izhar " .

Izhar terus memalingkan wajahnya saat mendengar namanya diseru.

" Papa " Izhar terus mendekati Datuk Zamri.

Tangan tua itu di salam penuh hormat.

" Izhar sihat? " soal Datuk Zamri. Dia agak terharu melihat Izhar kini sudah berada di hadapan matanya. Sudah 5 tahun dia berpisah dengan anak kandungnya itu.

" Alhamdulillah Iz sihat. Papa sihat? " .

" Papa sihat " Datuk Zamri terus memeluk erat tubuh anaknya itu.

" Papa rindu kan Iz sangat-sangat. Maafkan papa " .

" Iz pun rindukan papa. Papa tak perlu minta maaf. Iz yang patut minta maaf pada papa. Maafkan Iz ya? " .

" Papa tak pernah marahkan Iz pun. Iz pergi UK pun disebabkan papa kan. Papa harap lepas ni Iz terus tinggal di Malaysia ya? Jangan balik ke UK semula " .

Izhar diam seketika. Bibirnya tersenyum hambar.

" Insya Allah papa. Iz akan terus stay dekat Malaysia. Papa jangan risau okay " .

Datuk Zamri mengangguk perlahan.

" Jom kita balik. Mak Mah dah rindu sangat kat Iz tau " ajak Datuk Zamri.

Mereka berdua jalan beriringan keluar daripada Lapangan Terbang Antarabangsa.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience