" So macam mana kehidupan dekat UK tu? " soal Datuk Zamri.
Ketika itu mereka berada di dalam kereta. Dalam perjalanan pulang ke rumah.
" Not bad. Tapi Malaysia lagi seronok" jawab Izhar.
" Papa happy sangat bila Iz call papa bulan lepas dan cakap nak balik Malaysia. Dah 5 tahun papa tak berkesempatan nak jumpa Iz " .
Izhar tersenyum nipis.
" Maafkan Iz ya pa? " .
" Tak perlu minta maaf. Papa tahu Iz terasa hati dengan Iskandar dan aunty Mel kan? " .
" Benda dah lepas pa. Mungkin waktu tu Iz tak matang lagi. Jiwa muda, mudah memberontak " .
Datuk Zamri menjeling sekilas ke arah anaknya yang berada di tempat duduk sebelah pemandu.
" Papa janji papa akan jadi papa yang adil untuk Iz. Papa harap sangat lepasni keluarga kita akan bersatu semula " .
" Insya Allah papa. Papa jangan lah rasa serba salah pulak dengan Iz " .
Datuk Zamri mengangguk perlahan.
" Aunty Mel dengan Is tahu yang Iz dah balik Malaysia? " soal Izhar.
" Dia orang belum tahu. Papa tak cakap apa-apa lagi tentang Iz dengan dia orang " .
Terdengar keluhan berat dari bibir Izhar.
" Kenapa papa tak beritahu dia orang? Iz takut dia orang tak senang dengan kehadiran Iz " .
" Kenapa pulak dia orang tak senang dengan kehadiran Iz? Iz anak kandung papa. Nak atau tak, dia kena terima jugak " .
" Iz bukan apa. Iz tak nak disebabkan Iz, papa bergaduh dengan dia orang. Iz tak nak jadi penyebab papa dengan aunty Mel bergaduh " .
" Iz jangan risaulah ea. Papa tahu nak buat apa nanti. Cuma papa harap Iz dah boleh lah terima aunty Mel dengan Iskandar dalam hidup Iz " .
Izhar mengangguk perlahan.
" Insya Allah papa " cuma itu saja yang boleh dia katakan. Dia tidak berani untuk berjanji kerana dia takut dia tidak dapat menunaikan janjinya.
" Sepanjang Iz ada kat UK, Iz buat apa? " soal Datuk Zamri.
" Iz kerja dekat syarikat papa kawan Iz. Kebetulan papa dia ada syarikat dekat sana. Dia ajak Iz kerja dekat sana, jadi Iz kerja lah " jelas Izhar.
" Lepas ni Iz kerja dengan papa jer. Handle syarikat papa. Papa pun dah tak larat sangat nak uruskan semua tu".
" Takpalah papa. Iz boleh cari kerja lain nanti. Is kan ada. Lagipun Iz yakin, Is tak akan suka bila Iz kerja sekali " tolak Izhar.
Dia yakin adik tirinya itu tidak akan suka dengan kehadirannya nanti. Bukannya dia tidak kenal dengan perangai Iskandar.
Share this novel