Hari ini hari pertama Izhar masuk ke syarikat Megah Holdings. Kemeja berwarna maroon tersarung kemas ditubuhnya. Dipadankan dengan tali leher berwarna hitam. Rambutnya disikat rapi. Sedikit minyak wangi berjenama BOSS disemburkan pada tubuhnya.
Setelah puas melihat penampilannya di cermin, Izhar terus mencapai briefcase nya dan berlalu keluar daripada bilik.
" Boss besar dah siap nak masuk office? " Iskandar tersenyum sinis saat melihat Izhar yang baru keluar daripada bilik.
" Ha'ah. Kenapa? Rasa tergugat? " balas Izhar. Sengaja dia ingin menyakitkan hati Iskandar. Kalau dulu mungkin dia yang selalu mengalah. Tetapi kini tidak lagi.
" Apa motif kau ea sebenarnya? Kau dengar sini ea, papa dah janji dengan aku. Dia akan bagi pangkat CEO Megah Holdings pada aku. Jadi kau jangan nak berangan sangat lah ya " .
" Oh ya? Kau yakin? Aku anak kandung dia. Aku lebih berhak. Kau tu cuma anak tiri. Tolong sedar diri" Izhar tersenyum sinis pada Iskandar.
Iskandar mengenggam penumbuknya. Dadanya turun naik menahan amarah.
" So jangan nak terlalu berharap pangkat CEO tu akan jatuh ke tangan kau ya " Izhar menepuk bahu Iskandar sebelum berlalu turun ke tingkat bawah.
Iskandar mengetap giginya menahan geram.
" Assalamualaikum semua staf Megah Holdings. Hari ini saya ingin memperkenalkan ahli baru Megah Holdings, Muhamad Izhar. Muhamad Izhar adalah anak kandung saya dia akan bekerja sebagai pengurus besar kewangan syarikat " Datuk Zamri memperkenalkan Izhar kepada semua staf di Megah Holdings.
Datuk Zamri telah meminta semua staf Megah Holdings berkumpul untuk dia memperkenalkan Izhar pada semua stafnya.
Semua mata tertumpu pada Izhar. Para gadis yang masih bujang mula berbisik-bisik sesama sendiri tentang kekacakan wajah Izhar. Mereka tersenyum-senyum memandang Izhar.
Iskandar hanya memandang dengan wajah yang penuh dengan ketidakpuasan hati. Lagi-lagi apabila mendengar pujian staf-staf di situ yang asyik memuji ketampanan wajah Izhar.
" Dayang, mulai hari ini awak akan bekerja di bawah Izhar ya " beritahu Datuk Zamri.
Dayang mengangguk faham.
" Baik Datuk " jawabnya.
Iskandar semakin tidak senang duduk apabila Dayang bakal ditempatkan di bawah Izhar. Dia tidak mahu Izhar merampas Dayang daripadanya.
Izhar sedikit terkejut apabila memandang wajah Dayang. Lama dia merenung wajah gadis itu. Bibirnya mengukirkan senyuman lebar buat Dayang.
" Saya Izhar. Saya harap awak akan beri kerjasama yang baik " kata Izhar pada Dayang.
" Baik Encik Izhar, Insya Allah " jawab Dayang.
Share this novel