" Dayang " panggil Izhar.
Langkah Dayang terhenti. Tetapi dia tidak menoleh.
" Walaupun perkahwinan kita tanpa cinta, saya percaya kita pun boleh bahagia macam orang lain. Saya akan lindungi awak. Saya akan jaga awak dan saya akan sayang dan cintakan awak sampai akhir hayat saya dan saya harap awak pun akan buat benda yang sama " tutur Izhar.
Dayang mengetap bibirnya.
" Jangan harap. Jangan pernah berharap Izhar. Sebab saya tak akan pernah cintakan awak dan saya akan pernah relakan perkahwinan ni. Jadi awak jangan pernah berangan untuk bahagia " balas Dayang. Dia menoleh kebelakang melihat Izhar.
" Saya cuma cintakan Iskandar dan awak jangan berharap saya akan cintakan awak macam mana saya cintakan Iskandar. Hanya Iskandar yang mampu buat saya bahagia. Tiba masanya nanti, saya nak awak lepaskan saya. Saya lebih rela sendirian daripada terpaksa berkongsi hidup dengan lelaki macam awak " Dayang terus berlalu masuk ke dalam bilik.
Pintu bilik dihentak kuat. Izhar terkedu mendengar kata-kata Dayang sebentar tadi. Tipu jika dia cakap dia tidak terluka dengan kata-kata Dayang. Namun dia tidak salahkan Dayang. Mungkin emosi gadis itu tidak stabil buat masa ini. Dia sanggup menanti sehingga Dayang membuka pintu hatinya untuk menerima dia sebagai suami.
Izhar mengeluh perlahan. Susah untuk dia fokus pada kerja kerana fikirannya melayang memikirkan Dayang. Sudah seminggu dia dan Dayang sah menjadi suami isteri tetapi tiada langsung tanda-tanda untuk mereka berbaik. Walaupun mereka tinggal sebumbung, mereka bagaikan orang asing di dalam rumah itu.
Jam di tangannya sudah menunjukkan pukul 12 tengahari. Sudah masuk waktu makan tengahari, Izhar membuat keputusan untuk pulang ke rumah.
Dayang sudah pun berhenti kerja. Dia duduk di rumah sahaja. Walaupun dia masih belum menerima Izhar, Dayang tetap menjalankan tanggungjawabnya dalam menjaga makan minum Izhar. Setiap hari dia pasti akan masak.
Sewaktu ingin keluar daripada pejabat, Izhar bertembung dengan adik tirinya, Iskandar.
" Rushing nak pergi mana? " soal Iskandar.
" Bukan hal kau " jawab Izhar pendek.
" Bukan hal aku? Okay fine. Aku harap kau bahagia lah lepas kau dah rampas hak milik aku " .
" Aku tak pernah rampas Dayang daripada kau. Kau yang buang dia. Kalau betul kau cintakan dia, kau akan terima dia seadanya. Bukannya buang dia macam sampah. By the way, thank you sebab dah lepaskan dia ke tangan aku. She deserve better" Izhar terus berlalu pergi.
Iskandar mengetap giginya menahan geram.
Share this novel