BAB 9

Romance Completed 7028

Izhar agak terkejut mendengar pengakuan Iskandar.

" Baru bakal tunang kan. Belum tunang " sengaja Izhar ingin menyakitkan hati Iskandar.

" Kau jangan cabar aku ea! " suara Iskandar mula meninggi.

" Aku tak cabar kau pun. Kau jer yang rasa tercabar " Izhar tersenyum mengejek.

" Kau ni memang sengaja cari pasal " Iskandar menarik kolar baju kemeja Izhar. Tangannya sudah digenggam erat. Bersedia untuk menumbuk muka Izhar.

" Is stop! " .

Iskandar terus melepaskan pegangannya pada kolar baju Izhar. Mata Izhar dan Iskandar terus beralih kepada pemilik suara itu.


" Jangan Is " ujar Dayang sekali lagi. Mujur dia datang di waktu yang tepat. Jika tidak pasti pergaduhan besar akan terjadi antara Iskandar dan juga Izhar.

" Orang macam ni, kita kena ajar " balas Iskandar. Kemudian pandangannya dialihkan semula pada Izhar.

" Is please jangan. Bergaduh takkan dapat selesaikan masalah. Kalau Datuk Zamri tahu, habis awak tau " Dayang masih lagi cuma menghalang.

" Nasib baiklah Dayang ada, kalau tak teruk muka kau aku kerjakan " .

Izhar pula hanya beriak selamba. Seperti tiada apa-apa yang berlaku.

" Jom awak " ajak Dayang.

Semakin lama Iskandar berada di dalam bilik Izhar, semakin besar perang yang terjadi antara mereka berdua.

Iskandar sempat memberikan pandangan tajam ke arah Izhar sebelum berlalu keluar daripada bilik Izhar. Dayang juga begitu. Sempat dia menoleh memandang Izhar sebelum berlalu keluar. Izhar tersenyum manis padanya dan dia mengenyitkan matanya pada Dayang. Dayang cepat-cepat keluar. Mujur sahaja Iskandar tidak nampak. Jika tidak, pasti perang besar akan berlaku pada mereka.

Izhar ketawa kecil melihat Dayang yang gelabah apabila dia mengenyitkan matanya.

" Morning " .

Dayang sedang menyusun fail di atas meja terus mengangkat wajah memandang pemilik suara itu.

" Morning encik Izhar " balasnya sebagai tanda hormat pada Izhar.

Izhar tersenyum kecil.

" Garangnya boyfriend awak tu. Tak boleh nak buli sikit girlfriend dia ni, terus melenting " .

Dayang diam. Malas dia mahu membuka cerita tentang kejadian semalam.

" Awak ni pun boleh tahan kuat mengadu kan " .

Berubah terus wajah Dayang.

" Mana ada saya mengadu. Is nampak saya bancuhkan air untuk encik, jadi saya cakaplah perkara yang sebenar" jelas Dayang.

" Iya lah tu " Izhar mencebikkan bibirnya.

" Iyalah. Encik ingat saya ni jenis yang kaki mengadu ke? " .

" Mana lah tahu kan " .

Dayang mengetap giginya menahan geram. Bila bercakap dengan Izhar, ada saja benda yang Izhar buat untuk menyakitkan hatinya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience