Judul: Malam Pertama di Jalan Sepi

Fantasy Series 1624

Angin malam berhembus lembut menyentuh pipi Atiha Najwa sebaik sahaja dia melangkah keluar dari perut kereta. Udara di tepi jalan sunyi Thailand itu terasa sejuk dan mencengkam, tetapi itu bukan yang paling membimbangkan.

Kereta yang mereka naiki sebuah MPV sewa yang sudah kelihatan uzur tiba-tiba mati enjin tidak jauh dari sempadan bandar.

Di hadapannya, Tuan Azhar berdiri dengan wajah sedikit tegang. Telefon bimbit di tangan digenggam erat, seolah-olah mampu hidup semula hanya dengan tekanan jari.

"Masa ni jugak lah kau nak habis bateri! Haish…" rungut lelaki itu dengan nada geram sambil menggoncang telefon.

Atiha menghampiri suaminya perlahan, langkahnya pendek-pendek kerana kedinginan malam mula menggigit kulit. Tangannya menggenggam erat lengan baju nipisnya.

"Abang, okay ke?" soalnya lembut, risau. Ini pengalaman pertama mereka sebagai suami isteri.

Dan malam pertama mereka secara teknikal bermula bukan di katil hotel mewah, tapi di tepi jalan sunyi.

Azhar berpaling, wajahnya sedikit lembut bila melihat Atiha. Tanpa kata, dia menarik isterinya ke dalam pelukan hangat. Bibirnya singgah lembut di ubun-ubun kepala isterinya, seperti ingin menenangkan dirinya sendiri.

"Tak okay sayang… kereta rosak, bateri pun habis. Tengah malam pulak ni. Tapi abang janji, kita akan okay."

Atiha menatap suaminya dengan mata penuh percaya.

“Kita cari hotel terdekat jelah, ye abang? Dah lewat sangat ni…”

Azhar mengangguk.

"Boleh… tapi kita kena tunggu teksi. Abang tak tahu kawasan ni, risau juga kalau kita jalan kaki tengah-tengah malam macam ni."

Atiha mengangguk perlahan. Dia tidak biasa dengan situasi begini, tapi kehadiran Azhar memberinya rasa selamat. Dia melingkar tangan ke pinggang suaminya, memeluknya dengan erat.

Azhar membalas pelukan itu. Wajahnya merendah sedikit, dan bibirnya singgah ke bibir Atiha dengan ciuman yang tenang namun penuh makna.

Tiada ragu-ragu. Tiada dosa. Mereka sudah sah pagi tadi di sebuah masjid kecil di Thailand. Sebuah permulaan baru, jauh dari pengetahuan sesiapa.

“Abang, sayang sejuk… dah pukul satu pagi ni,” bisik Atiha perlahan, nadanya menggigil.

“Abang pun sejuk, sayang…” jawab Azhar sambil menggosok-gosok bahu isterinya, cuba memberikan sedikit kehangatan.

Kemudian, dia sempat mengenyitkan mata, nakal.

“Tapi tulah… kalau ada selimut abang... lagi best…”

Atiha menolak dada suaminya dengan manja.

“Ish, abang ni… gatal! Orang dengar nanti. Hihihi.” katanya sambil tertawa kecil. Namun, dia juga tak mampu menahan senyum malu.

Azhar ketawa kecil, lalu memeluk isterinya lebih erat, seolah-olah ingin melindungi Atiha daripada dunia luar yang gelap dan sejuk. Dalam sepi malam itu, hanya ada mereka berdua.

Di jalan yang sunyi, cinta mereka bermula dengan sederhana tapi nyata.

Angin malam kian menggigit. Atiha Najwa menurunkan langkah perlahan sambil memeluk tubuhnya yang kesejukan. Di tangannya tergenggam erat beg plastik berisi pakaian dan makanan ringan yang mereka beli tadi dari pusat beli-belah di bandar kecil Thailand itu.

Sedangkan Tuan Azhar, suaminya yang baru dinikahi pagi tadi, menggalas dua bagasi kecil penuh dengan pakaian mereka.

Malang tidak berbau.

Kereta sewa mereka mati enjin tidak jauh dari lebuh raya utama, dan lebih menyakitkan, telefon bimbit Azhar pula kehabisan bateri. Dalam kelam malam dan lorong asing itu, hanya bintang-bintang menjadi saksi perjalanan awal rumah tangga mereka.

"Abang, sayang okey lagi..." suara Atiha perlahan.

Tumit empat inci yang dipakainya mula menekan kulit kakinya hingga terasa perit. Setiap langkah menjerit meminta belas.

Azhar menoleh. Wajah isterinya sudah merah, entah kerana lelah, malu atau sakit, dia tidak pasti. Tapi dia tahu satu Atiha cuba bertahan.

“Sayang, abang dah cakap… tunggu je teksi. Degil sangat…” tegur Azhar lembut, tetapi terselit senyum kecil di hujung bibirnya melihat rengekan comel isterinya itu.

“Kalau kita tunggu, kita tak tahu bila teksi lalu, abang… kita tak ada masa nak duduk termenung tepi jalan. Sayang dah sejuk. Dah lapar. Dah penat...” rengeknya sambil menghentak tumit kasut ke tanah.

Azhar menggeleng perlahan.

“Sayang ni macam budak-budak pulak…” Dia terus melangkah mendekati Atiha dan membuka kasut yang dipakai wanita itu tanpa meminta izin.

"Abang!" Atiha terkejut, pipinya makin merah.

"Kaki sayang dah melecet. Kita jalan jauh lagi. Pakai kasut ni takkan membantu, lagipun abang ada bawa selipar dalam beg ni. Tadi beli kat Watsons kan?"

Azhar mengeluarkan sepasang selipar yang sudah hampir dilupakan dari beg plastik dan melutut untuk memakaikannya kepada Atiha.

Atiha terkedu. Ini kali pertama seseorang melakukannya untuknya lebih-lebih lagi seorang lelaki. Dan lelaki itu kini suaminya.

"Terima kasih, abang..." bisik Atiha perlahan, hampir malu sendiri.

Mereka terus melangkah. Hanya derapan kaki dan suara cengkerik menemani. Hampir sejam berjalan, kaki Atiha yang mula melecet tadi kini sedikit lega, walau tubuhnya semakin lelah.

Akhirnya, di seberang jalan besar yang sunyi dan sedikit suram itu, mereka terlihat cahaya samar dari sebuah bangunan dua tingkat dengan papan tanda berlampu malap

"Mekda Hotel & Inn"

Mungkin bukan hotel mewah. Tapi bagi mereka yang sedang kesejukan, lapar dan penat ia kelihatan seperti istana.

"Jom sayang, kita lintas ke sana," kata Azhar, menggenggam tangan isterinya erat.

Mereka menyeberangi jalan besar itu dengan langkah cepat, tetapi hati-hati. Jalan itu tidak bertar dan hanya diterangi cahaya lampu jalan yang berkelip-kelip seperti kehabisan tenaga.

Sebaik tiba di hadapan hotel, Atiha mengangkat wajah. Wajahnya separuh teruja, separuh ragu.

"Abang… hotel ni nampak… macam dalam filem seram,” katanya sambil memeluk lengan suaminya erat-erat.

Azhar tertawa perlahan.

“Abang ada, sayang. Kalau ada hantu pun abang halau guna doa je.”

Atiha tersengih.

“Sayang nak bilik ada aircond, ada katil besar, ada selimut tebal… dan… dan... kalau boleh, ada sabun wangi. Boleh tak?”

Azhar mengangkat kening.

“Sayang ni banyak pula ‘nak’ dia malam ni. Baru sehari jadi isteri, dah mula tunjuk belang.”

“Eh! Mana ada tunjuk belang! Sayang cuma… merengek sikit je…” jawab Atiha sambil tersengih nakal.

“Lagipun, tak salah kan isteri merengek dengan suami?”

Azhar menarik Atiha ke dalam pelukannya.

“Tak salah sayang. Malah abang suka… kalau merengek macam ni selalu…”

Wajah Atiha makin merah.

Mereka melangkah masuk ke dalam hotel dengan hati yang sedikit lega. Pintu kaca yang berderit dan lantai simen yang sejuk menyambut mereka.

Seorang wanita tua berwajah ramah menyambut mereka di kaunter, bercakap dalam Bahasa Thai, namun mereka berjaya berkomunikasi dengan campuran bahasa Inggeris dan isyarat.

Azhar mendapatkan kunci bilik selepas membuat bayaran. Mereka menaiki tangga ke tingkat satu, kemudian masuk ke dalam bilik sederhana yang hanya dilengkapi katil queen-size, satu kipas siling yang berputar perlahan, dan penghawa dingin lama yang mengeluarkan bunyi berdengung.

“Tak ada sabun wangi,” komen Atiha dengan muncung kecil sambil memeriksa bilik mandi.

“Tapi bilik ni… boleh tahan jugak.”

Azhar membuka bagasinya dan mengeluarkan tuala kecil serta set mandian yang mereka beli tadi.

“Sebab tu abang beli ini. Tak perlu sabun hotel.” Dia mengangkat botol sabun kecil berbau lavender.

Atiha tersengih, kemudian duduk di atas katil sambil menarik selimut menutup tubuhnya yang sejuk.

Azhar menyandar di dinding, memerhati Atiha dalam diam. Hati lelakinya tersentuh melihat wanita itu masih ayu walau sudah kepenatan. Wanita yang kini menjadi suri dalam hidupnya.

“Sayang…” Azhar mendekat.

“Hm?”

“Terima kasih sebab sabar. Abang tahu malam ni susah… tapi abang janji… lepas ni, abang akan jaga sayang sebaik mungkin.”

Atiha menatap mata suaminya dalam-dalam.

“Sayang tak pernah rasa disayangi macam ni. Walaupun penat, sakit kaki, tapi… sayang rasa selamat.”

Azhar menarik Atiha ke dalam pelukan, membiarkan wajahnya tenggelam dalam rambut panjang isterinya yang wangi. Mereka duduk begitu beberapa lama.

Tanpa suara. Tanpa gangguan. Hanya bunyi kipas dan hembusan penghawa dingin menemani malam pertama mereka di bilik kecil yang sunyi.

Namun, dalam bilik sederhana itu… dua hati mula menyatu. Bukan kerana mewahnya tempat, tetapi kerana hadirnya cinta… yang ikhlas dan benar.

Malam pertama penuh cabaran

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience