BAB 27

Mystery Series 6391

"Terima kasih sebab dah tolong saya."

Zuhair terjaga. Matanya kembali ditutup. Keluhan kecil keluar dari mulutnya. "Apa dah jadi dekat dia eh? Dah lama aku tak jumpa dengan dia." Zuhair bangun dari pembaringannya. Jam menunjukkan pukul 6 setengah pagi. Dah masuk waktu. Dia berjalan masuk ke dalam bilik mandi.

--

Jantung berdegup kencang. Zuhair menatap lama pintu rumah yang sudah lama tidak dia kunjungi itu. Entah kenapa rasa gugup itu muncul secara tiba-tiba. Dia memulakan langkah. Pintu diketuk sebanyak tiga kali kemudian mulutnya mengeluarkan kata, "Assalamulaikum!"

1 detik...2 detik...3 detik...

Tiada balasan. Rasa putus asa menyelinap masuk ke dalam dirinya. "Aku datang lain kali lah kalau macam ni." Gumam nya perlahan. Kaki ingin melangkah pergi dari situ tetapi saat mendengar bunyi pintu dibuka, Zuhair terus menghentikan langkahnya itu.

"Ye?"

Seorang lelaki muncul dari balik pintu itu. Zuhair terpaku. Dari atas sampai ke bawah dia melihat lelaki itu. "Akif ke?" Soalnya ingin tahu. Lelaki itu mengangguk dengan dahi yang berkerut.

"Siapa eh?" Soal Akif saat melihat Zuhair datang mendekat ke arahnya. Zuhair tersenyum lebar. Dia tanpa sedar memeluk tubuh Akif erat. "Dah lama tak jumpa kau! Dah besar rupanya kau ni eh." Ucapnya dengan senyuman yang masih tidak hilang.

Akif meronta meminta dilepaskan. Badan Zuhair ditolaknya kasar. "Kau siapa nak peluk aku ni? Sorry, aku bukan gay." Zuhair ketawa kecil. Dia menepuk bahu Akif. "Ni aku lah. Takkan kau tak kenal kot." Akif mengangkat satu keningnya ke atas. Kepala yang tidak gatal digaru.

"Aku tahu aku famous, tapi sejak bila pula aku ada peminat lelaki?" Akif bergumam sendirian. Dia memandang Zuhair dari atas sampailah ke bawah. Zuhair mengeluh perlahan. Dia mengetuk kepala Akif kemudian memeluk tubuhnya.

"Aku Zuhair. Tak ingat aku ke?"

Akif terdiam sejenak. Dia masih ligat memikirkan siapa sebenarnya lelaki yang berada di hadapannya itu. "Arhh! Malas aku nak ingat kau. Kau penting sangat ke sampai aku kena ingat kau?" Akif memegang kepalanya. Naik pening bila kena ingat sesuatu yang memang pasti dia dah lupa.

"Tak payah ingat. Aku nak jumpa dengan Tania. Kakak kau ada tak?" Akif tersentak. Laju dia menolak kasar tubuh Zuhair. "Kau siapa? Macam mana kau boleh kenal kakak aku?" Akif berwaspada. Dia menghalang Zuhair daripada melihat ke dalam rumahnya.

Zuhair malas melayan. Dia menolak badan Akif kemudian masuk ke dalam rumah itu. "Tania!" Nama Tania dipanggil kuat. Akif yang melihat, tidak berdiam diri. Dia meluru ke arah Zuhair kemudian menghadiahkan satu tumbukan di pipi Zuhair.

"Aku dah hilang sabar dengan kau. Jangan ganggu kakak aku lah, sial!" Akif menarik kolar baju Zuhair membuatkan lelaki itu terbangun. "Woi, rilekslah. Aku bukannya orang jahat. Aku abang kesayangan kau tahu tak?" Akif melepaskan kolar baju Zuhair.

"Kau lelaki yang kak Nia selalu cerita tu kan?" Zuhair mengangkat satu keningnya ke atas. Tania selalu menceritakan tentang dia kepada Akif? "Aku tak tahu tentang tu. Yang pasti, aku pernah jumpa dengan kau waktu kau kecil dulu."

--

Tania memanggang erat buku yang berada di tangannya itu. Balik nanti memang dia akan baca buku tu sampai ke malam. Senyuman tidak lekang dari bibirnya.

Kaki sudah berada di hadapan pintu rumah. Pintu yang sedikit terbuka itu membuatkan Tania merasa aneh. Tadi dia keluar tak tutup pintu ke?

"Aku tak tahu tentang tu. Yang pasti, aku pernah jumpa dengan kau waktu kau kecil dulu."

Tania mengerutkan dahinya pelik. Siapa pula yang tengah sembang dengan Akif sekarang ni? Sejak bila Akif ada kawan? Tania menatap lama pintu rumahnya itu. Arhh! Lantaklah. Dia nak masuk lepastu baca buku yang dia beli tadi.

Ketukan diberi sesaat sebelum dia masuk ke dalam rumah.

"Kak Nia!"

Tania mengangkat wajahnya memandang ke arah suara yang memanggil tadi. Belum sempat dia menegur, satu bantal tepat mengena wajahnya. Tania terjatuh. Tak lama selepas dia jatuh, Tania melihat ke arah perutnya memastikan kandungannya selamat.

"Akif!"

Jeritnya kuat. Dia menatap tajam wajah adik lelakinya itu. Akif tidak berdiam diri. Dia menyorok di belakang badan Zuhair. "Tolong adikmu ini abang!" Akif memohon. Dia betul-betul rasa yang dia akan mati sekejap je lagi.

"Zuhair?"

Tania memandang wajah Zuhair. Lelaki itu tersenyum dengan satu tangan diangkat ke atas. "Apa khabar?" Soalnya. Tania mengeluh perlahan. Dia menghulurkan tangannya meminta Akif supaya mengangkatnya. Akif tanpa membuang masa terus mengangkat badan kakaknya itu.

"Tak baik. Saya baru je jatuh tadi. Kesian anak umi ni kan." Zuhair tersentak. Dia memandang Tania yang sedang mengusap lembut perutnya itu.

hi semua. Dalam dua minggu ni kalau saya tak update maksudnya saya tengah fokus nak periksa ye. doakan saya yang, guys

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience