BAB 7

Mystery Series 6391

"Kau kena tolong aku lagi, Haikal." Haikal yang baru sahaja mahu menyuap sesudu nasi ke dalam mulutnya terus terhenti. Wajah Khairi dipandang malas. "Kau tak nampak ke yang aku tengah makan?" Khairi hanya memandang dengan pandangan tidak bersalah. Wajah Haikal ditatapnya lama.

"Yelah. Dah! pergi sana jauh-jauh. Jangan kacau aku. shuh!" Khairi mengukirkan senyuman manis buat Haikal. "Ni baru kawan aku. Nanti kau ajak kawan Irene tu pergi makan. Aku nak ajak Irene keluar." Haikal memandang Khairi terkejut. "Wei! Kalau benda tu aku tak nak. Malu, sial!" Haikal menolak pantas.

"Tak ada malu-malu. Kau kena juga tolong aku. Boleh apa kau ambil kawan Irene tu jadi bini kau. Kau pun dah tua. Memang dah patut kahwin pun." Haikal menjeling tajam Khairi. Dia melihat ke arah makanan yang terhidang di atas mejanya itu. Hilang terus selera dia nak makan.

"Iyelah! Kau sengaja betul ingatkan aku kan? Eh! Aku muda lagi tau. Baru nak masuk 25." Khairi tidak membalas kata-kata Haikal tadi. Dia menepuk-nepuk bahu Haikal kemudian pergi meninggalkan rakan baiknya itu sendirian.

Haikal mengeluh perlahan. Dia kembali melihat ke arah makanan yang terhidang tadi. "Ahh! Makan je lah!" Laju je dia menyuap masuk nasi ke dalam mulutnya.

--

"Khairi ajak aku keluar!" Qistina memandang datar ke arah Irene. Tiada reaksi diwajahnya seperti biasa. Irene tersenyum lebar kemudian menarik kerusi supaya dapat duduk dihadapan Qistina. "Abang comel kau tu tak ajak keluar?" Soal Irene ingin tahu. Qistina mengangkat kepalanya memandang wajah Irene. Wajahnya terasa panas dan mula merona merah. Dia mengangguk perlahan.

"Dia ajak!?" Lagi sekali Qistina menganggukkan kepalanya. Wajahnya habis merah menahan malu. Irene ketawa kecil. Meja dipukul kuat. "Wah! Dah pandai eh kawan aku sekarang ni." Qistina tidak menjawab. Dia sambung membaca buku yang dibawa olehnya dari rumah tadi. Rasa malu masih tidak hilang dari dirinya.

Irene melihat sahaja rakannya itu sambil tersenyum kecil. Wajah Khairi tiba-tiba menyelinap masuk ke dalam mindanya. "Aku rasa kan, aku betul-betul dah jatuh cinta." Qistina tersentak. Tangan Irene dipegang kuat. "Jangan." Ucapnya sepatah. Irene terkejut. Dia melihat ke arah anak mata Qistina.

"Kenapa ni?" Qistina menggelengkan kepalanya. Dia sambung membaca bukunya. Wajahnya yang tadi terlihat cemas tiba-tiba berubah menjadi datar semula. Irene mengerutkan dahinya kemudian kembali memandang ke arah Qistina. Kenapa ni?

--

Haikal memandang jam di pergelangan tangannya sekilas. "Awak nak tunggu siapa ni?" Soalnya kepada Qistina yang sedang menahannya dari pergi. Wajah gadis berusia 17 tahun itu dipandangnya lembut. Qistina memandang ke arahnya. "Irene." Jawabnya sepatah. Haikal hanya mengangguk. Dia kembali menyandarkan badannya ke dinding.

"Qis!"

Qistina memandang ke arah Irene yang sedang melambai ke arahnya itu. Dia membalas lambaian dengan wajah datarnya. Haikal melihat ke arah Irene. Senyuman diberi kepada gadis itu.

"Dah lama tunggu?" Soal Irene kepada mereka berdua. Qistina menggeleng manakala Haikal menganggukkan kepalanya.

"Lama lah juga."

"Tak."

Jawab mereka serentak. Qistina memandang ke arah Haikal membuatkan lelaki itu terdiam. "Eh! Tak lama mana pun. Setengah jam dekat sejam jugalah." Irene tersenyum kekok. "Ma-maaf." Haikal hanya tersenyum dan tidak menjawab.

"Jom lah kita pergi!" Irene dengan ceria mengajak. Haikal mengerutkan keningnya. "Pergi mana?" Irene tersenyum kemudian menjawab, "Qistina ajak makan sekali. Khairi pun dah tunggu dekat sana." Haikal tersentak. Serentak kakinya terhenti. "Khai-Khairi?" Irene mengangguk.

"Err, Qistina. Awak nak pergi sana ke?" Qistina menganggukkan kepalanya laju. Wajah Haikal dipandangnya pelik. Haikal mengukirkan senyuman kemudian menggeleng perlahan. "Ta-tak ada apa lah. Jom." Dia sambung berjalan.

--

Khairi memandang tajam ke arah Haikal. Dari tadi dia langsung tidak melepaskan pandangannya dari rakan baiknya itu. "Kau buat apa dekat sini?" Haikal mengangkat kepalanya laju. Dia memandang Khairi kemudian tersengih. "Qis ajak aku datang sini. Nak teman Irene katanya." Khairi hanya mengangguk tetapi anggukan itu membuatkan Haikal meremang satu badan.

"Dah. Jangan buat muka macam aku ni bapak tiri kau. Nanti kat rumah kau kita bincang benda ni naik bot." Haikal tidak menjawab. Dia mengambil tisu yang berada di atas meja kemudian mengelap peluhnya yang mula mengalir di pipinya.

Khairi memandang ke arah Irene dan juga Qistina yang datang membawa makanan untuk mereka. "Dah selesai?" Soal Khairi kepada Irene. Irene menganggukkan kepalanya. Senyuman. Dihadiahkan buat Khairi.

Haikal yang melihat mula membuat muka hodohnya. "Dengan dia bukan main lembut kaukan." Khairi menjeling tajam Haikal. Haikal tersengih kemudian menyuruh Qistina duduk dihadapannya. Irene mengambil tempat di sebelah Qistina.

--

Faris memukul kuat meja kerjanya. Wajahnya merona merah menahan marah. "Sial kau, Khairi. Jangan kacau adik aku!" Dia mencampak gambar-gambar yang dipegangnya ke atas meja.

"Aku nak korang ikut dia. Jangan bagi dia lari dari kita. Pastikan korang dapat bukti kejahatan dia. Faham!?" Faris memandang ke arah anak buahnya. Mereka mengangguk menandakan yang mereka faham. Faris menyerabutkan kepalanya. "Dah keluar!" Faris mengarah. Mereka terus keluar tanpa membantah.

Faris bangun dari kerusinya. Dia cepat-cepat mengambil kunci kereta kemudian keluar dari bilik kerjanya itu. Kaki dilangkah pergi ke tempat parking kereta. Pintu kereta dibuka kemudian dia masuk ke dalam kereta.

--

Irene tersenyum melihat Khairi yang sedang makan itu. Haikal yang melihat memandang jijik me arah mereka. "Dah lah tu. Nak muntah aku tengok." Khairi dan Irene menjeling tajam ke arah Haikal membuatkan lelaki itu menutup rapat mulutnya.

Dia memandang ke arah Qistina yang sedang memakan makanannya. Senyuman kecil terukir dibibirnya. Khairi yang melihat tersenyum sinis.

"Dah lah tu. Nak muntah aku tengok." Dia mengulang kata-kata Haikal tadi. Haikal memandang tajam ke arah Khairi. Qistina yang tidak sedar apa yang jadi memandang pelik ke arah Haikal. "Kenapa?" Soalnya kepada Haikal. Haikal tersenyum kemudian menggelengkan kepalanya.

"Tak adalah. Ada yang jealous tengok kita." Irene ketawa kecil, tanpa sedar yang ada ada seseorang sedang mendekati dirinya.

"Nur Irene Amanda binti Aziz!"

Irene tersentak. Dia memandang ke arah lelaki yang memanggil nama penuhnya tadi. "Abang!" Jeritnya kuat. Nasib baik di dalam kedai tidak bergitu ramai orang yang melihat. Faris melangkah ke arah Irene. Wajahnya sudah merah menahan marah.

"Kau buat apa dekat sini?" Soalnya kemudian memandang ke arah Khairi. "Rileks, bro. Jangan buat bising dekat sini." Haikal mula mencelah. Dia menahan Faris yang cuba menarik Irene ke arahnya. Faris terhenti. Dia mendengus kasar kemudian mengambil nafas dalam-dalam. Nafas dihembus kemudian dia memandang kembali ke arah Irene.

"Berapa kali aku nak pesan dekat kau? Jangan dekat dengan dia. Tolonglah, Irene." Irene menundukkan kepalanya. Wajah Faris takut hendak dipandang olehnya. Faris mengeluh perlahan. Dia memandang ke arah Qistina yang dari tadi berdiam diri.

"Kan abang dah suruh tolong tengokkan Irene. Kenapa kamu tak tengok dia?" Qistina juga turut sama menunduk. Haikal yang melihat terus menarik Qistina supaya mendekat ke arahnya. "Kita bincang lain kali, bro. Jangan buat masalah dekat sini." Ucapnya cuba menenangkan suasana hari Faris. Khairi yang melihat hanya tersenyum sinis.

Faris mengeluh perlahan. Dia memandang ke arah Irene kemudian menarik Irene mendekat ke arahnya. "Jom balik. Biar abang hantar kamu, Qistina." Qistina mengangguk kemudian berjalan ke arah Faris. Haikal melihat dengan pandangan kasihan ke arah mereka berdua manakala Khairi hanya berdiam tidak bersuara.

Hi semua. terima kasih sebab sudi baca novel saya ni. Maaf ye kalau ada kekurangan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience