"Sedih ke, bro? Bukan ke kau tak suka ibu. Aku buat benda yang patut kau buat lama dulu. Kalau kau tanya Qris pun mesti dia setuju dengan aku. Kan?"
Mika terjaga dari tidurnya. Peluh mengalir tanpa dipinta.
'Mimpi buruk ke, bro?'
Suara Qristine bergemar di dalam kepalanya. Hampir saja Mika mengetuk kepalanya itu. Bising pula perempuan ni pagi-pagi. Mika turun dari katil. Dia berjalan menuju ke arah cermin besar yang memang diletakkan di situ untuk kemudahan dia berbicara dengan Qristine.
"Aku mimpi kejadian tu. Waktu aku bunuh ibu dengan tangan aku sendiri.." Ujar Mika berterus terang.
'Ouh yang waktu tu? Macam mana kau boleh bunuh ibu eh?' Soal Qristine ingin tahu. Dia memeluk tubuh menanti jawapan dari Mika. Mika menggeleng perlahan. "Aku tak ingat." Jawab Mika.
--
Pintu dibuka perlahan-lahan oleh Mika. Dia berjalan menuju ke arah katil ibu. Wajah pucat wanita itu ditatap olehnya lembut.
'Bunuh dia..'
"Arghh!"
Mika mengerang kesakitan. Dia terduduk dengan peluh yang mula mengalir membasahi wajahnya.
'Bunuh dia, Mika.'
Lagi sekali suara itu bersuara. Mika muka merasa pening. Kepalanya bagaikan dipukul kuat dari belakang. "Arhhhh!" Lagi sekali Mika menjerit kesakitan. Dia mengetuk-ngetuk kepalanya yang mula terasa sakit. Suara lelaki itu menghantui dirinya.
'Aku suruh kau bunuh dia! Kau pekak ke?'
"Diamlah, bodoh! Sakit kepala aku, sial!" Mika mengetuk-ngetuk kepalanya. Dia ingin membuat suara itu menghilang dari dalam kepalanya.
'Ni aku lah, bro. Adik kesayangan kau, Jonathan. Kalau kau tak boleh nak bunuh dia, aku yang akan bunuh.'
Mika tersentak. Jantungnya berdegup kencang. Suara Jonathan makin bising di dalam kepalanya. Dia sungguh tidak mampu menahan rasa sakit akibat menahan Jonathan daripada keluar dari dirinya.
--
"huu, selesai!"
Jonathan tersenyum ceria. Dia melihat mayat ibu yang berada di hadapan matanya itu. "Mati pun kau, sial. Penat aku tunggu." Jonathan menyentuh wajah ibu. Dia tersenyum.
"Ingat nama anak kesayangan kau, Mika Jonathan." Jonathan ketawa kecil. Sungguh dia senang melihat wajah ibu yang sudah mati itu.
"Kerja dah beres. Sekarang time makan!" Ujar Jonathan riang. Dia menyanyi perlahan kemudian berjalan keluar dari bilik itu.
Sampai saja di tempat parking, dia berjalan mencari-cari kelibat kereta milik Mika. "Mana eh?" Soalnya kepada diri sendiri. Kini Mika sedang terlena tidur di dalam dirinya. Nampak sangat tengah penat.
Jonathan masih mencari-cari kereta milik Mika. Dia berjalan dari mula sampai akhir. Masih tidak dijumpai kereta Mika itu. "Mana sial kereta kau ni? Cuba tulis nama kat atas kereta. Tak payahlah aku susah-susah cari, haihhh." Jonathan mengeluh perlahan. Dia memandang ke arah kunci kereta yang dipegang olehnya.
"Ahaaa! Ingat dah!"
Dia menekan butang yang ada pada kunci kereta itu. Bunyi kereta seperti sudah di buka kedengaran. Jonathan tersenyum bangga. "Bijak juga kau ni, Jonat!" Ujar Jonathan sambil bernyanyi perlahan.
--
'Oit! Kau termenung sampai mana dah? Tak nak ajak aku sekali ke?'
Mika tersentak. Dia memandang ke arah cermin besar di hadapannya itu kemudian menggeleng perlahan. "Aku keluar dulu." Ujar Mika sebelum tergesa-gesa keluar dari bilik tersebut. Qristine mendengus kasar. Dia memeluk tubuhnya.
'Tak ada masa untuk kawan lah kau ni. Ish!' Suara Qristine mula menghilang dari pendengarannya. Mika mengeluh perlahan. Dia dah ingat.
"Mika Jonathan.." bisik Mika perlahan. Dia berjalan menuruni tangga kemudian menuju ke arah dapur.
"Oi!" Panggil Mika. Dia melihat ke arah Haikal yang sedang elok berbual dengan Qistina. Walaupun wanita itu tidak membalasnya.
Haikal yang sedar dia dipanggil, terus beralih memandang ke arah Mika. Dia mengangkat satu keningnya ke atas menandakan 'apa?' kepada Mika.
"Sekejap tau, wak. Saya pergi dekat Mika dulu. Awak main lah sorang-sorang tau. Nanti saya datang balik.." Haikal mengucup dahi Qistina kemudian mencium pipi Ophelia yang berada bersama dengan Qistina itu. Dia berjalan pergi meninggalkan isteri dan juga anaknya bersendirian.
"Kau nak apa?" Soal Haikal perlahan. Dia tidak mahu Qistina mendengar perbualan mereka.
"Mika Jonathan." Bisik Mika.
Haikal mengerutkan dahinya. "Nama kau ke?" Mika menggeleng perlahan. Dia menunjuk ke arah dirinya. "Diri aku yang satu lagi. Aku tak boleh nak kawal dia.." jawab Mika kepada Haikal. Haikal yang mendengar terus membeliakkan matanya.
"Kau ada berapa persanoliti sebenarnya ni?" Mika mengangkat bahunya ke atas menandakan yang dia tidak tahu. "Yang pasti sekarang ni adalah Jonathan lebih kuat dari sesiapa pun.."
Share this novel