Haikal terjaga dari lenanya. Tekak tiba-tiba terasa kering. Dia bangun dari katil kemudian berjalan ke arah pintu. Tombol pintu dipulas kemudian dia keluar dari biliknya.
"Waktu macam ni lah nak rasa dahaga pun." Haikal meneguk air liurnya kasar. Dia melihat ke arah dapur yang gelap di hadapannya itu. Tangan meraba-raba mencari keberadaan suis lampu.
Tik!
Lampu terbuka membuatkan Haikal menghela nafas lega. Dia berjalan pergi ke arah peti ais untuk mengambil air. Selepas sahaja dia selesai meminum air, Haikal menutup kembali pintu peti air tersebut.
Dia berundur kebelakang untuk memusingkan badannya. Saat dia memusingkan badannya, Haikal terkaku. Matanya terbeliak besar melihat sosok yang berada tidak jauh darinya itu.
"Fa-faris!"
Dia terjerit kecil. Tanpa berfikir panjang, Haikal terus berlari pergi ke arah sosok yang tergantung elok di atas meja. Sosok yang sudah tidak bernyawa itu diturunkan olehnya. "Faris. Apa dah jadi dengan kau ni? Siapa yang buat kau sampai macam ni sekali?" Haikal mula tidak keruan. Dia menjerit seperti orang tidak tentu arah.
Semua yang berada di dalam rumah terjaga akibat jeritan kuat Haikal tadi. Irene turun kebawah selepas siap dia mengenakan tudungnya. "Kenapa ni?" Soalnya ingin tahu. Saat kakinya melangkah masuk ke dalam dapur, jantungnya bagai terhenti seketika. Laju dia berlari pergi ke arah Faris yang berada di dalam pelukan Haikal itu.
"Abang! Apa dah jadi ni?" Dia melihat ke arah Haikal. Haikal yang perasan dengan pandangan mata Irene terus menggelengkan kepalanya memberi jawapan. "Aku tak tahu. Aku jumpa dia tergantung dekat atas tu." Dia menunjuk ke arah meja yang berada di hadapannya itu.
Khairi yang baru sahaja sampai terus menutup matanya saat melihat Faris yang seperti hendak tercabut kepalanya dari badan. "Astaghfirullahalazim.." Khairi menghela nafas berat. Dia berjalan ke arah Haikal kemudian menyuruh lelaki itu untuk menjauhkan diri daripada Faris.
"Aku nak kau call polis. Kau pula pergi call ambulans, Zuhair." Zuhair mengangguk tanpa bantahan. Haikal yang mendengar terus bangun kemudian pergi ke luar untuk menelefon polis.
Qistina melangkah ke arah Irene. Badan wanita itu diangkatnya perlahan. Kaki Irene terasa lemah. Khairi yang melihat tubuh Faris terus pergi mengambil kain untuk menutup mayat lelaki itu.
--
Ayah melihat situasi yang terjadi di vila nya sekarang ini. Suasana menjadi riuh dan banyak orang berjalan ke sana ke mari untuk menyelesaikan masalah yang terjadi.
Dia memandang ke arah Irene yang sedang menunduk di atas kerusi. Kakinya melangkah ke arah Irene kemudian melabuhkan punggungnya ke atas kerusi tersebut. "Kamu kena rehatkan diri kamu. Banyak berdoa untuk abang kamu tu " Irene tidak menjawab. Dia masih menundukkan kepalanya.
Ayah mengeluh perlahan. Dia bangkit dari duduknya kemudian berjalan pergi ke arah Khairi yang sedang berbual dengan polis. "Macam mana?" Soalnya sesaat selepas Khairi habis berbual. Khairi memandang datar ke arah ayah. "Mungkin akan lama sikit benda ni nak selesai." Ayah mengangguk perlahan. Dia memandang ke arah Khairi kemudian menepuk bahu anaknya itu perlahan. "Kamu pergilah berehat dulu
Biar ayah yang selesaikan yang lain."
Khairi tidak menjawab dan hanya berjalan pergi meninggalkan ayah sendirian.
--
Sudah seminggu sejak kematian Faris. Khairi melihat ke arah Irene yang masih berdiam diri tidak langsung berbicara. Keluhan kecil keluar dari mulutnya. "Awak tak boleh macam ni, Irene." Khairi menatap anak mata wanita itu.
--
Sudah seminggu sejak kematian Faris dan Irene masih lagi tidak menunjukkan sebarang reaksi pada wajahnya. Khairi yang setia berada di sisi Irene hanya mampu melihat sahaja wanita itu mengalami kesukaran tanpa Faris.
"Patutnya saya tak marah dekat abang waktu tu." Irene mula membuka kata. Dia mengangkat mukanya untuk memandang ke arah Khairi. "Awak kena redha dengan kepergian dia. Mungkin dia stress dengan masalah kerja. Jangan salahkan diri awak. Awak tak salah, Irene." Khairi menunduk menyamakan tingginya dengan tinggi Irene.
Wajah wanita itu dipandang dengan senyuman lembut dibibir. "Awak kena kuat." Khairi memberi semangat. Irene yang mendengar hanya mengukir senyuman pahit dibibirnya. Dia tak begitu yakin yang Faris benar-benar membunuh diri. Itu mustahil bagi pandangan matanya.
"Saya akan cari siapa yang bunuh dia." Irene berkata dengan semangat. Khairi yang me dengar terus mengukirkan senyuman lebar. "Ni baru Irene yang saya tahu. Kita cari pembunuh tu sama-sama. Suspek utama sekarang ni adalah Haikal." Irene mengangguk mendengar tuduhan Khairi itu.
"Kita kena jumpa dia sekarang." Ucap Irene pula kemudian berjalan mendahului Khairi.
hii semua. Saya akhir-akhir ni tak boleh nak up bab hari-hari sebab sekolah dah mula. kalau ada masa saya up ye.
Share this novel