BAB 4

Mystery Series 6391

Irene membuka buku sekolahnya. Pagi hari yang agak suram hari ini. Entah kenapa dia merasa tiada mood hendak belajar. Apa yang cikgu cakap bagaikan masuk telinga kanan keluar telinga Kiri. Sesekali dia menguap dek kerana rasa mengantuk yang tidak dapat dibendung.

"Aku bosan lah, Qis. Nanti balik kita pergi cafe nak?" Tanya Irene kepada rakan baiknya, Qistina. Qistina hanya mengangguk. Dia masih fokus mendengar apa yang cikgu ajarkan di hadapan. Tangan sibuk mencatat.

Irene mengeluh perlahan. Lama lagi kelas mahu selesai. Dia memandang ke hadapan melihat apa yang cikgu tulis di papan putih. Dengan malas dia mengambil pen yang berada di dalam kotak pensil kemudian turut sama mencatat apa yang ditulis oleh cikgu.

--

"Kau nak buat apa datang sini?" Soal Haikal yang dengan wajah yang tertanya-tanya apa yang akan dilakukan oleh Khairi saat ini. Zuhair yang ada bersama hanya berdiam diri sahaja. Malas nak bercakap. Takut nanti kena marah pula.

Khairi tidak menjawab. Dia hanya menatap lama kafe yang berada di hadapannya dengan tatapan penuh rasa rindu. Dulu saat Aliya masih hidup, mereka selalu datang ke sini bersama. Wajah ceria Aliya membuatkan Khairi tersenyum kecil.

"Kau demam ke?" Soal Haikal kepada Khairi. Dia meletakkan belakang tangannya ke dahi Khairi. Zuhair mengeluh perlahan. Dia tidak berdiam sahaja di situ. Kaki sudah melangkah masuk ke dalam kafe itu. Haikal menarik kembali tangannya.

Wajah Khairi yang agak aneh di pandangan matanya membuatkan Haikal berlari masuk ke dalam. Takut pula lama-lama dengan Khairi. Entah apa yang merasuk rakan baiknya itu.

Sementara itu, Irene dan juga Qistina sibuk menikmati makanan yang mereka pesan. "Sekolah hari ni bosanlah. Kan?" Irene memandang ke arah Qistina. Gadis pendiam itu tidak langsung mendengarkannya. Irene mendengus kasar. "Qis.." panggil nya.

Qistina yang mendengar terus mengangkat kepalanya memandang ke arah Irene. Satu kening diangkat menandakan 'apa'. Irene mengeluh perlahan. "Bosanlah kau ni." Ucapnya kemudian terus menyuapkan kek coklat ke dalam mulut Qistina.

Qistina tidak memberi apa reaksi. Mulutnya sibuk mengunyah kek yang disuap oleh Irene tadi.

--

"Kau nak apa, bro?" Zuhair bertanya. Dari tadi mereka asyik melihat menu tetapi tiada sesiapa pun yang membuka mulut memberi pesanan. Haikal memandang ke arah Khairi menyuruh lelaki itu yang memberi pesanan terlebih dahulu.

"Aku tak nak apa-apa." Kata Khairi membuatkan mulut Haikal ternganga besar. "Buat apa kau datang kalau tak nak order apa-apa, sial." Khairi tidak menjawab. Wajahnya masih datar tidak memberi apa-apa reaksi.

Zuhair yang melihat hanya mampu menggelengkan kepalanya sahaja. Dia mula membuat pesanan meninggalkan kedua rakannya itu.

Khairi memandang ke sekeliling. Rindu akan suasana kafe saat dia pergi bersama dengan Aliya.

"Kau buat apa lagi kat situ? Jom duduk." Ajak Haikal sambil menarik lengan baju Khairi. Pandangan Khairi tidak lepas dari memandang meja yang pernah dia dan Aliya duduk. Ada dua gadis yang menempati meja itu.

'Aku nak keluar'

Khairi tersentak. Dia cepat-cepat menepis tangan Haikal yang memegang lengan bajunya itu. "Aku nak pergi tandas dulu." Ucap Khairi saat melihat wajah bingung Haikal. Haikal hanya mengangguk dengan wajah yang sudah berkerut.

Perlahan-lahan Khairi berjalan menuju ke arah tandas yang berada tidak jauh dari tempat dia berada. Pintu tandas dibuka kemudian dia terus masuk ke dalam. Nafas mula menjadi tidak teratur. Kepalanya mula terasa pusing. Beberapa saat kemudian, Khairi sudah rebah ke lantai.

--

"Oi, Haikal. Dua perempuan dekat sana nampak cun lah. Tak nak try ke?" Haikal memandang pelik ke arah Zuhair. Dia melihat ke arah tempat yang ditunjuk oleh Zuhair tadi. Tiba-tiba senyuman kecil terukir dibibirnya.

"Yang pendiam tu nampak comel lah. Aku cop dia dulu. Kau ambil, kau mati." Dengan lembut Haikal berkata. Senyuman masih terukir dibibir merahnya itu. "Iyelah. Bukannya aku nak dekat dia. Member dia yang kat depan tu cun melecun, bro.." Kata Zuhair pula dengan mata yang tidak habis memandang ke arah Irene.

Haikal hanya mengangguk setuju. Dia mula mencari-cari kelibat Khairi. Bahu Zuhair dicuit perlahan. "Khairi mana?" Soal Haikal kepada Zuhair. Dia tidak lepas memandang ke arah pintu tandas yang dari tadi tidak terbuka. Zuhair mengangkat kedua bahunya. "Kau last dengan dia kan?" Haikal mengangguk pantas. Dia bangkit dari kerusinya kemudian berjalan ke arah tandas.

Saat dia berada di depan pintu, belum sempat dia mahu mengetuk pintu itu sudahpun terbuka. Terkejut dia melihat Khairi yang membuka pintu. "Lama betul kau dalam tandas." Katanya. Tangannya kuat menepuk bahu Khairi. "Aku sakit perut " Jawab Khairi selamba. Kaki sudah melangkah pergi ke arah meja mereka.

Haikal mengangkat satu keningnya ke atas. Pelik melihat tingkah Khairi. "Tak pernah-pernah budak ni sakit perut. Silap makan ke semalam?" Soal Haikal kepada dirinya sendiri. Kaki turut sama melangkah ke arah Khairi dan juga Zuhair.

--

"Kau buat apa lama-lama dalam tandas tadi?" Soal Zuhair yang baru saja melihat Khairi sejak tadi. Haikal melabuhkan punggungnya ke atas kerusi. "Dia pergi tandas. Sakit perut katanya." Dia menjawab untuk Khairi. Pesanan yang sudah lama ditunggu akhirnya sampai. "Uhhh sedap ni.." Ucap Zuhair sebelum menyuapkan kek cheese ke dalam mulutnya. Haikal yang melihat mula menelan air liur kasar. "Nak sikit boleh?" Tanya nya.

"Tak boleh!" Jawab Zuhair pantas. Kek itu dijauhkan dari Haikal. "Kedekut betul kau ni." Zuhair mengerutkan keningnya. Dia menyuap kek itu buat kali ke dua. "Kau pun sama. Beli pizza tak ajak aku. Makan sorang-sorang pula tu. Ada hati nak kata aku kedekut." Zuhair mula mengungkit. Haikal yang mendengar hanya tersengih sahaja.

"Kau nak?" Tanya Zuhair saat melihat Khairi yang hanya berdiam diri sahaja dari tadi. Sesudu kek disuapkan ke dalam mulut rakan baiknya itu. "Aww, so sweet." Haikal mencubit perlahan pipi Zuhair. Wajahnya menunjukkan wajah meluat. Khairi yang disuap tadi hanya diam sambil mengunyah.

"Aku jumpa dah calon bini aku. Cun weh!" Beritahu Zuhair kepada Khairi. Tangannya sudah diangkat menunjuk ke arah dua gadis yang duduk di belakang mereka. "Oit! Senyap lah bodoh! Nanti diorang dengar macam mana?" Haikal mula memarahi Zuhair. Mulut lelaki itu dipukul kuat.

"Dah. Korang ni bising je. Aku nak tenangkan diri pun tak boleh!" Serentak Haikal dan juga Zuhair menutup mulut mereka. Wajah Khairi dipandang lama oleh mereka.

"Kau period ke?"

Pang!

Satu tamparan melekat tepat di pipi Zuhair. Senyuman manis dia ukir buat Khairi. "Lupakan apa yang aku tanya tadi." Ucapnya dengan senyuman dibibir. Haikal sudah penat menahan diri daripada ketawa.

--

"Jom lah kita balik. Dah nak masuk waktu ni." Qistina mengangguk perlahan. Dia bangkit dari duduknya tanpa sedar yang cawan mereka berada sipi-sipi di hujung meja.

Prang!

Cawan terjatuh membuatkan beberapa orang yang masih berada di dalam kafe itu serentak terdiam. Mata mereka serentak memandang tempat yang berbunyi tadi. Irene membeliakkan matanya. Nasib baik cawan itu tidak pecah.

Air tertumpah terus ke lantai. "Ma-maaf!" Ucap Irene pantas. Dia mengangkat cawan yang terjatuh itu. Tangan sibuk mencari kain untuk mengelap air yang tertumpah. "Kau ada kain?" Soal Irene. Qistina menggelengkan kepalanya. Wajah gadis itu tampak cemas.

"Biar aku tolong."

Suara dari belah belakang mereka membuatkan Irene terkejut. Hampir saja cawan yang berada di dalam tangan terlepas kembali. Dia memandang ke arah suara tadi. "Te-terima kasih." Ucap Irene tergagap. Dia bangun kemudian meletakkan cawan tersebut ke atas meja. Suasana kafe yang sunyi tadi kembali berbunyi. Pelayan yang baru sahaja sampai dengan kain menggantikan lelaki yang menolong mereka tadi.

"Kau okay?" Soal lelaki itu kepada Irene. Dia mengeluarkan sapu tangan dari dalam poket seluarnya. Sapu tangan itu diberi kepada Irene. "Okay. Terima kasih sebab tolong saya." Lelaki itu hanya menganggukkan kepalanya sahaja.

"Tak pernah-pernah aku nampak kau baik macam ni. Demam ke?" Lagi sekali Haikal meletakkan belakang tangannya ke dahi Khairi. Senyuman diukir buat Qistina yang berdiri dibelakang Irene.

"Err.. Cik berdua ni namanya apa?" Zuhair pula membuka bicara. Senyuman paling manis diukir buat dua gadis cantik itu. Irene memandang ke arah Qistina kemudian dia menjawab, " Saya Irene. Ni kawan saya Qistina." Qistina menunduk memperkenalkan dirinya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience