BAB 2

Mystery Series 6391

Khairi membuka perlahan-lahan matanya. Rasa sakit di belakang kepalanya membuatkan Khairi mengerang kesakitan.

"Arghh.."

Khairi mencuba untuk bangun. "Aku kat mana ni?" Soal Khairi kepada dirinya sendiri. "Encik Khairi.." Khairi tersentak. Rasa sakit di kepalanya makin menjadi-jadi. Seorang lelaki dalam usia 20-an melangkah ke arahnya dengan senyuman lembut terukir dibibirnya.

Dia tidak membalas senyuman itu. Sedaya upaya dia cuba untuk bangun dari baringnya. "Aliya mana? Bawa aku jumpa dia.." Soal Khairi kepada lelaki itu. Lelaki itu menarik kerusi yang berada di sebelah katil Khairi.

"Aku tanya ni. Aliya mana? Kakak kembar aku mana?" Khairi mula hilang sabar. Ingin saja dia mencekik lelaki yang berada di sebelahnya itu.

"Encik Khairi. Nama aku Faris. Maafkan aku tapi Aliya dah tak Ada. Dia meninggal ditempat kejadian." Faris menerangkan dengan tenang. Wajah pucat Khairi dipandang lama. "Apa kau mengarut ni, bodoh! Aku tanya..Aliya mana?" Khairi hilang sabar. Dia ingin menerkam Faris tetapi ada sesuatu yang menghalang.

"Apa ni, sial. Lepaskan aku, bodoh!" Faris menghembus perlahan nafasnya. "Kau suspek utama dalam pembunuhan Nur Aliya binti Hakimi. Aku tanya kau, Khairi. Apa yang jadi waktu tu?"

Khairi menggeleng laju. rasa sakit di belakang kepalanya mula terasa kembali. "Arghh.." Khairi mengerang kesakitan. wajah Faris mula menjadi kabur di pandangan matanya.

Sesaat kemudian suara Khairi sudah tidak kedengaran. Faris mendengus kasar. Dia bangun kemudian keluar dari bilik. Seorang doktor dipanggil olehnya untuk melihat keadaan Khairi.

--

Faris menunggu cukup lama diluar. Tetapi tiada respon dari doktor yang merawat Khairi. 'Apa yang lama sangat ni?' Faris bergumam sendirian. Lama dia menunggu kemudian pintu wad Khairi dibuka.

Faris bangkit dari duduknya. "Macam mana doktor?" Soal Faris pantas. Doktor wanita itu tersenyum lembut. "Awak ahli keluarga dia ke?" Tanya si doktor wanita kepada Faris. Faris menggeleng perlahan.

"Nama saya Faris. Dari balai polis berdekatan sini." Faris memperkenalkan dirinya. Doktor wanita itu mengangguk perlahan. "Saya doktor Aqilah. Saya cadangkan awak untuk tak kacau Khairi buat masa sekarang. Dia perlu banyak berehat."

Faris meraup wajahnya kasar. "Tak boleh macam tu doktor.." Doktor Aqilah mengukirkan senyuman buat Faris. "Jangan merumitkan lagi keadaan encik." Doktor Aqilah terus berjalan tanpa menghiraukan Faris.

--

Doktor Aqilah mengetuk pintu dari luar. tombol pintu dipulas kemudian dia membuka pintu itu. "Khairi.." Dia mengukirkan senyuman buat Khairi. Khairi mengangkat kepalanya memandang ke arah Doktor Aqilah. "Thanks." Doktor Aqilah mengangguk perlahan.

"No hal lah.."

--

SETAHUN KEMUDIAN

Khairi memandang ke arah jam dinding yang tergantung elok di dinding rumahnya. Tepat pukul 12 tengah malam. Sudah masanya untuk dia keluar dari rumah ini.

--

Kaki Khairi melangkah masuk ke dalam kelab malam yang menjadi rumah keduanya itu. Musik kuat sana sekali tidak menganggu nya sebaliknya membuatkan dia berasa tenang. Punggung dilabuhkan di atas sofa empuk yang menjadi tempat biasa dia duduk jika datang ke sini.

Sebotol arak di tuangkan ke dalam gelas kaca kemudian dia meminum air setan itu perlahan-lahan. Amat menikmati.

"Khairi! My lovely bro. Aku ada barang baik hari ni. Khairi meletakkan gelas yang dipengang nya tadi. Wajah Zuhair, lelaki yang menjadi rakannya itu ditatap lama.

Senyuman terukir dibibirnya. "Cun." Zuhair ketawa besar melihat senyuman lebar Khairi. "Perempuan baik punya. Baru masuk minggu lepas. Dia ni, aku jaga khas untuk kawan aku ni." Zuhair menepuk-nepuk bahu Khairi.

--

"Masuk..masuk. Dah siap, kau keluar je." Zuhair membuka pintu untuk Khairi. Gaya seperti seorang butler membuka pintu. Khairi mengangguk perlahan. Dia terus melangkah masuk ke dalam bilik tersebut.

"Enjoy your night, bro." Ujar Zuhair sambil ketawa terkekeh-kekeh. Pintu ditutup kemudian dikunci dari luar. Khairi melihat ke arah gadis yang sedang berbaring di atas katil. Tampak seperti gadis yang ketakutan ingin diterkam harimau.

"Nama?" Soal Khairi kepada gadis itu. Gadis itu tersentak. Laju dia menjawab. "Tania." Khairi mengangguk perlahan. "Kau baru lagi kan? Ni.. ambil." Khairi melempar telefon yang berada di tangannya ke atas katil. Tania mengangguk menjawab pertanyaannya Khairi tadi.
"Tu-tuan

Sedikit tergagap Tania memanggil Khairi. Khairi membuat muka ingin tahu kenapa gadis itu memanggilnya. Langkah kakinya diatur menuju ke arah katil Tania. Tania mula merasa gugup. Jujur dia takut saat ini.

Khairi tersenyum kecil melihat Tania yang sedang ketakutan itu. Khairi membuka jeket yang dipakai olehnya kemudian menutup badan terdedah milik Tania. "Kau muda lagi. Banyak kerja yang lebih baik untuk kau." Tania tersentak.

Lama dia menatap Khairi kemudian dia bangun dari pembaringannya. "Terima kasih, Tuan." Khairi mengangguk perlahan. Khairi membuka pintu menggunakan kunci kemudian melangkah keluar dari bilik tersebut. Tania terduduk. Ini kali pertama dia melihat lelaki sebaik Khairi.

--

Zuhair memandang ke arah Khairi yang baru sahaja keluar dari bilik tersebut. "Ingat apa yang aku pesan dekat kau." Ucap Khairi sebelum pergi meninggalkan Zuhair sendirian. Zuhair mengangguk laju.

Khairi berpesan supaya mengeluarkan semua perempuan yang bermalam dengannya dan dia akan diberi upah untuk itu.

sedikit pembetulan ye dekat sini. kalau ada typo saya minta maaf ye.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience