Tok..
Tok..
Tok..
"Ye sekejap!"
Ayah berlari anak menuju ke arah pintu utama. Tombol pintu dipulas kemudian dia membuka pintu itu. "Ayah." Ayah terkejut kecil. Dia berundur ke belakang kemudian memandang Khairi dari atas sampai ke bawah. "Khairi?" Khairi tidak menjawab. Dia hanya tersenyum dengan kaki yang melangkah pergi ke arah ayah.
"Ni aku lah Mika. Anak kesayangan kau."
Jantung ayah bagaikan ingin terkeluar. Dia terduduk mendengar suara Mika yang agak garau lebih dari Khairi. "Kau buat apa dekat sini?" Soal ayah dengan nafas yang naik turun. Mika ketawa kecil. Dia melabuhkan punggungnya ke atas sofa kemudian tangan disilang memeluk tubuh.
"Dah lama aku tak datang. Tak nak buatkan air ke? Aku kan anak kesayangan ayah." Mika berkata dengan nada yang agak tenang. Ayah yang dari tadi terduduk terus bangkit kemudian pergi ke dapur.
--
Langsir dibuka menampakkan cahaya dari luar tingkap. Irene mengibas-ngibas katil dan juga bantal. Selimut dan sarung bantal ditukar dengan yang baru. "Dah lama tak kemas bilik ni." Ujar Irene dengan mata yang memandang ke arah satu bilik yang dikunci oleh Khairi.
"Dah nak dekat 2 tahun aku jadi isteri dia, satu pun dia tak cerita tentang bilik tu." Irene mengeluh perlahan. Dia hanya memandang ke arah bilik itu tanpa membuat sebarang bunyi. Tiba-tiba rasa ingin tahu menerjah masuk ke dalam hatinya.
"Dia takkan marah aku. Aku kan isteri dia." Irene bergumam sendirian. Dia mengambil kunci bilik itu kemudian dengan langkah yang perlahan dia melangkah pergi ke arah pintu itu. Hari ini Khairi membawa Doktor Aqilah pergi ke klinik. Ada check-up katanya. Dan dia ditinggalkan sendirian di rumah membuatkan dia mula merasa bosan.
Pintu berjaya dibuka. Irene tersenyum ceria kemudian membuka pintu bilik tersebut. Suasana yang agak malap membuatkan dia terpaksa membuka lampu bilik tersebut. Untuk seketika dia terpegun dengan hiasan bilik itu. Cantik. Semuanya cantik mengikuti cita rasanya.
Irene berjalan melihat ke sekeliling bilik. Kakinya berhenti tepat di hadapan langsing besar yang seperti sedang menutupi sesuatu itu. Bilik yang dimasukinya itu kelihatan bersih. Seperti ada seseorang yang membersihkannya setiap hari.
Kerana rasa ingin tahu yang tinggi, Irene membuka langsing tersebut. Terpapar satu gambar seorang wanita yang sedang tersenyum cerah. Entah kenapa wajah wanita itu agak familiar. Dekat mana dia pernah nampak perempuan tu ye?
"Irene."
Irene terkejut. Dia terus menoleh memandang ke arah orang yang menegurnya tadi. "Eh akak? Bukan ke Akak pergi check-up dengan Khairi? Awalnya balik." Irene berjalan keluar dari bilik. Dia mengunci kembali pintu bilik tersebut.
Doktor Aqilah mengangkat satu keningnya ke atas. "Pergi check-up? Sejak bila pula akak ada check-up? Khairi tak bagitahu akak pun." Irene mengerutkan dahinya pelik. Habis tu mana Khairi sekarang ni?
--
"Apa-apa jadi dekat aku, kau ingat satu je. Khairi suspek utama."
Haikal terjaga dari tidurnya. Dia melihat ke arah jam sekilas kemudian meraup wajahnya. "Baru pukul 2 pagi." Gumamnya perlahan . Dia melihat ke arah Qistina yang sedang lena tertidur di sebelahnya. Wajah Faris masuk ke dalam ingatannya.
"Aku dah mula kena masuk kerja ni." Haikal menarik nafasnya lama sebelum menghembuskan nafasnya. Selimut Qistina dibetulkan kemudian dia sambung kembali tidurnya.
--
Khairi fokus membaca buku yang baru saja dibeli olehnya sebentar tadi. Entah kenapa dia mula terasa ingin membaca pada saat ini.
"Oii!"
Khairi tersentak. Habis dia terbalik buku itu ke belakang. "Eh terkejut besar kau eh." Khairi menatap Aliya tajam. Dia mengambil kembali buku yang terlempar tadi kemudian sambung membaca.
Aliya memeluk tubuhnya dengan mata yang tidak lepas memandang ke arah Khairi. "Aku ada dekat depan kau, tapi kau sibuk baca buku tu." Aliya merampas buku yang dipegang Khairi kemudian membaling buku itu jauh dari mereka.
Khairi mengeluh perlahan. "Kau tak ada kerja ke eh? Aku nak baca buku pun tak tenang." Aliya menatap datar anak mata Khairi. "Ahh aku faham. Kau dah bosan dengan aku kan? Pandang aku, Khairi." Aliya memegang kedua belah bahu Khairi membuatkan lelaki itu menatap anak matanya.
"Kenapa?" Soal Khairi. Anak mata mereka bertemu membuatkan dia sedikit gugup. Air liur ditelan kasar. Aliya dengan senyuman menatap anak mata Khairi. Penuh kasih dan sayang.
"Kau tak sayang aku ke, Khairi? Aku dah tak penting ke? Kau nak tinggalkan aku ke, Khairi?" Soalan aliya membuatkan Khairi tidak terpaku. Dia pantas menggelengkan kepalanya.
"Kau tahu aku sayang kau lebih dari sesiapa pun. Ibu dengan ayah tak boleh lawan rasa sayang aku dekat kau! Aku sanggup mati untuk kau, Aliya." Aliya tersenyum kecil.
"Aku tahu kau sayang aku." Aliya memeluk erat tubuh Khairi. Dahi adik kembarnya itu dicium kemudian dia berjalan keluar dari bilik Khairi. "Buku ni aku ambil. Kau tak sepatutnya buang anda baca benda ni. Apa-apa kau nak, cari aku." Ujar Aliya sebelum pintu bilik Khairi ditutupnya rapat.
Share this novel