Aliya melihat ke arah akuarium kecil yang berada di atas meja belajarnya itu. Senyuman kecil dia ukir buat ikan-ikan kecil yang berada di dalam akuarium itu.
"Kau nak cakap apa dengan aku ni?"
Aliya menoleh ke belakang. Dia memeluk tubuhnya kemudian memandang ke arah lelaki yang berada di atas katilnya itu. "Bunuh aku." Kata Aliya kepada lelaki itu. Lelaki itu ketawa kecil. "Bunuh kau? Kalau aku boleh buat dah lama aku buat. Kau tu liat sangat. Nak mati pun susah.." Muka Aliya mendatar. Dia melangkah ke arah Lelaki itu kemudian memegang wajah lelaki itu.
"Muka kau tu. Ingat badan siapa yang kau pinjam, Mika. Jadi anak baik untuk aku. Aku dah jaga kau dari kecil lagi. Aku dah didik kau sampai kau besar. Takkan benda simple pun kau tak boleh nak buat? Aku suruh kau bunuh aku. Aku tahu kau dah lama nak bunuh aku kan?" Aliya menolak tubuh Mika jatuh ke atas katil. Dia melabuhkan punggungnya ke atas katil kemudian memeluk tubuhnya.
"Yang aku tahu, benda ni Kene selesai minggu depan. Aku nak dia bunuh aku." Ujar Aliya sambil menunjuk ke arah Mika. Yang Mika tahu Aliya memaksudkan Khairi dan bukan dirinya.
--
"Awak! Dylan menangis kat atas tu. Pergi ambil dia sekejap!"
Mika bangkit dari duduknya. Dia berjalan naik ke atas. Dia menuju ke arah bilik utama kemudian mengambil Dylan yang sedang berada di dalam buai.
Badan Dylan diangkat kemudian dia membawa bayi kecil itu turun ke bawah. Badan Dylan. Dibaringkan bersebelahan dengan Irene. "Dah berhenti menangis." Kata Mika kepada Irene.
Wanita itu mengangguk kemudian menepuk-nepuk badan Dylan. "Tidur ye anak ibu." Irene tersenyum kecil. Perlahan-lahan mata si kecil itu tertutup rapat. Menandakan yang dia sudahpun tertidur.
Mika yang berada di situ hanya tersenyum sahaja.
Deg!
"Arghh.."
Mika terjatuh. Dia memegang kepalanya yang tiba-tiba terasa sakit. "Jangan sekarang." Kata Mika perlahan. Irene sudah lena itu bersama dengan Dylan.
Dr. Aqilah pula berada di sebelah Irene. Sama juga terlena seperti Irene. Kedua bayi itu juga masih lagi lena tidur.
Mika tidak berdiam diri. Dia terus berjalan naik ke atas kemudian mengunci dirinya di dalam bilik. Sekejap sahaja lagi, Khairi akan memunculkan diri. Dia tidak boleh membiarkan rancangan Khairi berjalan sesuai yang dia rancang. Irene kena tetap selamat setidaknya sampai dia hilang dari diri Khairi.
"Aku akan buat kau menyesal kalau kau sentuh Irene aku."
--
"Haaa..akhirnya aku bebas."
Khairi tersenyum sinis. Dia melihat ke arah cermin yang menampakkan dirinya didalam. Wajahnya disentuh perlahan kemudian dia berjalan untuk turun ke bawah. Dia ingin melihat bayi yang lahir sebulan yang lalu. Tak sabar ingin melihatnya.
Sampai saja Khairi di bawah, dia tanpa menunggu terus berjalan menuju ke arah Irene. Wajah wanita itu dipandang sekilas sebelum dia beralih memandang ke arah Dylan.
Senyuman yang tadi terukir terus memudar. "Kenapa muka kau tak macam Aliya?" Soal Khairi kepada bayi kecil itu. Dia melutut mengangkat badan si kecil itu.
"Kenapa muka kau kena sama dengan aku?" Soalnya lagi kepada Dylan. Entah apa yang dia fikirkan. Dia tahu yang Dylan tak akan menjawab pertanyaannya itu.
"Mika?"
Khairi tersentak. Dia meletakkan Dylan ke tempatnya semula kemudian dia memandang ke arah Irene yang memanggil tadi. "Awak panggil siapa, Irene? Saya Khairi..bukan Mika." Khairi mengusap rambut Irene perlahan.
"Aku ingatkan kau bodoh. Selama ni aku yang diperbodohkan oleh kau?" Khairi merentap rambut Irene. Wanita itu mengerang kesakitan. "Khairi!" Irene terjerit kecil.
Dr. Aqilah yang berada di situ turut terjaga dengan bunyi yang datang daripada Irene itu. Dia terkejut melihat Khairi yang sedang menarik rambut Irene itu. "Khairi, apa yang kau tengah buat ni hah?"
--
Haikal terjaga dari tidurnya. peluh mengalir laju dari wajahnya. Dia memandang ke arah Qistina yang lena tidur disebelah nya.
"Kenapa aku rasa macam ada benda buruk nak jadi ni? Astagfirullahaladzim.." Haikal meraup wajahnya perlahan. Sedaya upaya mencuba untuk berhenti berfikir negatif.
Dia turun dari katil kemudian berjalan menuju ke arah katil kecil milik Ophelia, anak perempuannya. Wajah si kecil yang masih kena tertidur itu di sentuhnya perlahan. Dia benar-benar berharap tiada apa-apa yang akan terjadi dalam beberapa hari ini. Dia perlu mengamankan isteri dan anaknya dahulu.
Share this novel