"Khairi..kenapa kau tak datang?"
"Kenapa kau tak selamatkan aku waktu tu?"
"Khairi.."
"Aku tunggu kau..kenapa kau tak datang?"
Khairi terjaga. Peluh dingin mengalir membasahi bajunya. Mimpi yang sama berulang setiap hari tanpa memberikan dia berehat sebentar.
Sudah setahun berlalu sejak Aliya, kakak kembarnya itu pergi. Khairi meraup wajahnya saat bayangan mayat si kakak terlihat di mindanya.
Khairi menunduk. Peluh yang mengalir dilap perlahan. Dia tidak mampu berbuat apa-apa. Mungkin ini adalah balasan yang diberi kerana tidak dapat menyelamatkan Aliya waktu itu. Hari yang mengerikan. Darah si kakak memenuhi ruang ingatannya.
Bang!!
"Mana budak tu? Bawa dia keluar sekarang! Kalau waktu tu dia tak bodoh sangat pergi tinggalkan anak aku..anak lemah aku tu. Aliya takkan mati. Bawa Aliya balik! Kenapa bukan kau je yang mati? Kenapa kena anak aku?" Khairi tersentak. Wajah sang ibu dipandang lama.
"Ibu.."
Khairi bangkit dari duduknya. Wajah pucat ibu membuatkan dia tidak berani memandang wanita tua itu terlalu lama. Ibu menepis tangan Khairi yang cuba untuk memengangnya tadi.
"Jangan sentuh aku!" Jerit ibu kuat. Khairi mengeluh perlahan. Dia kembali duduk di atas katil. Ibu yang tampak seperti orang tidak tentu arah terus keluar dari biliknya. Kedengaran suara sang ayah mencuba untuk menenangkan ibu.
Khairi kembali menunduk. Kalau saja dia tidak pergi meninggalkan Aliya saat itu. Kejadian mengerikan itu tidak akan terjadi dan Aliya akan tetap hidup.
--
Setahun yang lalu..
"Khairi!"
Khairi menoleh ke arah suara yang memanggilnya tadi. Senyuman di beri kepada Aliya yang sedang berlari anak ke arahnya. Aliya memeluk Khairi erat.
Pelukan dilepaskan kemudian Aliya mula membuka bicara. "Malam ni kita nak masak apa?" Soal Aliya kepada adik kembarnya itu. Khairi terdiam sejenak sebelum menjawab. "Kita buat yang simple je. Mee goreng pun okay juga." Aliya mengangguk laju tanda dia setuju. Bukan senang Khairi mahu memberikan pendapatnya.
Khairi melirik ke arah jam dia pergelangan tangannya. Jam menunjukkan sudah pukul 2 setengah petang. Sudah masanya untuk mereka kembali ke rumah. Aliya memandang si adik lama. Senyuman masih lagi tidak lepas dari mulutnya.
"Boleh tak kalau aku tak nak pergi hospital dah?" Khairi menggeleng pantas. "Tak boleh!" Tatapan tajam di hadiahkan buat Aliya. Aliya ketawa kecil. "Okay..okay"
"Tapi aku bosan lah duduk lama-lama dekat sana. Aku tak yakin pun yang aku boleh sembuh. Kenapa kau tak datang je teman aku?" Senyuman Aliya masih sama seperti tadi membuatkan Khairi mengeluh perlahan.
"Kau ni kan. Bukan aku tak nak datang tapi orang tua gila tu tak bagi aku datang. Dia kata kalau aku datang, sakit kau makin menjadi." Aliya yang mendengar terus memukul perlahan lengan Khairi. "Tak baik tau panggil ibu macam tu."
Khairi mengukirkan senyuman tidak bersalah. " Kau tahu kan. Aku tak minta pun lahir macam ni. Lahir sebagai kembar kau. Tapi dia salahkan aku macam aku ni bukan anak dia juga." Aliya mengusap belakang Khairi perlahan.
"Ibu kan tengah marah waktu tu. Jangan hiraukan kata-kata ibu. Kau tahu yang ibu tak bermaksud nak kata macam tu dekat kau kan?" Lagi-lagi si kakak membela ibu. Khairi hanya mampu mengangguk tanpa melawan kata-kata Aliya.
Khairi melihat ke arah beg plastik yang dipegangnya tadi. "Aliya... Aku rasa aku terlupa nak beli sesuatu lah. Kau tunggu sini kejap. 15 minit je. Jangan pergi merata dan ingat sikit kalau kau tu sakit." Aliya mengangguk menandakan yang dia faham akan arahan yang diberikan oleh Khairi tadi.
Seperti biasa dia hanya patuh tanpa melawan. Aliya memandang ke arah Khairi yang sedang melambai ke arahnya. Lambaian itu dibalas ceria olehnya.
--
Aliya memandang ke arah supermarket tanpa mengalihkan pandangannya. 'kenapa lambat sangat Khairi keluar ni? Lambat lah nak buat dinner nanti' Dia takut ibu akan memarahi Khairi kerana terlambat. Aliya sekali lagi memandang ke arah supermarket itu. Berkira-kira untuk masuk ke dalam. 'Tapi Khairi suruh tunggu' getus hati kecilnya.
"Ehem.."
Aliya menoleh ke arah suara yang berdehem sebentar tadi. Senyuman diukir kan buat lelaki itu.
--
"Terima kasih." Khairi mengangguk ke arah pekerja itu kemudian mengambil beg plastik. Langkah kaki diperlakukan kerana takut Aliya menunggu terlalu lama.
Kaki sudahpun melangkah keluar dari supermarket. Mata sibuk melilau mencari kelibat Aliya. Kemana pergi kakak kembarnya itu? " Aku kan dah suruh tunggu je dekat sini. Haihh.." Khairi mengeluh perlahan. Dia melabuhkan punggungnya ke atas bangku.
"Khairi!"
Khairi tersentak. Pantas dia menoleh ke arah suara yang agak familiar itu. Alangkah terkejutnya dia saat melihat Aliya sedang berusaha menahan pisau menggunakan tangannya. "Aliya.." Aliya mencuba sedaya upaya untuk menolak tubuh sasa lelaki yang mencuba untuk menikamnya itu.
"Lari, Khairi. Aku cuba tahan dia untuk kau. Cari bantuan!" Khairi masih tidak bergerak. Tangan Aliya yang dipenuhi darah itu dipandangnya cemas. "A-aliya.." Khairi tanpa berfikir panjang terus berlari ke arah Aliya.
"Bodoh! Jangan datang dekat aku. Cepat cari bantuan!" Kaki Khairi yang sedang berlari ke arah Aliya terhenti saat Aliya memberikan arahan. Dia memandang ke arah sekeliling mencuba mencari seseorang untuk membantu. Kenapa tak ada langsung orang saat ini?
"Tolong! Sesiapa tolong kami!" Khairi meminta tolong. Berdoa agar ada yang mendengarkan permohonannya itu. Aliya mengerang menahan rasa sakit akibat hirisan pisau itu. "Aliya.." Khairi memanggil perlahan nama kakak kembarnya itu. Aliya masih mencuba menahan lelaki itu. Tubuhnya mula terasa lemah.
"De-dengar aku, Khairi. Ja-jangan berdendam dengan ibu. Dia sayangkan kau. Ja-jaga ibu baik-baik un-untuk aku. Buang kenangan lama dan cipta kenangan baru. Ingat, Kha-khairi." Aliya tersenyum lembut ke arah Khairi. Khairi menggeleng perlahan. Dia tahu apa yang akan kakak kembarnya itu lakukan.
"A-aliya. Jangan buat benda bodoh. Dengar aku, Aliya." Aliya tidak menghiraukan kata-kata Khairi. Dia sedar lelaki yang sedang mencuba membunuhnya itu membawa rakan sekali. "Khairi..lari." Khairi menggeleng laju. "Jangan kacau kakak aku!" Khairi berlari ke arah lelaki itu.
"Bodoh! Jangan datang sini!" Aliya menjerit kuat. Khairi menolak kuat badan lelaki itu. Dek kerana tolakkan Khairi itu, sang penjahat tertolak sedikit ke belakang. Aliya terjatuh ke tanah. Darah mengalir tanpa henti dari lukanya tadi. Khairi masih tidak berhenti. Dia memegang kolar lelaki jahat tadi kemudian melepaskan tumbukan kuat di pipi lelaki itu. "Kau nak apa bodoh! Jangan kacau Aliya."
Lelaki itu ketawa sinis. "Misi selesai." Khairi tersentak. Tangannya terus melepaskan kolar baju lelaki jahat itu. Dia tanpa membuang masa terus menoleh mencari kelibat Aliya.
"Aliya!" Khairi berlari mendapatkan Aliya. Air matanya mengalir tanpa henti. "jangan tutup mata kau, Aliya. Dengar aku.." Khairi memeluk tubuh kakak kembarnya itu. Tangisannya makin kuat saat Aliya sudahpun menutup rapat matanya.
Bang!
Khairi dipukul dari belakang. Entah siapa yang memukulnya. Kini pandangan matanya mulai kabur. "A-aliya.."
Hi! I'm here. Macam mana dengan permulaan novel ni? awak semua suka tak? Maaf kalau ada apa-apa kesalahan bahasa.
Share this novel