Irene berjalan ke arah bilik Doktor Aqilah. Pintu diketuk sebelum dia memulas tombol untuk membuka pintu. "Sarapan dah siap, kak. Jomlah kita makan sama-sama." Irene melabuhkan punggungnya di atas katil milik Doktor Aqilah. Dia menggoyangkan sedikit badan Doktor Aqilah untuk mengejutkan wanita itu.
Doktor Aqilah yang merasa goyangan itu terus membuka kelopak matanya. Wajah Irene dipandangnya sekilas sebelum dia bangun dari pembaringan nya. "Dah pagi ye. Akak mandi dulu okay?" Irene mengangguk perlahan. "Irene tunggu akak dekat sini ye. Irene takut ada apa-apa jadi dekat akak nanti." Doktor Aqilah tersenyum kemudian mengangguk sahaja. Dia mengambil tuala kemudian masuk ke dal bilik mandi.
Selepas setengah jam, Doktor Aqilah sudahpun siap memakai baju. Mereka berdua keluar dari bilik bersama-sama. Kini mereka sudahpun ada di meja makan. Khairi sedang sibuk melihat telefonnya. Setelah perasan ketibaan Irene dan Doktor Aqilah, dia terus menutup telefonnya.
"Harini Irene ada check-up. Kau ikut sekali dengan kami. Aku nak kau check juga baby kau tu." Doktor Aqilah tidak menjawab. Dia hanya menyenduk nasi goreng yang dibuat oleh Irene tadi.
--
Khairi keluar dari kereta. Dia melangkah pergi ke arah pintu kereta Irene kemudian membuka pintu itu. Doktor Aqilah yang melihat turut sama keluar dari kereta. Mereka masuk ke dalam bersama-sama.
"Awak duduk sini dulu. Saya pergi dekat kaunter." Irene mengangguk kemudian melabuhkan punggungnya ke atas kerusi bersama dengan Doktor Aqilah. Doktor Aqilah terlihat agak murung. Entah macam mana dia nak buat doktor Aqilah kembali tersenyum.
"Nanti kalau anak anak lahir, akak nak bagi nama apa?" Soal Irene tanpa sedar. Dia terus menepuk perlahan mulutnya saat tersedar dia terlebih batas. "Ma-maaf kak. Kalau akak tak nak bagitahu pun tak apa." Irene cepat-cepat meminta maaf. Doktor Aqilah mengangkat wajahnya memandang ke arah Irene.
Mikael, kalau lelaki. Laila kalau perempuan." Doktor Aqilah menjawab dengan senyuman dibibirnya. Irene melihat sinar dimata Doktor Aqilah saat menjawab. Senyuman tanpa sedar diukir olehnya.
--
"Kedua-dua kandungan isteri encik sihat."
Doktor Aqilah memandang Irene serba salah. Dia bangkit dari duduknya kemudian membiarkan Khairi duduk di atas kerusi. "Dia bukan isteri saya." Jawab Khairi tanpa ditanya. Dia hanya menatap datar sahaja doktor wanita yang berada di hadapannya itu.
"Maafkan saya. Kalau macam tu, puan berdua boleh ambil ubat dekat farmasi ye. Next appointment kita jumpa lagi." Doktor itu hanya tersenyum sahaja. Irene turut sama tersenyum kemudian meminta diri.
--
'Bila anak kau keluar nanti, aku nak dia panggil aku ibu.'
Khairi mengerutkan dahinya saat mendengar suara Qristine mula bergema di dalam mindanya. Qristine Saat ini sedang tersenyum gembira saat mengatakan kata-kata itu. Wajahnya memerah memikirkan anak Khairi yang akan memanggilnya ibu.
"Kau ni dah gila eh? Datang mana pula anak aku nak panggil kau ibu? Dia ada satu je ibu. Aliya satu-satunya ibu yang dia ada." Qristine mencebik.
'Sikit-sikit Aliya. Kau dah bawa masuk perempuan lain dalam rumah ni, masih nak setia dengan Aliya? Kau ni memang lelaki tak guna lah! Baik bagi Irene tu dekat aku je.'
Qristine mula naik angin. Entah apa yang difikirkan oleh Khairi. Aliya sahaja yang berada dalam fikirannya setiap hari. Khairi tidak membalas kata-kata Qristine. Dia menikmati kopi yang dibuat oleh Irene tadi.
'Calm down, Qris. Kalau kau marah-marah, nanti kedut lah muka cantik kau tu.'
Mika mencuba menenangkan Qristine. Wanita itu sedikit tenang mendengar kata-kata Mika tadi. Dia mengukirkan senyuman buat Mika.
'Kau tengok lelaki bodoh ni! Dia nak curang dengan Irene kita.' Qristine memeluk tubuh Mika dengan air meta yang dibuat-buat. Dia mengelap air matanya itu di baju Mika kemudian meleraikan pelukan mereka. Mika yang melihat hanya mengukir senyuman sahaja.
'Betul cakap Qris tu , Khai. Kau nak curang dengan Irene kan. Bagi je lah Irene tu dekat kami. Kau tak perlukan dia lepas dia bersalin kan?'
Khairi mendengus kasar. Dia tidak menjawab pertanyaan Mika. Mereka terus berdiam diri sahaja.
--
"Uweek.."
Irene memandang cemas me arah Doktor Aqilah. Dia mengusap-usap belakang doktor Aqilah kemudian membuka bicara, "Akal Okay? Nak pergi klinik ke?" Soal Irene kepada Doktor Aqilah. Dari pagi tadi Doktor Aqilah tidak berhenti muntah. Hal itu membuatkan dia merasa cemas.
Irene keluar dari bilik air kemudian meluru ke arah Khairi. "Kita bawa Akak pergi Klinik ye. Saya risau lah tengok dia. Dari tadi muntah je." Khairi yang mendengar terus berjalan ke arah bilik air yang Doktor Aqilah berada.
"Nak pergi ke? Bini aku dah risau sangat dekat kau tu." Doktor Aqilah menggeleng perlahan. Dia berjalan keluar dengan badan lemahnya itu. "Aku rehat dekat atas je dulu. Kalau tak okay baru kita pergi klinik. Irene jangan risaukan Akak. Awak risau dekat diri awak juga. Awak pun mengandung kan." Irene mengangguk perlahan. Dia turut sama naik ke atas dengan Doktor Aqilah.
'Kau memang dah ada dua bini eh.'
Khairi mengeluh perlahan. Dia mengambil kunci kereta kemudian terus keluar dari rumah. Qristine yang menegurnya tadi terus ketawa kecil.
'Bawa aku jumpa ayah.'
Langkah kaki Khairi terhenti. Dia berfikir sejenak sebelum masuk ke dalam kereta.
Share this novel