"Jemput masuk." Ayah tersenyum bahagia melihat Khairi dan juga Irene yang baru sahaja sampai di rumahnya. Irene mengukirkan senyuman buat ayah kemudian menghulurkan tangan untuk bersalaman.
"Kamu mesti letih. Letak je beg dekat situ. Nanti ayah yang bawa masuk dalam. Kamu berdua pergilah rehat dalam bilik." Khairi mengangguk perlahan manakala Irene mencuba menolong juga ayah membawa masuk beg ke dalam.
"Tak apa, ayah. Sikit je ni." Ucap Irene dengan senyuman masih terukir dibibirnya. Ayah mengangguk perlahan. Dia mengangkat separuh beg yang berada dekat dengannya kemudian memasukkan beg itu ke dalam rumah.
"Ayah kena pergi ke hospital balik. Kamu rehat lah dulu ye. Kalau ada apa-apa kamu telefon je ayah." Irene hanya mengangguk kemudian melangkah naik ke atas.
--
[QRISTINE POV]
Aku tak tahu kenapa tapi aku boleh ingat dengan jelas tentang masa lalu aku. Nama aku Nur Qristine binti Abdullah. Ayah aku dulu pemabuk. Mak aku pula mati sebaik saja aku dilahirkan.
Ayah yang jaga aku. Aku patutnya bersyukur tapi entah kenapa rasa syukur tu tak boleh nak ditanam dalam hati aku. Setiap malam ayah akan masuk ke dalam bilik aku.
Dan semestinya korang akan tahu apa yang ayang buat dekat aku. Setiap kali aku cuba mengadu, tak ada sesiapa yang percaya. Diorang cakap yang ayah ni baik.
Tapi aku sendiri nampak apa yang ayah buat. Setiap malam ayah akan bawa balik perempuan. Kalau tak ada perempuan, aku yang akan jadi tempat dia tempias kan semua benda. Dia pukul dan rogol aku setiap hari.
Aku penat. Aku lebih baik mati daripada hidup dengan dia. Untuk pengetahuan korang, ayah bukannya ayah kandung aku. Dia cuma kekasih mak aku. Ayah kandung aku dah lama tinggalkan aku.
Aku dapat ingat dengan jelas macam mana ayah dengan riak muka sedih dia datang kepada aku dan kata nak jaga aku. Aku percaya dia. Aku duduk dengan dia sampailah umur aku masuk 12 tahun. Ayah mula tunjuk perangai dia yang sebenar.
Aku takut setiap masa bila ayah ada dekat rumah. Waktu aku masuk 18 tahun aku ambil tindakan yang aku fikir lebih baik daripada lari. Aku bunuh diri. Tepat depan ayah aku.
[QRISTINE POV END]
"Awak!"
Khairi menoleh memandang ke arah Irene. Senyuman diukir buat isterinya itu. "Kenapa?" Soal Khairi ingin tahu. Wajah ceria Irene ditatapnya lama.
Sudah seminggu sejak mereka bersama. Semuanya berjalan dengan lancar. Tiada apa yang perlu dirisaukan olehnya. Khairi berfikir sejenak kemudian menganggukkan kepalanya.
"Boleh juga. Awak call Qistina. Kita ajak diorang sekali." Senyuman Irene semakin melebar. Dia memeluk tubuh Khairi kemudian mencium dahi pipi suaminya itu. "Terima kasih, wak." Khairi mengangguk perlahan.
--
Haikal menutup talian telefonnya. Dia melangkah masuk ke dalam bilik kemudian mencari-cari kelibat Qistina dimana. "Sayang?" Dia memanggil. Qistina tidak menyahut membuatkan Haikal merasa cemas.
"Sayang, Awak ada dekat mana? Takkan nak main sorok-sorok kot dengan saya." Haikal melangkah menuju ke arah almari yang berada di hadapan katil mereka itu. Pintu almari dibuka. Manalah tahu kalau-kalau Qistina benar-benar mahu bermain dengannya.
Selepas saja dia membuka pintu almari itu. Tiada sesiapa yang berada di dalam. Haikal mengeluh perlahan. Susah ni kalau main sorok-sorok.
"Awak."
Haikal terjerit kecil. Dia pantas menoleh ke belakang kemudian memandang ke arah orang yang menegurnya tadi. Wajah Qistina sedang memandangnya datar.
"Sayang pergi mana? Merata saya cari tadi." Haikal memeluk tubuh Qistina erat. Risau pula yang berada di hadapannya itu bukanlah Qistina.
"Dapur. Saya masak." Qistina menjawab. Pelukan Haikal dileraikan olehnya. "Masak? Tak perlu lah, sayang. Khairi ajak kita keluar makan. Irene pun ada sekali. Sayang siap je lah." Qistina mengerutkan keningnya. Wajah yang tadinya datar terus berubah.
"Dah nak siap tu. Siapa nak makan?" Haikal tersenyum kecil. Dia mengusap rambut Qistina perlahan. "Maaflah sayang. Saya tak tahu pula yang awak tengah masak." Qistina hanya mengangguk perlahan. Sejak mereka berkahwin, Qistina lebih banyak membuka kata dan membuatkan ia menjadi senang untuk dirinya. Kalau tak mana senang nak faham apa yang sedang dikatakan oleh isterinya itu.
Share this novel