BAB 8

Mystery Series 6391

Faris memandang ke tingkat atas rumahnya. Irene tidak keluar dari bilik sejak 2 hari yang lalu. Dia melangkah naik ke atas. Pintu bilik Irene ditatap lama. "Irene." Dia memanggil dari luar tetapi dia tahu yang Irene tidak akan menyahut panggilannya itu. Faris berjalan ke arah depan pintu bilik Irene. Pintu itu diketuk berkali-kali.

Tiada jawapan. Faris menundukkan kepalanya. Telefon di bawa keluar kemudian dia mendail nombor seseorang. Dering berbunyi sebelum orang yang ditelefon mengangkat telefonnya.

"Aku nak korang berhenti ikut Khairi. Tapi kalau ada apa-apa yang mencurigakan, korang lapor pada aku."

Talian telefon ditutup kemudian dia turun ke bawah

--

-5 TAHUN KEMUDIAN-

Irene keluar dari kereta. Udara dihirup dengan senyuman dibibir. Wajah Qistina di pandang kemudian dia menarik tangan kawan baiknya itu. "Nanti kita lambat nak tengok abang comel kau tu." Qistina mengangguk kemudian mengikuti langkah kaki Irene.

Mereka masuk ke dalam kafe yang baru sahaja dibuka itu. Qistina tidak menunggu. Dia terus berjalan pergi ke arah Haikal yang sedang berbual dengan pelanggan. Haikal yang melihat Qistina terus meminta diri kemudian tersenyum ke arah tunangnya itu.

Untuk pengetahuan semua, Haikal dan juga Qistina sudahpun bertunang beberapa bulan yang lalu.

"Awak!" Haikal ingin memeluk Qistina tetapi dihalang oleh Zuhair yang berada di belakangnya. "Eh kau. Tak kahwin lagi nak lebih-lebih pula." Haikal tersengih. Qistina yang melihat hanya berdiam diri. Sejujurnya dia tidak tahu bagaimana hendak menunjukkan perasaannya.

"Hi, Haikal." Irene menegur kemudian memandang ke arah Zuhair. "Awak?" Zuhair tersenyum kemudian menjawab, "Zuhair." Irene mengangguk kemudian memandang ke arah Haikal. "Khairi mana?" Haikal mengeluh perlahan. Dia menunjuk ke arah sekelompok wanita yang berkerumun dia suatu tempat.

Irene mengeluh perlahan. Dia minta diri kemudian berjalan ke arah kerumunan itu. "Tumpang lalu." Dia menolak perlahan tubuh wanita-wanita yang menghalang jalannya. "Khairi!" Dia memanggil. Khairi yang sedang berbual terus memandang ke arah Irene. "Irene." Dia tersenyum ke arah Irene.

"Maaf ye cik sekalian. Saya nak jumpa kekasih saya tu." Khairi melambai kemudian melangkah ke arah Irene. Irene dapat merasakan aura hitam dari wanita-wanita yang berkerumun pada Khairi tadi.

"Awak ni." Irene ingin saja memarahi Khairi tetapi dia tidak berdaya. Khairi hanya tersenyum lembut je arah Irene.

--

Qristine melihat ke arah Irene dengan senyuman dibibirnya. "Tak menyesal aku keluar sekarang." Dia melangkah pergi ke arah Irene.

"Awak."

Qristine memanggil. Dia melambai kemudian mendekat ke arah Irene. Irene tersenyum kemudian melambai kembali.

"Nak balik dah ke?" Soal Irene kepada Khairi a.k.a Qristine. Qristine menggeleng. Dia menatap lama wajah Irene. " Tak ada lah. Saya cuma nak tengok muka awak. Awak nampak cantik hari ni." Irene tersentak. "Sejak bila awak ubah panggilan kita ni?" Irene bertanya sambil tersenyum.

Wajah Khairi dipandang ingin tahu. Qristine ketawa kecil. "Mulai sekarang lah." Irene mengangguk perlahan. Dia mendekat ke arah Qristine kemudian membuka bicara, "Jom pergi date nak tak?" Qristine menunjukkan riak terkejut. Dia pantas mengangguk.

Irene tersenyum. "Kalau macam tu jom kita pergi." Qristine lagi sekali menganggukkan kepalanya.

--

"Weh! Tak sangka rumah kau besar macam ni." Haikal menepuk-nepuk bahu Khairi. Dia melompat-lompat melihat vila milik Khairi. Qistina yang berada dibelakang Haikal sudahpun menggelengkan kepalanya. Ada aja tunang dia tu buat hal. Macam budak-budak.

"Oi! Jangan lah jadi gila dekat sini." Zuhair menolak tubuh Haikal perlahan. Haikal yang mendengar terus menjeling rakan baiknya itu. "Ala lantak kat aku lah. Bukan senang nak tengok rumah besar macam ni. Kau kaya tak apa lah. Aku ni miskin." Zuhair mengeluh perlahan. Dia memandang ke arah Irene kemudian mengukirkan senyuman.

"Maaf ye. Kawan saya ni sebenarnya baru keluar wad sakit jiwa." Irene ketawa kecil. Dia melihat ke arah Haikal yang sedang melompat menunjuk-nunjuk pokok besar yang berada berhampiran dengan vila itu.

Khairi menggeleng perlahan. Dia melangkah ke arah Haikal kemudian menarik lelaki itu supaya mendekat ke arahnya. "Kau jangan duduk jauh-jauh. Nanti hilang aku pula yang kena marah dengan mak kau." Haikal tersengih.

Ayah tersenyum melihat gelagat Haikal. "Jemput masuk. Isteri pakcik dah masak tu." Irene mengangguk mendengarkan ayah. Dia berjalan mengikuti Khairi bersama yang lain.

--

"Jemput makan." Ibu tersenyum ke arah Irene dan juga Qistina. Kemudian dia melangkah ke arah Khairi. "Kau duduk bawah." Arahnya membuatkan Khairi terus bangun kemudian duduk di lantai.

Irene melihat ibu kemudian mempelawa ibu untuk duduk di sebelahnya. "Makcik duduk lah dekat sebelah saya." Ajak Irene. Ibu mengangguk kemudian melabuhkan punggung di sebelah Irene. Ayah melihat ke arah Khairi. "Saya duduk bawah dengan Khairi ye." Ibu tidak menjawab. Dia hanya melihat ayah yang sedang pergi ke arah Khairi.

"Jemput makan semua." Ucap ibu ceria. Haikal tersenyum lebar melihat makanan yang terhidang di atas meja. "Terima kasih, makcik." Dia tanpa menunggu terus menyuap nasi ke dalam mulut. Zuhair yang melihat hanya mampu menggelengkan kepalanya sahaja. Qistina pula mengutip nasi yang dibuat tumpah oleh Haikal.

"Cuba makan elok-elok. Tak malu ke orang tengok kau." Zuhair mula membebel. Haikal yang mendengar hanya menjeling tajam Zuhair. "Lantak kat aku lah. Aku punya selera." Ucapnya kemudian sambung menyuap nasi ke dalam mulut.

Hi semua. maaf bab ni terlalu pendek. Terima kasih sebab dah baca cerita saya ni.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience