BAB 12

Mystery Series 6391

Khairi masuk ke dalam bilik tidurnya. Dia melangkah ke arah katil kemudian melabuhkan punggungnya ke atas katil itu. Keluhan kecil keluar dari bibirnya. Entah kenapa hari ini terasa begitu panjang baginya.

'Oii, Khairi. Bagi lah aku jumpa Irene sekejap. Aku dah lama tak jumpa dia. Rindu aku dekat dia weh.'

Khairi tidak menjawab. Dia tidak menghiraukan suara yang tadi menegurnya itu. Badan direbahkan ke atas katil kemudian dia menutup matanya rapat. Kepala mula terasa agak pening. Khairi membuka semula matanya kemudian mengambil pen dan juga kertas yang berada di dekatnya.

Dia menulis pesanan ke atas kertas itu. Selepas siap menulis, Khairi terus rebah ke lantai. Dalam beberapa saat, Dia bangun kemudian tersenyum ke arah pesanan yang ditulis olehnya tadi.

"Jangan buat hal ehh."

Qristine ketawa kecil. Kertas yang dipegang tadi dia buang ke dalam tong sampah. Kaki melangkah pergi ke luar bilik.

--

Qistina menoleh memandang ke arah Irene. Wanita itu dari tadi tidak berhenti tersenyum. Dia mengangkat satu keningnya ke atas. Pelik dengan perangai Irene itu. Dia mengetuk-ngetuk meja membuat Irene tersentak.

"Apa kau ni. Terkejut aku." Irene masih tersenyum. Dia memandang ke luar untuk melihat orang yang ditunggunya dari tadi. "Kau tak ajak Haikal kan?" Qistina mengangguk perlahan. Irene tersenyum kemudian bangkit dari duduknya.

"Bagus. Aku tak nak jumpa pembunuh abang aku." Kata Irene kemudian berjalan ke luar dari cafe itu. Qistina turut sama bangkit dari duduknya. Dia berubah tempat ke meja yang agak jauh dari mejanya tadi.

"Hai." Sapa Qistina tanpa sebarang reaksi diwajahnya. Dia melabuhkan punggungnya ke atas kerusi berhadapan dengan orang yang ditegurnya tadi. Wajah lelaki yang berada di hadapannya itu ditatapnya lama.

Baiklah mengukir senyuman buat Qristine. Wajah tunangnya itu dipandang lembut. "Awak dah makan?" Qistina mengangguk perlahan. Matanya masih lagi tidak lepas memandang Haikal. Sungguh dia rindukan lelaki itu.

"Awak jangan selalu sangat jumpa saya macam ni. Nanti kalau Irene dapat tahu, habis kita nanti." Qistina tidak menjawab. Dia hanya menatap wajah Haikal tanpa membuka mulutnya. Haikal mengeluh perlahan. Dia hanya berdiam diri sahaja dan biarkan Qistina menatapnya.

--

"Awak!"

Qristine memanggil dengan suara yang agak ceria. Dia berlari anak ke arah Irene kemudian memandang wajah kekasih tuan badannya itu. Irene tersenyum. Dia berjalan beriringan dengan Qristine masuk ke dalam cafe.

Irene mencari-cari dimana keberadaan Qistina. Qristine yang berada disebelah Irene memandang wanita itu lama. Ingin saja dia memegang tangan wanita itu tetapi dia menahan diri. Nanti apa pula yang Khairi kata dekat dia. Jangan buat masalah konon. Huh!

"Awak! Qis ada dekat sana." Irene menarik lengan baju Qristine perlahan. Dia berjalan mendahului Qristine pergi ke arah Qistina. Senyuman diukir buat rakan baiknya itu. "Kau dah order ke?" Soalnya dengan mata tidak lepas memandang ke arah Qistina.

Qistina menggeleng perlahan. Dia mengangkat muka memandang wajah Khairi a.k.a Qristine pada saat itu. "Duduklah." Pelawa nya kepada Khairi dan juga Irene. Wanita yang berada di hadapannya itu mengangguk kemudian mengambil tempat disebelah Qistina. Dia meninggalkan. Tempat berhadapan dengan mereka untuk Qristine.

--

Qristine masuk ke dalam bilik. Keluhan kecil keluar dari mulutnya. Badan dihempas ke atas katil. Dia sungguh bosan saat ini. Entah apa yang boleh dia lakukan untuk menghilangkan rasa bosan ni.

'Apa kata kau buat aku happy sekarang.'

Satu suara mula menegur Qristine dari dalam. Qristine mendengus kasar. Dia menutup telinganya agar suara itu tidak akan didengari olehnya lagi.

'Jangan macam tu. Aku pun salah satu pemilik badan ni.'

Qristine menutup rapat matanya. Dia mula bernyanyi kecil untuk menghilangkan suara itu. "La..la..la.."

'Aku tahu kau bosan. Apa kata kita buat benda yang menyeronokkan sikit. Macam hmm..bunuh orang?'

"Arghh! Boleh diam tak? Aku serabut betul dengar suara kau. Kalau sedap tak apa." Suara yang bercakap dengan Qristine tadi mula tertawa kecil. Dia suka benar mengusik wanita itu.

'Jangan marah cik adik. Aku nak hilangkan bosan kau je.'

Qristine mendengus kasar. Dia bangun dari pembaringan nya kemudian termenung untuk seketika. "Jangan cakap dengan aku. Nanti Khairi marah." Ujar Qristine agak perlahan.

'Oi..oi. Sejak bila kau takut dengan Khairi ni? Aku tak tahu pun.'

Qristine berdecit perlahan. Dia memandang dirinya di dalam cermin kemudian membuka kata, "Bodoh betul kau ni, Mika. Siapa je yang tak takut dengan Khairi?" Lelaki yang dipanggil Mika itu tersenyum kecil.

'Aku.'

Jawab Mika perlahan. Dia mentertawakan Qristine yang sudah mula muak dengan dirinya. "Dah! Jangan kacau aku. Aku benci kau, sial!" Qristine menutupi dirinya dengan selimut milik Khairi. Suara tawa Mika masih lagi tidak berhenti dari tadi.

"Arghhh! Diamlah bodoh!" Marahnya kepada Mika.

Hi semua. Nampaknya Mika dah muncul huhu..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience