Irene melihat ke belakang buat kali yang terakhir. Kelibat ketiga orang lelaki tadi menghilang dari pandangan matanya. "Kau okay tak, Qis?" Soal Irene saat melihat rakannya itu dari tadi mendiamkan diri. Qistina hanya menganggukkan kepalanya. Tangan Irene yang memegang satu kertas dipandang lama.
" Kenapa? Kau rasa ada yang tak kena ke dengan diorang?" Lagi sekali gadis pendiam itu mengangguk. Irene tersenyum kecil. "Tak apalah. Aku okay je. Lagipun diorang nampak baik." Ucap Irene dengan nada lembutnya. Qistina mengeluh perlahan. Dia takut ada sesuatu terjadi pada rakan baiknya itu. Lengan baju Irene dipengang erat.
"Jom kita balik. Aku nak solat sekejap. Nanti malam kita tengok movie sama-sama tau!" Qistina memandang Irene kemudian mengangguk perlahan.
--
Haikal tersenyum lebar. Kertas yang di pegang olehnya di tatap lama. "Akhirnya aku jumpa juga calon isteri yang baik.." Ucapnya sambil mencium-cium kertas yang hampir konyok itu.
"Dah macam orang gila aku tengok kau ni. Ke memang dah gila? Kau telefon ambulan sekarang, Khairi." Zuhair menepuk-nepuk bahu Khairi. Muka meluat dihadiahkan buat Haikal yang masih tersenyum serupa kerang busuk.
"Aku dah call tadi." Kata Khairi selamba. Telefon yang dipengang diletakkan kembali di atas meja. Zuhair tersenyum lebar. "Ni baru kawan aku!" Ujar Zuhair kemudian memeluk tubuh Khairi erat.
"Ahh! Jangan sentuh aku. Haram!" Khairi menolak tubuh Zuhair ketepi. Haikal yang tadi tersenyum terus mematikan senyumannya itu. Dia memandang Zuhair. "Aku rasa dia yang kena pergi hospital gila. Dah tak betul aku tengok dia ni." Zuhair mengangguk setuju dengan apa yang Haikal katakan.
"Kau nak buat apa dengan nombor perempuan tu?" Tiba-tiba Haikal menukar topik. Wajah Khairi dipandang serius. Zuhair mengangguk kemudian turut sama memandang ke arah Khairi.
Khairi tersenyum kecil. "Sebab aku suka dia." Jawabnya perlahan. Zuhair mengerutkan dahinya. "Kau suka dia?" Khairi menganggukkan kepalanya. Suasana disekitar mereka menjadi sunyi. Tiada sesiapa yang bercakap selepas itu.
--
"Arghh!"
Khairi memicit-micit kepalanya yang terasa sakit. Senyuman sinis terukir dibibirnya. "Aku nak main kejap je." Kata Khairi sebelum dia pengsan tidak sedarkan diri.
"Kau dah buat benda bodoh, Qris. Berapa kali aku nak cakap, jangan guna badan aku untuk keserakahan kau je. Sial betul kau ni." Qristine tersenyum tanpa menghiraukan kata-kata Khairi itu.
'Ala rilekslah. Benda aku buat untuk kau juga. Kau tak suka dia ke? Dia cun weh.'
Khairi mendengus kasar. Wajah Qristine langsung tidak dipandang olehnya. "Berapa kali aku nak cakap yang aku akan setia dekat Aliya je?" Qristine ketawa kecil. Dia bangun kemudian mengenggam kedua bahu Khairi kuat.
'Aliya je yang kau tahu kan?'
Qristine melepaskan genggamannya tadi. Khairi menjeling tajam Qristine sebelum bayangan wanita itu hilang dari balik cermin. Khairi menutup kembali cermin dengan Kain kecil. Dengusan kasar keluar dari mulutnya.
"Arghh!"
Khairi menjerit marah. Rambutnya yang kemas diserabaikan. Badan dicampakkan ke atas katil. Telefon yang berada di dalam poket diambil kemudian dia melihat nombor Irene yang tertera di dalam telefonnya itu. Tiba-tiba senyuman sinis terukir dibibirnya. "Aku dah jumpa orang yang boleh aku manfaatkan." Ucapnya perlahan sambil menatap skrin telefon lama.
--
Irene termenung jauh. Wajah Khairi tidak hilang dari mindanya. Senyuman kecil terukir dibibir merah miliknya. Entah kenapa bayangan lelaki itu selalu muncul setiap kali dia merasa sunyi. "Apa benda eh perasaan ni?" Soalnya kepada diri sendiri. Qistina yang melihat rakan baiknya itu terus berjalan menghampiri Irene.
Baju Irene ditarik perlahan. "Ah, Qis! Bila kau sampai?" Tanya nya kepada Qistina. Gadis berusia 17 tahun itu hanya berdiam diri sahaja. Tidak pula dia menjawab apa yang ditanyakan oleh Irene tadi. Qistina melihat wajah rakan baiknya itu. Satu kening diangkat menandakan yang dia sedang pelik dengan wajah ceria milik Irene.
"Ouhh! Aku pun tak tahu kenapa dengan aku ni. Sejak aku jumpa dengan lelaki tu. Semua benda jadi tak kena." Terang Irene saat perasan pandangan mata Qistina itu. Senyuman masih terukir dibibirnya.
--
Faris masuk ke dalam rumahnya. Tampak sunyi tidak seperti biasa. "Irene!" Panggil nya kuat. Dia mencari-cari kelibat si adik. Kaki melangkah naik ke atas untuk pergi ke biliknya.
"Mana budak tu pergi? Bukan ke patutnya dah sampai rumah sekarang ni?" Faris menghentikan kakinya. Bilik Irene yang sedikit terbuka dilihatnya lama. "Irene!" Panggil nya lagi sekali. Tangan sudahpun ingin menolak pintu bilik si adik.
"Eh bang!"
Faris terhenti. Dia menoleh ke belakang melihat Irene yang baru sahaja naik ke atas. "Kau pergi mana? Lambat sangat balik." Irene hanya tersengih tanpa menjawab. Kakinya melangkah masuk ke dalam bilik. "Irene lepak dengan Qis tadi." Jawabnya sebelum pintu ditutup rapat.
Faris mengangkat satu keningnya ke atas. Macam ada sesuatu yang tidak kena. Tanpa memberi apa-apa amaran, Faris terus membuka pintu bilik Irene membuatkan si adik terjerit kecil. "Abang buat apa ni? Tak reti ketuk pintu ke? Kalau aku dah buka baju macam mana?" Irene sedikit tidak puas hati. Wajahnya berkerut melihat Faris yang tidak meminta maaf itu.
"Tak. Aku pelik dengan kau ni. Akhir-akhir ni selalu sangat balik lambat. Lepak dengan Qistina? Jangan tipu aku, Irene." Faris berjalan mendekati Irene. Wajah si adik dipandang lama. Irene tersenyum mendengar kata-kata Faris tadi. Dia melabuhkan punggungnya ke atas katil.
"Aku jumpa seorang lelaki ni." Kata Irene dengan senyuman lebar terukir dibibirnya. Faris yang mendengar terus mengerutkan dahinya. "Lelaki?" Irene mengangguk laju. Telefonnya dikeluarkan kemudian dia menunjukkan gambar si lelaki kepada Faris.
"Ni. Handsome kan?" Faris terdiam. Gambar yang diperlihatkan oleh Irene tadi membuatkan dia tidak mampu berkata-kata. "Kau kenal dia dari mana?" Soal Faris ingin tahu. Irene menutup kembali telefonnya. "Aku pergi kafe dengan Qis waktu tu. Terjumpa dia. Dia tolong aku. Baikkan?" Faris menggelengkan kepalanya pantas. "Aku tak suka dia."
Senyuman Irene terus mati. Wajah Faris dipandang tajam. "Ada aku suruh abang suka dia? Takkan." Irene bangun dari duduknya kemudian menolak tubuh Faris keluar dari biliknya. "Jangan kacau aku." Katanya sebelum pintu ditutup rapat. Faris mendengus kasar. "Apa lagi yang kau nak, Khairi."
--
Khairi membuka pintu rumahnya perlahan-lahan. Badan sudah letih akibat berkerja terlalu lama. Baru sahaja kaki ingin melangkah masuk, Ibu datang dengan secawan air di tangannya. Air itu dituang di kepala Khairi tanpa memberi amaran.
Langkah Khairi terhenti. Wajah ibu dipandang lama sebelum dia tersenyum ke arah wanita tua itu. "Khairi dah balik, bu." Ucap Khairi dengan senyuman yang masih terukir dibibirnya. Ibu melihat Khairi tajam. Dia tidak langsung membuka mulut. Kaki melangkah pergi meninggalkan Khairi yang masih tersenyum memandangnya itu.
Khairi mengeluh perlahan. Rambutnya yang basah dibiarkan begitu saja. Ayah yang baru keluar dari bilik terkejut melihat keadaan Khairi. "Apa dah jadi ni?" Soalnya kepada Khairi. Kain kecil diberikan kepada anak lelakinya itu.
Khairi mendengus kasar. Kain yang dihulurkan langsung tidak dia pandang. Kaki melangkah masuk ke dalam bilik. Pintu dikunci rapat. Ayah hanya melihat pintu bilik Khairi lama. Pandangan penuh simpati terukir di wajahnya.
--
Khairi mengambil kain kecil di dalam almari pakaiannya. Rambut dilap sehingga kering. Nasib baiklah air yang dituang bukanlah air manis. Keluhan kecil keluar dari mulutnya.
'Aku boleh tolong bunuh dia untuk kau. Perempuan tua tu..'
Khairi tersentak. Cermin yang berada di dekatnya dipandang tajam. "Qristine." Qristine tersenyum ke arah Khairi. Wanita itu melambai kecil ke arahnya.
'Macam mana? Nak ke tak nak?'
Khairi mendengus kasar. "Tak payah! Dia tu ibu aku." Kata Khairi kepada Qristine. Wanita cantik itu ketawa kecil. Wajah Khairi dipandang lama.
'Tapi dia bukan ibu aku. Bila-bila masa yang aku nak tanpa kau sedar. Aku boleh bunuh dia. Lagipun dia menyusahkan kau kan?'
Khairi menggeleng perlahan. "Jangan kacau aku!" Jeritnya kuat. Cermin yang berada di depannya ditumbuk kuat. Kelibat Qristine hilang terus dari dalam cermin itu.
Tangan yang terasa pedih langsung tidak dia hiraukan.
"Jangan marah, Khairi."
Khairi menoleh ke belakang. Kelibat Aliya yang tersenyum ke arahnya membuatkan dia tersenyum lebar. "Aliya!" Dia berjalan mendekati Aliya. Aliya melihat ke arah tangan Khairi yang terluka itu. Wajahnya tampak sedih.
"Jangan buat macam ni dah Khairi. Aku tak suka." Khairi mengangguk dengan senyuman dibibirnya. Tangan Aliya ditarik supaya mendekat ke arahnya.
"Aku dah jumpa orang yang boleh aku manfaatkan!" Ucap Khairi ceria. Aliya yang mendengar hanya mengangguk dengan mengukir senyuman lembut dibibir merahnya itu.
"Bagus." Puji Aliya sambil mengusap-usap belakang badan Khairi. Khairi tersenyum bangga. Bayangan Aliya menghilang dari pandangan matanya.
Hi, I'm here! Agak bosan sikit ye bab ni
Share this novel