"Khairi. Bangun!"
Khairi membuka perlahan kelopak matanya. Wajah Aliya samar-samar berada di dalam penglihatannya. Senyuman Aliya dibalas dengan senyuman juga.
"Kau buat apa dalam bilik aku ni!" Soal Khairi sambil mencuba untuk bangun dari pembaringan nya. Aliya hanya tersenyum dan masih lagi tidak menjawab. Dia melabuhkan punggungnya ke atas katil Khairi kemudian membuka kata,
"Ada seorang lelaki ni. Handsome weh!" Aliya berkata dengan nada ceria. Khairi yang mendengar terus mematikan senyumannya. "Lelaki? Siapa?" Soalnya kepada Aliya. Mata kakak kembarnya itu ditatap tajam.
Aliya ketawa kecil. Dia memukul perlahan bahu Khairi. "Apa kau ni. Kenapa pandang aku macam tu? Dia dah pindah lah." Khairi menghela nafas lega. Dia mengukir senyuman buat Aliya.
"Baguslah. Ibu mana?" Tanya Khairi. Aliya mengeluh perlahan. "Dia tak nak jumpa kau. Tak apa, kau makan dengan aku je lah." Aliya bangkit dari duduknya kemudian menarik Khairi untuk turun dari katil.
Khairi menundukkan kepalanya. Terbayang waktu kecil saat ibu masih lagi sayang pada dirinya.
"Khairi!"
Khairi tersentak. Dia menoleh memandang ke arah suara yang memanggilnya tadi. Senyuman diukir kemudian dia menjawab, "Kenapa?"
--
Haikal keluar dari biliknya. Dia menuju ke arah dapur untuk mengambil sesuatu untuk dimakan. Faris yang mati tergantung di atas meja menyelinap masuk ke dalam ingatannya. Haikal menggeleng laju. Dia memukul-mukul kepalanya untuk menghilangkan bayangan Faris.
"Astagfirullahaladzim"
Dia mengucap perlahan. Pintu peti air dibuka kemudian dia mengambil makanan untuk dimakan.
"Dah lama aku tak masuk kerja ni. Apa pula kata diorang nanti " Haikal bergumam sendirian. Dia berjalan masuk ke dalam ruang rumahnya kemudian duduk di hadapan tv yang berada di ruang tamu.
Baru saja mahu membuka saluran yang diingini, kedengaran bunyi pintu diketuk dari luar. Haikal melihat sekilas ke arah pintu utamanya kemudian termenung sebentar. Selepas beberapa minit dia termenung, Haikal terus bangun untuk pergi membuka pintu.
"Siapa?"
Soalnya ingin tahu. Dia memandang ke arah orang yang berada di hadapannya itu. "Oh Khairi.. Irene. Buat apa dekat sini?" Haikal bertanya tanpa semangat. Wajah Irene dan juga Khairi dipandangnya malas.
Irene tidak langsung tersenyum ke arahnya. Tidak seperti dulu. Haikal mengerutkan dahinya pelik dengan kelakuan Irene saat ini. Dia mengangkat muka memandang ke arah Khairi pula.
"Kenapa ni?" Soalnya agak kuat. Dia memandang pelik ke arah Khairi dan juga Irene. Khairi tidak menjawab. Dia hanya memberi ruang untuk Irene memulakan bicara.
"Awak ada dekat situ waktu dia gantung diri."
Haikal mengangkat satu keningnya ke atas. Dia masih tidak faham apa yang sedang dibualkan Irene kepadanya. Irene mengangkat muka kemudian memandang ke arah Haikal. "Abang saya, awak ada waktu dia gantung diri. Mustahil awak tak nampak dia waktu tu." Haikal yang mendengar terus mengeluh perlahan.
Dia memandang datar ke arah Irene. "Sekarang ni. Apa tujuan awak datang sini? Nak tuduh saya?" Irene tidak menjawab. Haikal mengeluh perlahan. Dia memandang ke arah Khairi kemudian membuka kata, "Aku tak ada masa nak layan perangai korang. Lebih baik korang balik." Haikal tanpa berfikir panjang terus menutup pintu rumahnya.
Irene menunduk. "Apa saya nak buat ni? Kalau betul Haikal yang bunuh abang saya macam mana?" Khairi tersenyum mendengar pertanyaan Irene tadi. "Tak apa. Saya ada dengan awak." Ucapnya kemudian membawa Irene pergi dari rumah Haikal.
--
"Haikal."
Faris memanggil dengan senyuman dibibirnya. Lelaki yang berusia 25 tahun itu datang menghampirinya. "Birthday adik aku dah nak dekat. Aku tak boleh nak fikir lah apa yang dia nak. Selalunya, perempuan suka apa eh?" Haikal ketawa kecil mendengar pertanyaan Faris tadi.
"Mana lah aku tahu. Aku ni lelaki bukannya perempuan." Faris tersenyum mendengar jawapan Haikal. Dia menepuk bahu rakan baiknya itu kemudian melabuhkan punggungnya di sebelah Haikal.
"Kau kan tahu sikit nak ambil hati perempuan macam mana. Kau tahu kan yang aku tak rapat sangat dengan dia. Sejak ibu dengan abah meninggal, Irene selalu duduk dekat dalam bilik." Haikal memandang ke arah Faris. Wajah cemas lelaki itu dipandang lama.
"Jangan risau lah, bro. Biasalah perempuan. Kau boleh jadi rapat dengan dia. Bagi dia masa. Mana tahu one day dia akan datang dekat kau." Faris menghela nafas lega. Sedikit tenang mendengar kata Haikal tadi.
"Thanks, bro. Kau memang kawan aku sehidup semati." Haikal mengangguk perlahan. Perlahan-lahan bayangan Faris menghilang dari pandangan matanya.
"Aku rindukan kau, bro."
Share this novel