BAB 30

Mystery Series 6391

"arhhhh"

Dr. Aqilah mengerang kesakitan. Perutnya terasa amat sakit. peluh mengalir dari wajahnya. Dr. Aqilah mencuba untuk bangun dan pergi ke luar bilik. Dia ingin meminta bantuan.

"Irene.."

Dr. Aqilah memanggil perlahan. Dia mengetuk pintu bilik Irene dan juga Khairi. Ketukan yang mula-mula perlahan berubah menjadi kuat. Sakit yang tidak dapat dia tahan.

"Irene. Tolong akak!"

Dr. Aqilah menjerit sekuat tenaga. Dia memegang perutnya memastikan semuanya baik-baik sahaja. Entah berapa lama dia menahan rasa sakit. Kini Dr. Aqilah tidak dapat menahannya lagi. Dia jatuh pinggan di hadapan bilik Khairi dan juga Irene.

--

Mika bangun dari tidurnya. Bunyi bising yang datang dari luar bilik membuatkan dia terjaga dari lena nya. "Siapa pula yang buat bising malam-malam macam ni?" Dia turun dari katil. Selimut Irene dibetulkan sebelum dia berjalan ke arah pintu bilik.

Pintu bilik dibuka kemudian dia melangkah keluar. "Siapa pula ni?" Mika menyoal dirinya sendiri. Dia mengangkat Dr. Aqilah masuk ke dalam biliknya. "Sayang. Ada perempuan terbaring dekat depan pintu bilik kita ni." Mika perlahan-lahan mengejut Irene bangun dari tidurnya.

Irene yang merasa dirinya dikejut terus membuka kelopak matanya. "Kenapa ni?" Soal Irene ingin tahu. Dia memandang ke arah Mika sebelum pandangan matanya beralih ke arah Dr. Aqilah yang sedang terbaring di atas lantai.

"Ya Allah, akak!"

Irene terus meluru ke arah Dr. Aqilah. Mika yang melihat terus berjalan pergi ke arah Irene. "Jom bawa dia pergi jumpa doktor." Irene mengangguk perlahan. Mika mengangkat Dr. Aqilah kemudian membawa wanita itu keluar dari bilik.

--

"Macam mana keadaan dia doktor?" Irene bertanya kepada doktor wanita yang berada di hadapannya. Doktor wanita itu tersenyum. "Tak ada apa-apa yang serius. Mungkin dia cuma merasa stress untuk beberapa hari yang lepas." Irene mengangguk perlahan. Dia memandang ke arah Mika kemudian bangkit dari duduknya.

"Dia boleh balik selepas dia sedar." Doktor wanita itu bangkit dari duduknya. Dia berjalan keluar selepas berbual dengan Mika dan juga Irene. Irene menghembus nafas lega. "Awak balik lah dulu. Saya tunggu kak Qilah bangun baru saya balik.." Mika mengangguk perlahan. Dia mencium dahi Irene sebelum berjalan pergi meninggalkan mereka berdua di situ.

--

'Aku tengok kau dah bahagia. Bila turn aku pula?'

Mika tidak menjawab. Dia hanya melihat ke arah Qristine dengan pandangan mata yang sedang bosan.

'Apa kata kau bagi aku pula yang keluar? Aku nak juga merasa dapat pelukan dari Irene.'

Mika menggeleng perlahan. Dia beralih memandang ke arah Khairi yang masih lagi dalam keadaan badan terikat di atas kerusi. "Tenang betul kau.." Ujar Mika kepada Khairi. Lelaki itu dalam beberapa hari ini hanya mendiamkan diri. Tidak langsung membuka mulut meronta meminta dilepaskan.

Khairi tidak menjawab. Dia hanya melihat ke arah anak mata Mika. Qristine yang melihat terus membuka mulutnya, 'Bagi aku keluar, Mika. Aku pun nak berseronok macam kau..' Qristine memeluk bahu Mika. Dia tersenyum meminta agar Mika membenarkan dia keluar walaupun sekejap.

Mika melepaskan pelukan tangan Qristine itu. Dia memandang ke arah Qristine kemudian tersenyum. "Aku nak bongkarkan semua benda. Malam ni juga.."

'Kau tahu yang Irene takkan percaya benda tu. Dia bodoh!' Khairi tiba-tiba bersuara. Dia menatap anak mata Mika tajam. Mika tersenyum kecil. "Aku tak rasa dia sebodoh kau, Khairi.." ujar Mika kemudian menghilang perlahan-lahan dari mata Khairi.

Qristine mengeluh perlahan. 'Bila aku nak dapat keluar ni? Kau tahu tak, Khai?' Khairi menggeleng perlahan. Tidak menjawab pertanyaan Qristine itu.

--

Dr. Aqilah membuka perlahan-lahan kelopak matanya. Dia memandang ke arah Irene yang setia menanti di sebelah katilnya. "Irene.." Dr. Aqilah memanggil. Dia memegang tangan Irene kemudian mencuba untuk bangun dari pembaringannya.

Irene yang merasa ada gerakan dari Dr. Aqilah terus terjaga dari tidurnya. "Akak.." Irene tersenyum ke arah Dr. Aqilah. Dr. Aqilah tersenyum kembali. "Maaf menyusahkan Irene malam-malam macam ni." Irene menggeleng perlahan.

"Tak ada lah. Irene okay je. Jom kita balik. Irene call Khairi sekejap ye kak.." Dr. Aqilah mengangguk perlahan. Dia kemudiannya memerhatikan sahaja pergerakan dari Irene.

--

"Perlahan-lahan kak. Nanti akak jatuh.." Dr. Aqilah mengangguk perlahan. Dia berjalan sambil dipapah oleh Irene masuk ke dalam rumah. Mika yang berada di dalam kereta terus keluar membantu Irene membawa masuk Dr. Aqilah.

Dr. Aqilah memandang ke arah Mika. Dia tersenyum kemudian membuka bicara, "Mika ye.." Mika mengangguk. Perbicaraan mereka langsung tidak didengari oleh Irene. Wanita itu sibuk membuka pintu untuk Dr. Aqilah masuk ke dalam.

"Kau tidur kat bilik bawah malam ni. Kalau ada apa-apa call je aku. Aku nak cakap dengan bini aku sekejap.."

Dr. Aqilah mengangguk. Dia berjalan perlahan-lahan masuk ke dalam bilik yang berada tidak jauh dari mereka. Bagaikan tahu apa yang agak dikatakan Mika kepada Irene nanti.

Mika menarik tangan Irene. Dia melabuhkan punggungnya ke atas sofa begitu juga dengan Irene. Sama-sama melabuhkan punggung mereka.

"Awak nak cakap apa?" Soal Irene kepada Mika. Senyuman masih tidak padam dari bibirnya. Mika menatap anak mata Irene. Tangan Irene digenggam erat kemudian dia membuka bicara, "Kau tahu tentang bilik berkunci dekat atas tu kan?"

Irene tersentak. Dia tanpa sedar mengangguk. Mika mengusap wajah Irene.

"Aku tahu kau tak sebodoh tu, sayang. Kau sedar yang aku bukan Khairi kan? Berapa lama kau fikir kau boleh sorok benda ni dari aku?" Irene tersenyum kemudian melepaskan genggaman tangan Mika kepadanya.

"Awak nak saya buat apa? Minta awak tolong kembalikan suami saya? Macam tu?" Mika menggeleng perlahan. "Tak..aku taknak kau sakit."

Irene tersenyum. "Saya dah lama sakit, wak. Bila fikir balik yang suami saya ambil saya sebab muka saya sama macam perempuan yang dia cintai. Awak fikir selama ni saya tahan sebab apa? Saya cintakan dia, Mika."

Mika menunduk perlahan. Dia menggenggam penumbuknya kemudian kembali menatap Irene. "Aku minta maaf. Aku janji aku boleh jaga kau lebih baik dari dia.."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience